• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Cuti Menang Bola

01/12/2021

2014, aku dengan jiran-jiran aku kemain bersorak sakan tengok bola di skrin besar depan kedai dalam neighbourhood kami di Frankfurt, Germany.

Germany lawan Argentina, menang 1-0.

Kemain gegak gempita satu Jerman rasanya. Aku pun tumpang seronok sebab yelah dah duduk Jerman takkan nak sokong Russia pulak kan? Pernah jugak lah merasa negara (tumpang) aku menang world cup.

Dah semua berseronok berpeluk menangis kegembiraan, aku pun tanya depa, esok cuti dak?

Ehh pasaipa nak cuti pulak? tanya depa balik.

Cutilah sebab nak raikan kemenangan. Menang World Cup kot. Kalau kat kampung aku menang bola liga mesti cuti satu hari. Nak bergumbira. kalau menang World Cup mau cuti 3 hari sebab nak buat kenduri.

Depa kata mana ada cuti. Hat orang main bola menang tu bagi depa cuti, kita hat dok kheja ni kheja macam biasa. Depa kata lagi, mana boleh umum cuti tergempar macam tu, nanti semua appointmet huru hara lah. Dah nak kena tunda, ejas semula dan macam-macam. Tak produktif depa kata.

Ohhhh, aku nganga dalam kesedihan. Punah harapan nak tidoq mangkit lambat esok.

Menang Piala Dunia, tapi tak cuti.

Hmmmm, koman spana betoi.

Depa patut mai duduk Malaysia ni, baru depa tau punyalah meriah.

Cuma tulah, program dan meeting aku Jumaat ni kena cancel dan reschedule lah sebab anak-anak tak sekolah. Aku pun kena cuti sekali, kalau tak siapa nak jaga budak bertiga tu?

Balik kampung pun syahdu jugak ni.

#superdaddy

Share

Blog  / Events  / Peoples  / Sports

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved