Sebelum tidur tadi budak bertiga ni bergumpal, bertumbuk dan meraung.
Aku rasa jiran aku mesti ingat diorang kena pukul. Mana taknya, nyaringan jeritan, tangisan pekikan sabung-menyabung tu kuat kemain. Hanya budak kena dera jer yang jerit dan menangis begitu.
Aku sentuh pun tidak, jadi pemerhati sahaja.
Ada pergaduhan budak bertiga ni yang aku leraikan, ada yang aku biarkan. Ada yang aku join sekali. Kali ini aku biarkan. Punca pergaduhan adalah mulut. Yer mulut.
Sebab tu orang kata kerana mulut badan binasa tu.
Hanya kerana tidak bersetuju dengan fakta dan timbul pertengkaran yang berakhir dengan adegan tumbuk, tampar, cakar, cubit, gigit dan pelbagai aksi lain.
Yang menangis dan meraung sakan bukanlah sebab sakit bertumbuk, tapi masing-masing sakit hati sebab tak menang.
Ada yang menangis sambil panggil mommy pulak tu. Ada yang menangis sebab cakap aku tak menangkan dia.
Haishhhh, dah aku pulak yang kena pujuk.
Terus aku suruh depa semua bermaafan dan bagitau aku dah add to cart pokok kaktus yang pandai menari tu: https://shp.ee/755msa2
Hmmmm.






