Sebutan Yang Betul
Agak merimaskan bagi saya apabila mendengar sesuatu perkataan (bukan ayat atau tatabahasa) tetapi perkataan atau nama khas bagi sesuatu perkara, ucapan, barangan, jenama, peristiwa (di dalam bahasa asalnya yang lain) yang disebut dengan tidak betul atau lebih tepat lagi disebut dengan salah.
Ini menyebabkan perkara yang disebutkan tersebut tidak mencapai maksudnya, atau jauh menyimpang dari maksud asalnya. Kadang-kadang bunyi sebutan tersebut kedengaran janggal dan boleh menjadi masalah apabila salah sebutan memberi maksud yang berlainan.
Seperti bahasa Arab contohnya, salah sebutan boleh menyebabkan maksud sebenar perkataan menyimpang jauh dari maksud asalnya. Saya tidak tahu berbahasa arab – saya hanya tahu mengaji, tetapi saya cuba menyebut setiap perkataan dengan betul agar apa yang saya baca itu betul dan tidak lari dari makna asalnya.
Saya juga tidak pandai berbahasa Jerman, masih belajar dan cuba sedaya upaya untuk menyebut setiap perkataan dengan betul.
Saya hanya pandai berbahasa Melayu dan Inggeris, dan cuba menggunakan bahasa yang saya tahu ini dengan betul..yakni dengan perkataan, tatabahasa dan juga sebutan yang betul untuk segala urusan rasmi. Untuk urusan harian sudah tentu bahasa pasar dan loghat kenegerian menjadi pilihan.
Kenapa tiba-tiba hari ini saya mengomel pasal sebutan? Selepas berminggu tidak menulis dan saya bercakap pasal “sebutan yang betul”?
Ini kerana, akhir-akhir ini saya sering ditanya oleh rakan-rakan, lelaki mahupun wanita tentang barangan yang boleh didapati dengan murah di tempat saya ini. Seperti biasa, jawapan saya adalah beg tangan untuk wanita dan juga peralatan pertukangan (D.I.Y) untuk lelaki dan pakaian untuk kedua-duanya. Barangan elektronik adalah mahal di Jerman.
Yang merimaskan saya adalah sebutan terhadap sesuatu jenama barang tadi. Saya tidak menyalahkan rakan-rakan saya kerana tidak menyebutnya dengan betul, tetapi yang menjadi persoalan, tidakkah mereka bertanyakan atau mengambil tahu asal-usul barangan yang hendak mereka beli itu. Sekiranya mereka melakukan sedikit penyelidikan melalui internet, mereka pasti akan terjumpa di Youtube atau Wikipedia contohnya, cara menyebut perkataan atau nama tempat dengan betul. Kadang-kadang mereka juga akan terkejut yang sesetengah barangan yang mereka gunakan itu dihasilkan di Israel.
[quote]Kita sering dipengaruhi oleh sebutan inggeris, setiap perkataan yang kita baca dan ingin sebut kita akan baca dan sebut seperti ejaan inggeris. Ini kerana inggeris adalah bahasa kedua yang kita tahu dan pelajari sejak kecil. Jadi datanglah setiap perkataan dari seluruh dunia ini, kita akan cuba mengeja dan menyebut dengan sebutan ala-inggeris.[/quote]
Ini bukan kempen untuk memboikot barangan – tetapi kempen untuk mengetahui barangan yang kita beli atau gunakan dan cuba menyebut jenama barangan tersebut dengan betul bagi mengelakkan anda diketawakan atau disenyumsiniskan apabila anda menyebutnya di negara asal barangan tersebut.
Kita sering dipengaruhi oleh sebutan inggeris, setiap perkataan yang kita baca dan ingin sebut kita akan baca dan sebut seperti ejaan inggeris. Ini kerana inggeris adalah bahasa kedua yang kita tahu dan pelajari sejak kecil. Jadi datanglah setiap perkataan dari seluruh dunia ini, kita akan cuba mengeja dan menyebut dengan sebutan ala-inggeris.
