Tips bagi ikan bilis rangup tak liat?
Tadi kami brunch nasi lemak. Nasi lemak mudah dan sedap yakmat. Mestilah puji nasi lemak sendiri ye dak? Lepas tu diiringi dengan sambal bawang kurang pedas dan semestinya ikan bilis Tawau mari.
Aku tiap kali goreng ikan bilis mesti kena stok dalam bekas macam tu. Anak kedua aku ni hidup dia berpaksikan ikan bilis. Makanlah nasi lauk apa pun, ikan bilis mesti ada. Dan dia boleh komplen mana ikan bilis yang sedap dan tak.
So, kenalah selalu ada stok ikan bilis sedap oleh Bilis Sabah Best yang aku beli Tuan Muhamad Zaki Ibrahim ni.
Fuhh barang baik ni, kualiti Gred AAA. Rangup dan sedap, paling penting tak bau pelik.
Memang “highly recommended” kata orang Arau.
Ikan Bilis Kopek Gred AAA: RM33/kg
Ikan Bilis Mata Biru Halus Gred AAA: RM45/kg
Udang Kering Gred A: RM45/kg
Caj pos RM8 untuk 2kg ke seluruh Malaysia.
Nahhh, harga pun terbaik wehh.
Beli terus dari Tuan Zaki:
Tips nak bagi ikan bilis rangup?
Ikan bilis jadi liat sebab air/lembapan yang ada dalam dia. So lepas basuh tu, masukkan dalam fridge semalaman biar air dia tersejat dan esok gorenglah.
Katanya boleh juga letakkan cuka dalam air dan rendam ikan bilis sekejap kemudan toskan dan goreng. Ini aku belum pernah cuba.
Biasanya, lepas basuh tu aku sangai dulu. Goreng tanpa minyak biar air dia kering dulu lepas tu barulah goreng dengan minyak macam biasa.
InshaAllah rangup dan tak liat tau.
.
.
.
Yang liat tu cuma jodoh kita.