• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bahasa Cinta Anak-Anak

23/09/2021

Ini anak sulung aku, Khaleef.

Umur dia menghampiri 8 tahun. Dia autistik dan pemegang kad OKU. Umur 4 tahun aku perasan yang dia tidak normal lalu aku bawa jumpa pakar. Umur 6 tahun dia disahkan autistik.

Perangai dia tak sama macam anak sulung yang lain. Biasanya anak sulung lebih berdikari, lebih empati, lebih membantu terutama adik-adiknya.

Dia terbalik, adik-adik lebih banyak membantu dia.

Tapi dia bijak. IQ dia tinggi melebihi anak-anak seusia dia. Bab sains memang serah pada dia. Dia tahu segala jenis planet dan bulan dan sistem solar. Dia tahu benda dalam tubuh badan manusia.

Kejap dia nak jadi astronaut, kejap dia nak jadi arkitek, latest dia nak jadi doktor. So aku layan sahaja minat dia. Belikan segala buku dan apa sahaja yang dia perlu untuk kembangkan lagi pengetahuan dia.

Namun aku banyak juga buat salah dengan dia.

Dulu kalau adik-adik dia menangis, memang aku akan salahkan dia. Tambahan sik kecik sekali tu, asal menangis memang akan tunjuk pada abang dia. End up aku membebel kat abang. Padahal abang tak buat apa pun.

Kesian dia.

Itulah sindrom anak sulung, sering dimarah, sering diharap. End up dia tertekan dan jadi mudah marah. Mudah melenting bila ada sedikit kesilapan dari adik-adik dia. Tambahan lagi dengan karakter autistik dia tu.

So aku belajar banyak benda sepanjang membesarkan anak-anak ni.

Anak-anak ni setiap orang ada “bahasa cinta” depa yang tersendiri. Ada anak yang suka pujian, ada yang suka pelukan, ada yang suka gurauan, ada yang suka hadiah dan macam-macam.

Anak sulung aku ni suka dipeluk. Bila peluk sahaja banyak benda boleh settle.

Jika kita kenal dan tahu bahasa cinta atau love language anak-anak ni maka senang kita nak penuhkan tangki emosi depa. Anak-anak bila tangki emosi depa penuh dengan apa yang depa perlu maka depa jadi lebih baik, terkawal dan mudah mendengar kata.

Memang sukar bersendirian atau single handedly parenting anak-anak ni.

Biasanya masa tak cukup. Kitalah nak kerja, kita jugalah nak urus rumahtangga, kita jugalah nak masak dan mengemas, kita jugalah nak tengok kerja sekolah anak-anak, kita jugalah yang nak hadap semuanya.

Jadi, anak-anak banyak terabai dan tangki emosi depan kurang ataupun kosong. Jadi itulah yang buat depa bergaduh, cari pasal semua.

Anak-anak nakkan perhatian kita. Itu keutamaan depa.

So, kita ni kenalah pandai bahagikan masa antara kerja, rumahtangga dan juga anak-anak.

Aku masih struggle nak coordinate semua ni seorang diri.

Tapi aku akan cuba buat terbaik untuk depa semua.

+++

Gais, kalau nak belajar pasal “love language”, “parent-centric”, “holistic-parenting”, “parental self control” boleh dapatkan buku Rahsia Didik Anak Sulung ni.

https://proparenting.onpay.my/order/form/bordas2cdm/205

InshaAllah banyak gila ilmu di dalamnya.

#superdaddy

Share

Blog  / Experience  / Parenting  / Tips  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved