• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Siapa Nak Geng Dengan Aku?

14/09/2021

Seingat aku last sekali tahun 2018, aku nak derma darah dekat dengan office aku sebab nampak bas Pusat Darah Negara tu. Teruja aku pergi register, sekali bila interview doktor tu taknak ambik darah aku.

Sedih tau.

Sebabnya aku baru balik dari Bangkok. Yer aku duduk agak lama sebab bekerja di sana. So depa tak bagi, takut ada risiko katanya. Jadi aku pun pasrah lah. Macam merajuk pun ada. Terus taknak derma dah. Kahhhh.

Tapi selepas tengok badan aku yang semakin membulat ni, rasa macam terlebih darah pun ada nih. So aku bercita-cita nak aktif balik menderma macam dulu-dulu. Tak silap aku dah lebih 20 kali aku menderma rasanya.

Seronok betul pergi ke PDN di Jalan Tun Razak tu. Misi hat dok cucuk tangan tu lawa-lawa belaka, pandai tau depa cari misi pun. Yang paling best lepas selesai dapat air Milo dengan biskut. Walaupun boleh beli, tapi tak sama rasanya makan biskut cicah milo dengan view misi-misi yang lawa.

Haish, rindu pulak.

Oleh itu aku bertekad, nanti aku nak pi derma darah. Semoga darah B positif aku ni dapat membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Siapa yang nak geng dengan aku?

Derma darah buat badan jadi gemuk hanyalah mitos okeh. Yang tak mitos adalah kau tu pelahap, dah gemuk salahkan darah.

Menderma darah mengurangkan risiko kanser, menyeimbangkan kandungan zat besi dalam badan dan mengurangkan risiko sakit jantung. Ramai juga tak tahu yang menderma darah ini membantu mengurangkan kalori dalam badan.

Ahjommm kita pakat pi derma darah.

Setiap hari 500-600 beg darah diperlukan di Lembah Klang sahaja. Di seluruh negara hampir 2,000 beg diperluan setiap hari untuk menyelamatkan nyawa.

Jomlah kita jadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.

Milo dan biskut serta misi yang lawa adalah bonus untuk kita semua.

Yeahhh!

#superdaddy

Share

Blog  / Events  / Experience  / Health  / Lifestyle  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved