• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Cheese and Herbs Spaghetti with Chicken Stripes by SuperDaddy

13/06/2021

Demi menjaga darah keturunan Roman picisan yang masih bersisa di dalam tubuh yang semakin mengurus ini, maka hari ni aku masak pasta.

Entah berapa kalori pun tak tahu ni, tapi sebab anak-anak yang berdarah Itali tu nak makan, maka papà gagahkan yer anak-anak semua.

Cheese and Herbs Spaghetti with Chicken Stripes.

Nak tulis tajuk Itali takut korang tak faham pulak kan. Mudah sangat nak buat dia ni.

Bahan-bahan:

300gm pasta (spaghetti, angel hair, vermicelli or whatever.)
4 keping chicken slices (meatloaf) dipotong memanjang
150gm parmesan/mozarella whatever yang ada
2-3 sudu cream cheese
2-3 ulas bawang putih
1 sudu dried oregano – jika ada
1 sudu kecil chilli flakes – jika mahu
1 sudu kecil lada hitam – wajib ada
3 sudu minyak zaitun

Cara nak buat dia:

1. Didihkan air dan masukkan pasta tadi dan biar masak. Tengok kat label tu berapa lama kena masak.

2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih kemudian masukkan meatlof tadi dan masak sekejap.

3. Kemudian masukkan cream cheese dan sedikit air rebusan pasta. Kacau sekejap dan masukkan cheese dan kacau lagi sehingga sebati.

4. Toskan pasta dan masukkan ke dalam sos tadi dan kacau sebati. Masukkan sedikit garam, oregano, lada hitam dan chili flakes jika mahu. Kalau pekat sangat tambah air rebusan tadi sampai dapat kepekatan yang disukai.

Siapppp.

Hiaslah dengan apa-apa yang ada bagi dia cantik kemudian hidangkan di atas pinggan yang cantik juga beli kat sini: https://shp.ee/ksb9qbr
Lepas makan terus kau cakap

Squisito!

Langsung kau berdarah sama dengan aku.

Kacukano Italiano.

#superdaddy

Share

Blog  / Cooks  / Foods  / Recipes  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved