• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Jangan Jadi Batu Api

18/07/2021

Teringat aku waktu bersama satu NGO besar dulu.

NGO yang namanya terkenal di seluruh dunia, memang macam tiket besarlah kalau nak rentas ke mana-mana pun. Tapi, macamana pun kita rancang, macam mana besar sekalipun tiket yang kita pegang, kalau Allah kata tak boleh, maka tak boleh.

Aku teringat kami duduk berkampung berhari-hari di sebuah airport tentera menunggu helikopter yang tak dapat nak berlepas ke sebuah pulau yang ranap perkampungannya dibadai tsunami.

Penat, stress, kecewa, gelisah semua ada. Makan minum, tidur pun tak sempurna.

Bukan kami sahaja namun pelbagai team antarabangsa lain termasuk Red Cross pun hadap macam-macam masalah dan terpaksa menunggu sekian lama sebelum dapat masuk.

Dah akhirnya kena ikut jalan laut, selepas berharian menunggu jalan udara yang tak dibuka. Maka bermabuk-mabuk dan muntah hijaulah di atas kapal menentang ombak puluhan kaki tingginya sebelum sampai ke tempat bencana yang dah macam padang jarak akibat dibadai tsunami.

Pelbagai isu lain juga terpaksa dihadap setiap hari dengan pelbagai team dari seluruh dunia. Namun dengan perbincangan, dengan kerjasama yang baik, Alhamdulillah, misi semua team berjaya dilaksanakan.

Begitulah.

Niat kita akan menentukan sikap kita dalam menghadapi sesuatu ujian. Niat yang betul tak akan menjadikan kita lemah. Ia akan mendorong kita untuk terus berusaha mencari jalan tanpa perlu menuding jari. Kita akan sentiasa berdoa kepadaNya dan inshaAllah jalan akan dibuka seluas-luasnya, kalaupun bukan sekarang, InshaAllah suatu hari nanti.

Bergaduh, berbalah amatlah merugikan.

Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai nama yang besar, yang mempunyai pengikut yang ramai, yang berpengaruh dalam memberi impak kepada seluruh masyarakat, yang juga sedang sedang menjalankan misi yang sama atas niat yang sama atas tiket yang sama.

Berpecah-belah adalah matlamat syaitan.

Apabila nampak 2 orang yang bersengketa maka damaikanlah mereka. Menjadi batu api ke atas perbalahan juga adalah kerja syaitan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidak ada kebaikan pada sebarang usaha melainkan usaha untuk menganjurkan sedekah, berbuat kebaikan dan meleraikan permusuhan antara dua manusia. Maka sesiapa yang berbuat demikian kerana menuntut keredaan Allah SWT, akan mendapat ganjaran yang besar.” (Surah an-Nisa’, ayat 114)

Hindarkanlah diri kita dari menjadi nasi tambah atau batu api di atas persengketaan antara 2 manusia. Kerana lebih banyak kerugian berbanding kebaikan.

Yang rugi adalah, ummah.

Ummah yang memerlukan bantuan.

Ummah yang berpecah-belah.

Titik.

Khairul Abdullah
18 Julai 2021

Share

Blog  / Experience  / Nostalgia  / Peoples  / Travels  / Volunteers

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved