Gais, yang masih sihat walafiat tu aku sarankan ambillah takaful.
Yer ambil sekarang waktu tengah sihat yang kau tak expect nak dapat penyakit, tak expect kau nak eksiden, tak expect nak terbaring atas katil dan tak boleh buat apa-apa lagi dan tak expect Tuhan panggil balik segera.
Waktu sihat ni kena dah bersedia.
Ramai sangat dah yang dah kena darah tinggi barulah nak apply, memang tak dapat aku nak tolong dah. Yang esok lusa nak masuk hospital buat pembedahan barulah nak apply takaful sebab bill pembedahan tu nanti puluhan ribu kos dia, pun tak dapat nak tolong dah.
Yang nak bersedia untuk kos rawatan dan perubatan, ambillah Takaful Perubatan & Kesihatan (Medical Card) dan yang nak tinggalkan wang ringgit atau harta segera kepada yang tersayang ambillah Takaful Keluarga (Hibah).
Banyak syarikat di Malaysia ni menawarkan plan-plan yang terbaik untuk kita semua. Ambillah dari syarikat mana pun, tak kisah asalkan ita semua ada perlindungan kesihatan dan juga hibah ini.
Antara syarikat takaful Patuh Syariah di Malaysia adalah:
1. Great Eastern Takaful
2. AIA PUBLIC Takaful
3. AmMetLife Takaful
4. Etiqa Family Takaful
5. FWD Takaful
6. Hong Leong MSIG Takaful
7. Prudential BSN Takaful
8. Sun Life Malaysia Takaful
9. Syarikat Takaful Malaysia Keluarga
10. Takaful Ikhlas Family
11. Zurich Takaful Malaysia
So, korang pilihlah syarikat yang menawarkan plan yang paling baik dan paling mampu untuk korang semua.
Carilah ejen yang korang kenal terutamanya kawan-kawan, senang sikit nak deals kan. Atau kalau taknak kawan carilah sesiapa pun yang tawarkan khidmat yang terbaik. Asalkan korang ambik.
Tahu tak, orang Cina kalau seorang mati, lahir 2-3 jutawan hasil dari duit pampasan insurans.
Kita kalau mati, anak isteri jadi jutawan tak?
Dalam Takaful, konsep caruman wang bulanan tu adalah “bantu-membantu” macam konsep khairat kematian tu. Means kita bayar setiap bulan dan sesiapa yang menerima musibah antara kita tu akan diberikan wang tersebut. Jadi wang yang kita bayar bulanan tu adalah sedekah jariah kita.
Nanti bila tiba masa kita pula ditimpa musibah dan perlukan bantuan maka wang caruman beramai-ramai itulah nanti yang akan membantu kita.
So, jomlah kita semua ambil takaful, agar membantu memberi manfaat kepada semua umat Islam amnya dan juga diri kita serta keluarga kita khususnya.
Roger terus kawan-kawan korang yang ejen takaful tu dan tanyalah pendapat dia apa plan yang terbaik yang kau boleh ambil hari ini juga.






