Okeh, lunch is served.
Kita makan Nasi Arab pulak tengah hari ni. Sebelum orang tanya resepi, nah aku bagi siap-siap. Tapi sorry tak dapat nak share gambar step by step yer. Tak dan aihh.

Nah resepi Nasi Mandy Ayam Kabsah confirm jadi okeh:
Bahan-bahan dia:
400gm beras basmathi Pusa Gold 1121
30gm rempah Nasi Mandy Mamanab
30gm rempah perapan Kabsah Mamanab
1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong 4
2 inci halia
3 sudu minyak sapi/planta/merjerin/minyak masak
3 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 biji lemon
2 pokok daun ketumbar
2 biji tomato dipotong dadu
7 biji cili hijau
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 batang timun dipotong dadu
1 batang carrot dipotong dadu
Cara nak buat dia:
1. Cuci beras dan rendam selama 30 minit atau lebih. Lagi lama lagilah bagus. Biarkan dia.
2. Dalam periuk sup, masukkan 1.5 liter air, masukkan halia dan juga rempah Nasi Mandy dan kacau sebati lalu masukkan ayam serta garam. Rebus ayam tadi selama 30 minit.
3. Panaskan minyak sapi atau minyak apa yang ada dan tumis bawang merah dan bawang putih tadi sehingga garing dan ketepikan.
4. Di dalam periuk letrik, masukkan beras yang telah ditoskan, masukkan air rebusan ayam tadi sehingga menutupi beras dan lebihkan ½ inci dari permukaan beras. Kacau rata dan masukkan separuh dari bawang yang ditumis tadi dan masukkan juga 1 pokok daun ketumbar. Tekan on. Siap.
5. Untuk ayam pula, bancuh rempah Kabsah dengan perahan ½ biji lemon dan lumurkan pada ayam yag telah direbus tadi. Lepas tu boleh masukkan ke dalam oven, atau goreng macam biasa. Saya masukkan ke dalam airfryer selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius. Siap.
6. Untuk sambal power, kisar 7 biji cili padi bersama 1 biji tomato, 1 biji bawang besar, sedikit daun ketumbar, perahan lemon dan perasakan dengan garam dan gula. Siap.
7. Untuk salad, boleh dadukan timun, 1 biji tomato, carrot dan bawang besar. Hiris daun ketumbar, perahkan lemon dan perasakan dengan garam dan gula.
8. Untuk sup pula, didihkan kembali baki air rebusan tadi dan masukkan baki bahan tumisan dan perasakan dengan garam. Boleh tambah air jika nak sup lebih.

Dah siap. Hidangkanlah lawa-lawa dan ambik gambar sebagai kenang-kenangan.
Aku beli terus Set Nasi Arab dari Mamanab di Shopee: https://shp.ee/nfpeebd
Dalam set tu dah ada siap beras basmathi dan juga rempah mandy dan rempah kabsah. Kita cuma perlu sediakan bahan basah sahaja. 1 pek tu boleh makan 4-5 orang. Harga RM20/pek dan RM35/2 pek tak termasuk pos.
Dengarnya Mamanab tengah cari ejen jualan dengan modal yang sangat rendah. Cubalah. wasap.my/60137704717.KA
Korang cubalah yer.
Aku nak makan dulu ni, bau dia memanggil sangat dah.






