• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Gajet Untuk Cari Benda Hilang

11/06/2021

Geram punya pasal bila handphone aku hilang hari tu aku beli benda alah iTag ni.

Harga cuma RM4.50 satu, so aku borong terus 10. Puas hati. So pagi tadi barng sampai, dekat seminggu jugaklah sebab jauh mai dari China nu.

Aku beli sepuluh weh. Aku selotape kat remote tv.Aku letak kat beg sekolah anak-anak juga sebab depa ni kalau bergaduh depa akan sembunyikan beg pihak lawan. End up aku yang pening nak cari.

Ni link dia kalau kau nak tengok: https://shp.ee/cu8ecqa
Aku pun pasang lah pada 3 benda yang paling penting dan selalu hilang dalam rumah ni iaitu kunci dan remote tv dan lepas tu download apps khas dia.

Inilah rupa apps dia. Nice jugaklah dan penting simple.

Dengan apps tu aku boleh tag siap-siap nama benda yang aku dah pasang tu so nanti aku nak cari aku pilih jer yang mana satu dan tekan alarm. So dia akan bunyilah dan mudahlah nak cari.

Aku pun cubalah.

Tit tit ti tit tit, sayup jer bunyi dia. Manja ya robbi.

Aku rasa kena tunggu tengah malam dan bagi anak aku semua tidur dulu barulah boleh aku buat misi pencarian sebab dah cukup sunyi dan barulah aku dapat dengar dengan jelas dan baru senang jumpa. Kalau tak memang siksa jugaklah.

Tapi, bolehlah.

Antara features paling best adalah bila phone kau yang kau install apps tu sendiri yang hilang, kau boleh tekan button kat iTag tu dan phone kau akan berbunyi. So barang hilang boleh jumpa, phone hilang pun boleh jumpa.

Berbaloi dengan benda harga RM4 jer pun. Tak boleh nak expect lebih dari tu lah kan? Aku dah cuba tadi suruh budak-budak ni sembunyikan semua item tu dan aku cari.

Alhamdulillah jumpa.

https://www.facebook.com/729777276/videos/10159334570447277/

Cuma telinga aku kena bertukar jadi telinga Spiderman ke Superman ke gitu. Kalau telinga kau jenis badak maka produk ni toksahlah kau beli yer. Sakit hati kau nanti.

Atau boleh Shopee tengok produk lain yang bunyi dia kuat sikit.

Aku end up tadi beli Airtag terus. https://shp.ee/ybac2ng

Benda yang paling penting aku nak pasang Airtag ni. Aku dah tengok kat YouTube, super best dan boleh dipercayai. Siap dia ada arrow untuk guide aku pergi ke tempat barang tersebut sedang bersembunyi. Nanti aku review Airtag pulak yer.

Sekianlah review aku pasal benda alah iTag yang guna bluetooth harga tak sampai 5 hengget ni.

Dengan harga tu, berbaloilah. Jumpa jugak barang kau yang hilang tu terutamanya remote tv, kunci rumah, brooch atau pun senduk.

Sekian.

#superdaddy

Share

Blog  / Gadgets  / Lifestyle  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved