Anak sulung aku Khaleef tak pernah didiagnos sebagai penghidap asthma, doktor kata bronchitis. Aku pun tak tahu apa bezanya.
Namun setiap kali kena attack, simptom dia memang macam asthma lah. Sesak nafas, dada berombak, “wheezing” dan kesian tengok.
Dalam setahun, sekali atau dua dia akan kena attack. Biasanya kalau banyak aktiviti outdoor, banyak pergi public area maka kenalah. Biasanya dia akan start dengan selesema, batuk dan terus kena.
So, berkejarlah ke klinik untuk sedut gas tu. Kalau tak baik terus ke hospital dan tidurlah 2-3 malam sebelum dibenarkan pulang.
Sekarang ni payah, dah tak boleh ke klinik sebab klinik tak dibenarkan beri nebulizer tu pada pesakit sepanjang pandemik ni. Dah kena ke hospital.
Kau tahulah, hospital sekarang ni nak masuk pun susah.
Aku ni dah ler seorang diri, kalau dia kena attack tu waktu malam memang tak keruan aku dibuatnya. Dengan adik-adik dia yang tengah tidur, nak ke hospital kena angkut semua pulak tu. So kenalah call adik aku. Tapi sementara adik au nak sampai, kesian Khaleef tercungap-cungap.
So, aku dapatkanlah benda alah Nebulizer ni satu.
Ramai dah yang pesan aku suruh beli, simpan untuk emergency. Tapi selepas experience waktu PKP 2 hari tu aku decide kena ada jugaklah. Bukan untuk rawatan, tapi untuk kegunaan awal sebelum aku ke hospital.
Ada jer ventolin inhaler tu doktor bagi, tapi kalau time attack tu tak berkesan sangat untuk dia. Neb juga yang bagi dia lega cepat. So kenalah ada satu.
Alhamdulillah, aku belum lagi guna untuk emergency.
Just standby Salbu-neb 2.5 dengan saline. Kalau rasa nak batuk, hidung tersumbat sedap juga pakai benda alah ni. Letak air pun boleh, kalau paling bagus letak saline.
Harap-harap tak perlu gunalah.
Namun kalau berlaku lagi, aku dah bersedia untuk bagi rawatan awal kat budak tu. Once dah lega sikit, bantuan pun dah tiba maka aku tetap angkut dia pergi hospital.






