• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Aku Dulu Tokan Rokok

17/07/2021

Gambar ihsan Google*

Dulu zaman sekolah, aku ni “tokan” rokok.

Yer, sejenis manusia yang waktu malam lompat pagar asrama pergi kedai beli rokok untuk berniaga dan kegunaan sendiri. Rokok paling popular waktu tu mestilah Dunhill.

Ada 3 jenis kotak Dunhill dijual iaitu, 7, 10, 14 dan 20 batang. Waktu tu harga Dunhill 20 batang RM2.50 sekotak. Aku jual RM5 sekotak. Harga Yahudi habis, padan dengan susah payah aku.

Antara rokok lain yang popular adalah Benson & Hedges dan juga Salem. Bukan Salim okeh, sebut dia “Say lerm”. Dia ni kami panggil rokok sejuk, sebab dia menthol. Aku tak berapa berani nak hisap sebab depa selalu kata kalau hisap rokok menthol ni nanti mati pucuk. Hmmmm.

Zaman tu juga ada rokok yang lebih manja, sejenis rokok yang lebih kecil dan halus jer. Standard diameter saiz rokok ialah 23mm, tapi rokok ni cuma 17mm. Kecik la, atau kami panggil haluih. Nampak tak gangster langsung bila hisap dia.

Kalau ada customer pesan kat aku suruh beli rokok tu aku memang tak layan. Ada ke suruh aku beli rokok “pompuan.” Yer, sebab rokok tu jenis kecil dan poster dia semua gambar perempuan.

Nama rokok tu Capri.

Dah tak wujud lagi dah kot rokok tu sekarang.

#superdaddy

Nota: Aku merokok selama hampir 25 tahun okeh. Berhenti serta merta selepas Khaleef lahir. Dah 7 tahun bebas asap rokok.

Share

Blog  / Experience  / Nostalgia  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved