Sebagai seorang yang mengurus sendiri rumahtangga aku, gajet yang memudahkan urusan memang sangat diperlukan. Nah aku senaraikan semula gajet rumah dan dapur yang aku dah beli dan pernah review dengan korang semua.
1. Air Fryer (RM350++): https://shp.ee/ef5brff
Benda alah ni memang memudahkan. Paling aku suka untuk panaskan atau rangupkan balik makanan yang sejuk. Panggang ayam paling best dalam ni, atau buat kek. Berbaloi sangat model ni sebab besar dan boleh masuk seekor ayam saiz besar. Pastu dia boleh balik-balikkan fries dan ada tingkap berlampu untuk tengok masakan kita kat dalam tu, jadi ke rentung ke.
2. Bekas Simpan Beras (RM50++) – https://shp.ee/38u5dsf
Ahh ini paling praktikal dan aku suka. Bekas dia kecil jer tapi muat untuk simpan 10kg beras. So far takde semut atau bubuk yang berjaya dijumpai dalam beras aku. Best bekas ni.
3. Robot Vakum (RM2K++)- https://shp.ee/9zc2ykd
Benda paling berbaloi dan aku sayang gila ni. Lantai aku sentiasa bersih sejak dia ada kat rumah. Lepas masak aku suruh dia pergi vakum dan mop dapur, lepas tu mop satu rumah. Korang cubalah dapatkan satu kalau ada bajet. Harga lebih dari RM2K yang ni.
4. Robot Vakum Mampu Milik (RM700++): https://shp.ee/52sjm5z
Yang ni ramai bagitau memang dah cukup best dah. Harga dalam RM700++ tapi kerja yang dia boleh buat tu sangat berbaloi. Tak perlu beli yang sampai RM2K tapi kerja vakum dan mop tetap dia boleh settle kan.
5. Portable Chopper/Blender (RM19++): https://shp.ee/9wzae5u
Bila bab memasak, nak cucui blender besar tu memang malas yakmat. Nak blend bawang jer pun kan? Takpun nak blend babyfood. So blender kecil tanpa wayar dan boleh caj ni sangat praktikal weh. Murah dan berbaloi.
6. Rak Microwave (RM56++): https://shp.ee/eg37ezc
Benda alah rak ni aku letak atas microwave so aku ada ruang ekstra yang lebih kemas. Sebelum ni sakit mata sebab banya benar benda aku longgok atas microwave tu. So benda ni mengemaskan dan menyedapkan mata memandang.
7. Defrost Tray (RM17++): https://shp.ee/rch4udg
Okeh benda ni sangat membantu. Nak lembutkan ayam atau daging atau makanan beku tu sekejap jer. Letak jer atas dia dan tunggu sekejap, wahai kasih, kerana hujan masih renyai. Ehh ternyanyi pulak.
8. First Aid Kit (RM12++): https://shp.ee/2vvcrdm
Benda ni wajib ada kat dapur gais. Yelah banyak kecederaan kecil dan besar boleh bermula di dapur. Luka dan melecur ni benda kerap berlaku. So please sediakan satu peti ubatan ni. Letak plaster, ubat luka, ubat lecur dan macam-macam. Dalam set tu semua dah ada lengkap.
*****
Ok itulah antara barangan yang sangat membantu aku di rumah terutamanya di dapur.
Nanti aku share senarai barangan yang lain pulak.