Saya beri beberapa contoh sebutan yang sering disalah sebut terutama sekali perkataan yang berasal dari Perancis. Antaranya ialah Carrefour (Pasaraya) = sering disebut sebagai “care four” dan sebutan yang betul adalah “Kafu”, Longchamp (Jenama beg) = sering disebut sebagai “longchemp‘ dan sebutan yang betul adalah “Longshomp” dan Asus pula perlu disebut sebagai “er-seuess” manakala kedai perabot terbesar di dunia Ikea pula di Sweden disebut sebagai “ekia” “air kay ea” hampir sama yang kita sebut di Malaysia. Terdapat ratusan perkataan lagi yang tidak disebut dengan betul dan saya tidak mahu memanjangkannya di sini.
Nampak remeh dan tidak penting – dan saya akui ianya tidak penting apabila kita bercakap atau bercerita tentang sesuatu barangan atau jenama itu sesama kita. Tetapi hakikatnya, apabila di negara asal barangan tersebut atau di negara lain yang menyebutnya dengan betul, anda akan menghadapi sedikit kesulitan.
Sekiranya datang ke Jerman dan anda cuba mencari barangan audio jenama Bose dan bertanyakan kepada orang, anda pasti tidak akan menjumpai barangan tersebut. Sekiranya anda sesat di jalan dan bertanyakan arah ke Butik Longchamp…mereka pasti akan menggelengkan kepala tanda tidak tahu (apatah lagi di negara yang tidak berbahasa inggeris seperti Jerman dan Perancis).
Bukan niat saya untuk menegur atau memperlekehkan cara sebutan orang kita. Tetapi salahkan untuk belajar menyebut sesuatu dengan betul? sesuai dengan bahasa asalnya. Kita pasti tidak suka mendengar Al-Quran disebut sebagai Koran, walaupun maksudnya terhadap kitab yang sama…tetapi bunyinya menjengkelkan.
Sekali lagi, saya bukan memperlekehkan cara sebutan kita dan mengagungkan bahasa orang, cuma saya mahu sesuatu perkara yang kita lakukan itu..lakukanlah dengan betul, sebut…sebutlah dengan betul terutama bahasa kita sendiri ataupun bahasa arab yang sering kita ungkapkan setiap hari.
Bahasa Yang Dimodenkan – Dan Dipendekkan
Di zaman teknologi maklumat ini dengan sms, twitter, facebook, blog dan sebagainya…bahasa dan sebutan menjadi semakin pelik kerana dimodenkan. Komunikasi dengan teks jelas mempengaruhi “lingo” di dalam urusan seharian. Perkataan “comel” ditulis sebagai “tomei”. Ini kerana sekiranya disebut comel secara berhadapan dengan subjek, perkataan disebut dengan intonasi yang menggambarkan kecomelan seorang bayi, seorang kanak2 atau seekor kucing. Tetapi dengan teks, intonasi tidak dapat disebut dan ditekankan…maka perkataan ditukar sewenang-wenangnya bagi mencapai maksud tersebut.
[quote]Ketika itulah bermula era ringkasan perkataan. Bagi menjimatkan kos dan menghantar mesej yang mencapai maksud, semua perkataan diringkaskan sehingga menjadi terlalu sukar untuk dibaca.[/quote]
Saya masih ingat ketika SMS mula2 diperkenalkan, ketika itu sms mempunyai limit huruf atau aksara yang boleh digunakan. Satu sms yang ingin dihantar mestilah tidak lebih dari 160 aksara dan kemudian dinaikkan sekali ganda dan sehinggalah ke tanpa had huruf.
