“Baby, wheres my phone?”
“I don’t know daddy. Its not my fault.”
“Then, who’s fault?”
“Do you love me daddy?”
Tu jer lah ayat dia jika dia rasa bersalah.
Hmmm.
Seharian dah aku cari telefon aku tak jumpa. Aku ada 2 phone, satu yang kegunaan harian dan yang hilang tu purely untuk bisnes takaful aku. Dah mesti klien aku dah bising-bising ni sebab mesej tak berbalas.
Sorry naaaa.
Kalau phone ada bateri dan masih hidup memang senang jer nak jumpa. Tapi telefon bila dah mati maka dia akan hilang bersama di angin lalu. Dulu sekali, ada satu phone aku tu dijumpai semula selepas 2 tahun tidur di bawah katil.
Lama kemain. Bila dah jumpa balik, phone tu pun dah obsolete.
Dah ler telefon hilang, kunci pintu depan pun hilang jugak.
Puas aku cari bila nak buka grill tadi. Memang takde orang lain dah ni, kerja si kecik tu jugak. Tanya pun tak guna sebab ayat dia tetap sama, do you love me daddy?.
Lagi satu remote tv, haish sakit jiwa bila nak cari.
So, aku kena cari penyelesaian.
Baru beli kejap tadi benda alah bluetooth smart tracker ni.
Aku beli 10 terus, biar padan muka aku. Harga dia cuma RM4.48 jer satu, tak heran aih.
So aku boleh gantung macam keychain kat phone tu. Biarlah huduh sikit tapi kalau hilang senang aku tekan kat phone jer dia terus berbunyi dan tau kat mana.
Pastu aku nak letak kat kunci kereta, kunci rumah, kunci opis, remote tv, beg sekolah budak-budak tu dan apa sahaja yang selalu hilang.
Puas hati aku.
Korang takde benda hilang macam aku ke?






