• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Promosi Hibah Suami Isteri

18/09/2021

Kalau ikut umur standard, saya ni ada sekitar 20 tahun lagi untuk hidup. Kalau tengok “mortality rate” rakyat Malaysia hari ini iaitu pada usia 76 tahun, saya mungkin ada sekitar 30 tahun lagi untuk hidup.

Masa pantas berlalu sekarang ni. Sedar tak sedar kita dah 2 tahun hidup dengan covid. Pejam-pejam celik nanti 2-3 tahun berlalu begitu sahaja. Sampai satu hari kita pejam dah tak celik-celik lagi dah.

Selepas kematian isteri, saya selalu pesan pada diri sendiri, “life is short”.

Sebab tu saya buat macam-macam yang saya plan nak buat, saya tak bertangguh lagi. Saya sambung belajar walaupun dalam kesesakan masa bekerja dan mengurus anak-anak, saya menulis benda yang baik-baik, saya tubuh akademi untuk membantu memandaikan bangsa.

Semoga apa yang saya kerjakan itu berhasil untuk saya dan juga memberi manfaat untuk semua orang.

Saya juga sudah buat hibah untuk anak-anak, uruskan wasiat dan harta sedikit yang ada untuk semua yang berhak. Saya tidak mahu mati saya nanti memberi beban kepada ahli keluarga saya terutama sekali anak-anak.

Saya telah sediakan semuanya untuk orang yang akan saya tinggalkan. Mudah-mudahan dengan wang dan harta yang saya tinggalkan untuk menjadi sedekah jariah yang berpanjangan buat saya.

Saya juga ingin mengajak kalian untuk bersedia untuk orang yang bakal kita tinggalkan. Life is short, kita tak tahu bila kita akan dipanggil pulang.

Yang belum ada harta, buatlah hibah untuk anak, isteri, suami, mak ayah. Hibah itu adalah sedekah jariah kita buat semua. Kita memberi manfaat kepada ahli takaful dan juga orang yang kita hibahkan wang ringgit tersebut. Pahalanya berpanjangan hingga ke syurga.

Yang sudah ada harta dan wang segala, uruskanlah dan rancanglah pengurusan harta dan wasiat, agar tak terbeban ahli keluarga nanti dalam mengurus harta tersebut. Taknak sampai ahli keluarga bergaduh bermasa muka berebut harta yang kita tinggalkan itu.

Seterusnya kita sediakalah diri kita pula.

Habluminallah dan Habluminannas kena seiring. Jagalah hubungan kita dengan tuhan dan sesama makhluk termasuklah alam sekitar yang juga makhluk Allah.

Jangan jadi pengotor buang sampah merata-rata lepas berkelah. Kalau nampak sampah, kutip. Kalau sudah makan, kemas meja, kalau sudah guna troli letak ditempat sepatutnya, kalau sudah berak, flush!.

Jadilah kita manusia yang selalu membantu memberi manfaat kepada seluruh manusia yang lain, kerana itulah sebaik-baik manusia.

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata,

“Rasulullah SAW ditanya, ‘Siapakah orang terbaik?’ Baginda menjawab, ‘Yang paling bermanfaat bagi sesama manusia’.”

Khairul Abdullah
#superdaddy
Share

Blog  / Health  / Lifestyle  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved