• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Nasi Dagang Ganu Kite Ala Superdaddy

13/07/2021

Raya dah dekat dah ni.

Jom aku share lagi sekali cara nak buat Nasi Dagang Ganu Kite dengan cara yang paling simple, tak payah kukus bagai, namun cantik di mata dan sedap di perut.

Bahan-bahan nak kena ada untuk 10 orang makan. Nak buat kenduri ke apa ni ha?

Nasi Dagang:

5 cawan beras Nasi Dagang Aquada. Rendam 1-2 jam
1 cawan santan pekat.
5 cawan air.
3 ulas bawang merah dimayang halus
1 inci halia dimayang halus
2-3 sudu kecil halba
2 sudu kecil garam

Cara nak buat dia:

1. Beras yang dah direndam tadi, toskan. Masukkan ke dalam periuk letrik, masukkan semua bahan-bahan lain, kacau sebati dan tekan ON. Siapppp.

Kalau yang nak kukus nasi, hampa Google lah cara nak kukus nasi dagang. Kalau hampa give up then hampa follow style aku ni okeh.

Next, bahan-bahan untuk Gulai Ikan Aye (Ikan Tongkol).

1-2 kilo ikan tongkol dipotong dan rebus bersama asam keping
4 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
Kisar semua bahan bertanda*
dan sedikit garam.
1 senduk minyak masak.
1 senduk cili kisar
1 sudu besar kerisik
1 keping gula melaka, saya guna gula nisang jenama Aquada.
1 keping asam gelugor (asam keping)
1 kilo santan cair
2 senduk air rebusan ikan tongkol
1 paket rempah Gulai Nasi Dagang Aquada, dibancuh dengan sedikit air.
10-15 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)
Sedikit Garam.

Cara nak buat dia:

1. Panaskan minyak dalam periuk yang paling cun dan tumiskan cili kisar sehingga pecah minyak.

2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak sekali lagi.

3. Kemudian masukkan santan, gula nisan, kerisik, asam keping, air rebusan ikan dan garam dan biarkan mendidih.

4. Masukkan ikan tongkol dan cili padi. Hati-hati kacau jangan sampai ikan hancur.

5. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat.

Siappp.

Hidanglah dengan nasi tadi dan juga acar timun.

Acar ni mudah sangat, hiris timun, carrot, cili merah dan juga bawang besar. Gaul dengan sedikit garam, gula dan cuka makan.

Siap.

Ramai malas nak buat nasi dagang ni sebab susah dan renyah. Nak cari bahan satu hal, nak memasak pun satu hal.

Sebab tu aku guna Kit Nasi Dagang Ganu Aquada. Dah lengkap bahan asas dia dalam tu seperti beras untuk 10 orang makan dengan semua bahan-bahan kering dan juga rempai gulai ikan.

Kita cuma perlu beli ikan, santan serta sediakan bahan segar yang lain macam bawang, halia, lengkuas dan sebagainya.

Yang nak cuba Kit Nasi Dagang Ganu Aquada ni boleh ke link berikut: wasap.my/60133121031/kitnasidagangganu

Cubalah weh buat hari raya nanti. Walapun tak boleh beraya, tapi makan minum mesti mau sedap. Follow jer resepi aku tu, confirm jadi nasi dan gulainya tu.

Keduanya nasi dan gulai tu mesti jadi dan mesti sedap. Nasi sahaja tak jadi, gulai sahaja pun tak jadi juga. Kena ada keduanya, barulah saling melengkapi.

Macam kau dan aku.

#superdaddy
#resepinasidagang

P/S: Banyak lagi resepi mudah aku di Instagram @mynameiskhairul tau.

Share

Blog  / Cooks  / Foods  / Recipes  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved