• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bila Ketiganya Sakit Serentak

23/10/2021

Tak lena tidur aku semalam.

Anak-anak yang sakit asyik merengek. Selesai seorang, seorang lagi pula berbunyi. Lelap sekejap, seorang lagi pula merengek. Susah juga bila ketiganya sakit serentak.

Waktu macam ni lah terus rasa perlu ada extra hand untuk membantu. Kesian tak dapat nak tumpukan pada ketiga mereka serentak.

Ini hari ke 3 depa batuk dan selsema. Si adik tu batuk sampai muntah-muntah dah. Badan masing-masing dah mula panas pulak. Ke klinik sudah, ubatan semuanya sudah ikut nasihat doktor. Namun esok jika tak baik juga maka aku kena bawa depa ke hospital.

Kalau pergi ke hospital ni, ada chance nak kena tahan di wad.

Aku ok jer asalkan semua kena admit serentak, senang nak jaga. Kalau seorang sahaja yang kena admit, lagi 2 tak kena maka aku jadi serabut. Tak boleh belah badan jadi dua untuk jaga anak-anak.

Budak ni pula, kalau aku cakap ke hospital mesti akan tanya nanti doktor cucuk jarum kat tangan dan sambung tiub ke tak? Kalau yer, maka depa demand hospital yang ada tv dan sofa dalam bilik. Kahhh demand kemain nak private hospital.

Tapi takpelah, lebih senang aku jaga depa di situ.

Lagipun, semua depa ada medical card yang aku ambil waktu depa keluar dari perut mak depa lagi. Kalau sakit demam dan doktor nak tahan di wad memang aku suka, senang untuk aku sebab nurse tolong.

Kalau kat rumah, nak bagi makan ubat tu jenuh berperang. Nak makan nasi pun belum tentu kalau di rumah. Kalau di wad, semuanya jadi lebih mudah. Nurse pandai pujuk budak-budak ni.

Nurse pun lawa sokmo.

#superdaddy

Share

Blog  / Health  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved