Minyak zaitun dah habis lepas goreng spaghetti kat anak dinner tadi. So alang-alang aku bershopi pi pi ni aku nak share dengan korang minyak zaitun kegemaran aku.
Ingat, kegemaran aku dengan kau tak semestinya sama okeh.
1. Bertolli Olive Oil –
2. Naturel Extra Virgin Olive Oil –
Aku biasa akan guna 2 brand ni sahaja. Kalau dah tak jumpa sangat aku belasah jer lah yang mana ada.
Tapi dok baca review chef-chef tersohor kata California Olive Ranch – ni paling wajib ada kat dapur. Depa kata wajib okeh. Tapi tu lah, harga kayangan sangat pulak.
Namun, demi untuk memastikan depa rekomen produk yang betul, aku kena beli jugak lah sebotol extra virgin punya. Cuba dulu sebelum aku hasut korang.
Aku suka jer guna extra virgin olive oil dalam Aglio Olio aku. Sebabnya aku guna api yang slow yakmat, so panas dia tu tak sampai pada tahap minyak tu berasap. Minyak extra virgin ni tak sesuai dibuat goreng-goreng yer. Kalau nak tumis misalnya, make sure api mesti slow.< Nak selamat guna jer Bertolli atau Naturel tapi cari yang regular atau dia tulis olive oil sahaja. Jangan beli yang dia tulis extra virgin tu. Dah kalau kau konpius jugak maka baik pakai sahaja minyak masak cap buruh ke, sri aji ke pun ok jugak. Cuma rasa dia tu sangatlah berbeza. Oklah, aku dah beli California Olive Ranch. Harap-harap pasta aku lepas ni sedap yakmat lah. Kalau tak maka akan ku penampo sorang-sorang chef yang rekomen minyak zaitun RM56.90 sebotol ni. Sekian. #superdaddy