Ketika itulah bermula era ringkasan perkataan. Bagi menjimatkan kos dan menghantar mesej yang mencapai maksud, semua perkataan diringkaskan sehingga menjadi terlalu sukar untuk dibaca. Kemudian, apabila generasi internet bermula dan semua pelajar sekolah sudah memiliki telefon bimbit maka setiap perkataan dipendekkan, dimodenkan bagi memberi maksud yang sesuai. Ketika ini, sms sudah tidak mempunyai had huruf – anda boleh menaip seberapa banyak huruf atau perkataan, namun perkataan yang diringkaskan tetap menjadi pilihan.
[quote]kita mahu sesuatu dengan cepat, kita mahu mesej kita ditaip dengan cepat (dengan menggunakan sebelah tangan ketika sedang bercakap dengan kawan atau ketika sedang memandu), maka kita tidak peduli semua itu[/quote]
Kenapa ini berlaku?
Kerana kita tidak kisah, kita mahu sesuatu dengan cepat, kita mahu mesej kita ditaip dengan cepat (dengan menggunakan sebelah tangan ketika sedang bercakap dengan kawan atau ketika sedang memandu), maka kita tidak peduli semua itu, tidak peduli dengan perkataan apatah lagi tatabahasa. Yang penting, mesej perlu dihantar segera. Maka “aku” menjadi “aq”, “tidak” menjadi “x” dan inilah adalah contoh ayat yang saya maksudkan. “k la kowang, 2 jew aku nurk bebel..xmo amerk atiew taw nan titew…2 cume titew punye pndangan ajew..kalo turk puas atiew ley mawah org len,,titew turk calah pown” (dipetik dari blog Miszsheyla)
Saya tidak kisah (dan saya suka) membaca tulisan di dalam loghat atau dialek tempatan seperti dialek Kelantan, Kedah, Perak dan sebagainya yang ditulis seperti deghoyan, habaq, demo, pitih dan sebagainya. Saya cuma tidak dapat menerima atau membaca tulisan yang seperti di atas.
[quote]Saya tidak marah apabila tulisan diringkaskan dan masih mengekalkan perkataan sebenar dengan menggunakan tatabahasa serta “punctuation” yang betul, tetapi saya amat kecewa apabila perkataan di”lacurkan”, ditukarkan sesuka hati. Saya cabar setiap remaja di luar sana untk mencipta perkataan baru (lingo baru) untuk meluahkan hasrat anda..jangan mengubah bahasa asal sewenang-wenangnya.[/quote]
………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Adakah anda suka apabila mendengar ucapan salam dari rakan anda berbunyi “semekommmm” yang disebut dengan cepat dan ringkas?
Entahlah, I dont Know…saya pasti lebih suka mendengar dengan jelas “Assalamualaikum” dan melihat penyebutnya..mengucapkannya dengan senyuman







19 Comments
Saya pun tak faham kenapa ada yang suka taip sms dengan perkataan yang berbelit nak faham..pada saya itu melacurkan bahasa. Bukan tidak boleh disingkatkan, kalau ‘yang’ boleh saja jadi ‘yg’ sebab ini sudah biasa, tapi kalau ‘je’ ditulis ‘jewww,’ ‘itu’ ditulis ‘itewww’ ini adalah sampah. Belum termasuk ‘sayang’ jadi ‘cayunk,’ dan ‘kita’ jadi ‘kitewww.’ Ya betul bahasa berevolusi, namun kalau berevolusi ke arah yang memualkan, memang lingkup.
Mengenai sebutan dalam bahasa asing, ada betulnya juga kerana sebutan berbeza akan lebih menyulitkan keadaan..saya berpengalaman memasuki kelas BI secara private dan kami diajar berlatih sebutan dengan betul selama seminggu. Sebagai contoh, nama Francois ada yang menyebut ‘Fran soi’ padahal sebutan yang betul adalah ‘Fran swa.’ Bunyi macam remeh tapi kalau disebut pembaca berita dan satu Malaya dengar…sapa nak jawab? Kan…!
‘Tergelak’ saya baca ungkapan dari blog Miszsheyla tu…apa dia nak kata sebenarnya…sigh!
