Petang tadi aku buka Netflix dan tengoklah kisah rocket naik ke bulan dengan Khaleef.
“Daddy, do you know what the rocket’s name?”
“Apollo 11.”
“No daddy, the rocket name that launch the Apollo 11.”
“Errr, Apollo 11 lah, the whole thing was called Apollo 11 right?”
“No daddy, that rocket name was Saturn V. That letter V means 5, daddy. The thing that has astronaut in it called Apollo 11. That was the one that landed on the moon.”
Ooooooo.
Aku ni mati-mati ingat roket tu dari atas puncak dia tu sampai ke bawah yang keluar api besar dan asap berkepul-kepul tu nama dia Apollo 11.
Kahh, rupanya bahagian atas tu sahaja Apollo, yang rocket keluar api tu nama dia Saturn.
Dapat aku belajar benda baru petang tadi.
Dia pernah cerita kat aku, bila Titanic berlanggar di bahagian “starboard” dan dia mula karam, the bow of the ship go down first and the stern bla bla bla…
Aku dah konpius, bow tu depan ke belakang? dan starboard tu apa benda?
Jadi dia pun ceritalah yang “bow” tu bahagian depan kapal, “stern” tu bahagian belakang. “Port” tu bahagian kiri kapal dan “starboard” tu bahagian kanan.
Oooooo.
Begitulah bila aku ada seorang anak yang suka sangat dengan sains dan benda-benda gini.
Anak kedua pulak jenis suka benar dengan haiwan dan dinasour. Pernah dia tanya aku dinasour ramai-ramai tu jantan ke betina?
Aku cakaplah kalau T-Rex tu mestilah jantan, garang nak mampuih. Kalau yang leher panjang tu mesti betina sebab dia lembut manja macam comel gitu.
Depa semua jawab serentak, “All dinasour was female!”
Depa kata dalam movie Jurrasic Park, semua dinasour tu betina. Dah aku kena buat research pulak nak tahu memang betina ke semuanya.
Rupanya saintis masih confuse nak kenal sama ada dinosaur tu jantan atau betina atau sejenis haiwan yang ada 2 jantina atau bagaimana.
Begitulah.
Aku pun dah jadi makin bijak sains dah sekarang ni.
Korang yang nak pupuk minat sains pada anak-anak bolehlah beli mereka siri buku Teroka Sains. Sangat berbaloi, bukan sahaja untuk anak tetapi mak bapak sekali.
https://app.terokasains.com/shop/000241
Lepas tu kena beli jugak ensiklopedia khas pasal penerokaan angkasa dan juga pasal haiwan dan dinasours ni. Berbaloi sangat untuk anak-anak.
Semoga anak-anak kita semua bijak sains. Dapat depa lihat kebesaran Tuhan dan mempelajari sains di sebalik ciptaan Allah yang Maha Hebat.