LW,
Entahlah kan…saya juga masih boleh menerima ringkasan spt apa yg sy tlis skrang ni, krn msh mggnakan bahasa asl yg cma dipndkkan tlsannya. Walaupun agak sukar untuk difahami..tetapi asas bahasa masih digunakan cuma perkataan diringkaskan. Apa yang saya tidak suka adalah penukaran terhadap asas penulisan perkataan dan teras perkataan itu sendiri..sepert titew, aq, tomei dan sebagainya lagi.
Kalaulah saya seorang berbangsa asing dan cuba belajar bahasa dari rakan-rakan (remaja sekarang ini) hancur punahlah.
Dah lah sekarang ni bahasa sendiri pun diguna bercampur aduk dengan english dan sedihnya semua perkataan melayu pun habis dilacurkan sesedap rasa.
Saya tidak pernah mendengar orang2 Jerman bercakap inggeris sesama mereka, walaupun mereka sangat fasih berbahasa inggeris. Mereka cuma cakap apabila terpaksa. Kalau kita ke kedai (walaupun mereka tahu kita orang asing) mereka tetap akan cakap jerman..sehinggalah mereka tahu yang kita tidak faham sepatah haram..dan mereka akan mula bercakap inggeris. Kita pulak terbalik…pantang nampak orang putih..dan2 tu terus cakap inggeris 🙂
titew = kita?
mmg tak munasabah!
Pn. Lily,
Kan? kan? Kalau remaja yg baca komen ni dia akan kata kita ketinggalan zaman. Bagi mereka itu adalah cara meng”ekspresikan” sebutan diri agar nampak lebih manja dan mengada-ngada.
memang pening baca perkataan2 yang diringkaskan. anak buah aku macam tu lah. berapa kali dah aku tegur tapi tetap jugak macam tu. haru betul. jangan time jawab exam karangan bahasa melayu dia tulis macam tu, mmg fail la kertas BM penulisan
June,
Memang kalau ditanya pada cikgu-ckigu di sekolah, jawapannya sama – murid sekarang dah banyak menggunakan singkatan di dalam penulisan, contohnya “you” kepada “u” dan “tidak” kepada “x”. Akibat terbiasa di dalam komunikasi seharian.
betul betul apa yang u cakapkan tu..
mcm ada tempat tu, my sister sebut salah, then the orang putih tu cakap, please write down..then baru dia faham tempat yang nak dituju tu..contoh Bicester Village.. my sista sebut By chest Ter village…walhal sebutan betul Bices (mcm sebutan dice)… gitulah…
so pengalaman untuk i, kalau tak sure nak sebut, pastikan menulis kemudian tunjukkan kat orang yang ditanya…
kdg2 pasal singkatan dalam sms pun sukar nak faham.. yang u bagi contoh tu memang i tergelak laa… ooo titew tu rupanya kita??? laaa hai…mcm terlebih gedik laa pulak…
yang lagi tak menahan, aku diringkaskan jadi ‘aq’ …hoh amik masa lama i nak faham…
Net,
Betul tu..kita dipengaruhi oleh ejaan dan sebutan inggeris. Di Jerman ni, kalau semua ejaan di sebut ala-inggeris maka semua perkataan akan jadi salah kerana perkataan Jerman dieja dan disebut secara baku seperti bahasa malaysia. Kalau Ejaan “unter” kita akan pronouce “anter” padahal perlu disebut “un ter”. Begitu juga nama2 tempat di Europe ni..terutama bandar saya ni…”Frankfurt” kita akan sebut “frenk fert” dan sebutan yg betul adalah “frang foot” seperti juga “Hamburg” yang kita sebut “Hem berg” dan sebutan betulnya adalah “Ham book” dan seperti “Salzburg” di Austria yang kita sebut “Sals berg” dan sebutan tepatnya adalah “Zals book”
Semua sebutan ini kita boleh jumpa di internet..melalui Wikipedia maupun Youtube. Perlu sedikit usaha sahaja.
Singkatan sms remaja sekarang semuanya gedik belaka kan?.
saya sangat pantang dgn ejaan ‘fancy’ kaum remaja tu. jadi sangat keliru.. ke saya yg ketinggalan??
*seronok kalau tahu cara sebutan yg betul. lampu oshram.. (>.<)
Tips,
Kita bukan ketinggalan, bahasa memang berevolusi, tetapi perlu lah dicipta perkataan baru yang sesuai sekiranya perlu..bukan mengubah perkataan asal yang bunyinya memualkan. Jadi jangan bimbang.. 🙂
Osram adalah syarikat kedua terbesar yang menghasilkan lampu (bulb) selepas Philips. Osram berasal dari Jerman dan di sini Osram disebut sebagai “Oshram” seperti yang awak tulis di atas. Sesetengahnya menyebut sebagai “Oshgham” sebab sebutan “R” mereka adalah di kerongkong (seperti oghang kedah) :)dan ada yang menyebutnya sebagai “osgham” dan saya tidak pasti yang mana betul sebenarnya.
Selain jiwa bangsa, bahasa pakaian peribadi…jadi orang yang mencacatkan bahasa, bagaimana peribadi mereka…
MS,
Setuju sangat..bahasa pakaian peribadi. Tutur bahasa dan budi bicara yang baik menunjukkan sifat serta karakter seseorang.
Oh.. saya sangat benci bila terpaksa membaca sms sebegitu. rosak habis bahasa melayu! sayangnya bahasa sastera melayu yg indah tidak kuat dipertahankan di negeri melayu sendiri. tgk iklan-iklan kat tv skrg, bercampur aduk bahasa melayu dan bahasa inggeris. semakin teruk jadinya.
Su,
Itulah harga kemodenan!
now i know sebutan betul tapi rata2 semua orang akan sebut dengan sebutan yang salah..such as frankfurt tu….
thank you for the great info…
Net,
Ini kerana sebutan kita dipengaruhi ejaan inggeris. Namun begitu..sebutan Frankfurt dan bandar2 lain tersebut telah diterima pakai di seluruh dunia. Cuma lebih bagus sekiranya sebutan itu mengikut bunyi asal…lebih sedap ditelinga orang tempatan. Kita juga pasti mahukan nama kampung atau bandar kita disebut dengan betul kan?
saya suka dengan pandangan ada tu,setuju sangat.!
terima kasih 🙂
Mengenai bahasa singkatan yg digunakan remaja skrg…..ye, saya pn memang setuju dgn KA. Menjengkelkan sbb saya selalu x faham.
Tp mengenai bahasa asing yg kita salah sebut, saya kurang setuju. Memang betul kita patut menyebut perkataan itu dgn sebutan sebenar mengikut sebutan negara asalnya tapi pada saya kalau kita salah sebut pun, itu sebenarnya adalah loghat kita sendiri….dgn kata lain loghat org Malaysia yg tergeliat lidah susah nak sebut perkataan yg pelik2. Saya biasa dgr org yg bukan bahasa ibundanya Bahasa Inggeris bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan loghat negaranya sendiri tanpa rasa segan silu, jadi kenapa kita nak malu dengan salah sebutan perkataan yang memang kita tak familiar?
Saya tak kata saya sokong “Manglish” ~ Bahasa Inggeris yang dah di Malaysiakan…saya juga cukup menyampah bila Bahasa Inggeris juga dicampur adukkan dengan loghat orang cina & melayu macam “come on la….let’s go eat abc maaa…” haiiiss…saya rasa nak tempeleng je kalau ada orang yang bercakap macam tu dengan saya…
Namun memang bagus kalau kita tahu sebutan perkataan yang sebenar terutamanya kalau kita berada di negara asalnya…memang lah nampak pelik kalau kita menyebut sesuatu yang orang tak faham… cuma jika berada di Malaysia, saya rasa it’s ok…. 🙂