Berus gigi aku dah hampir tamat riwayat dia.
Aku beli tahun 2011, ni dah tahun 2021 dekat 10 tahun dia berkhidmat namun dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Dah tak cukup power lagi dah. Charge pun dah tak tahan lama. Tapi sekali charge still boleh guna 2-3 hari. Cuma tak cukup kuat dah.
So tadi aku beli baru kat Shopee.
Aku ada beberapa hari untuk aku ucapkan selamat tinggal pada dia sementara yang baru beli akan sampai.
Sepanjang aku guna berus gigi letrik ni bermula tahun 2000 kalau tak silap, aku baru beli 2 sahaja. Maknanya setiap satu berkhidmat pada aku selama 10 tahun. Lama gila.
Paling best, berus elektrik ini telah menghilangkan masalah gusi berdarah aku. Sebab dia memang cuci habis. Siapa yang ada masalah gusi berdarah memang aku rekomen sangat berus ni.
First kau kena pergi dentist dulu, cuci semua. Then buang berus gigi biasa tu dan guna yang ni. InshaAllah boleh selesai masalah tu.
Aku hanya rekomen brand Braun-Oral B ni sahaja yer. Dan mesti beli dari trusted seller. Nanti kau beli kena yang tak ori, atau beli yang kau dapat kepala charger dia tak compatible. Memang harga murah sikit tapi nanti kau sakit hati.
Beli kat sini yang ori untuk dewasa: https://shp.ee/2nybyu3
Anak-anak aku semua pakai berus ini.
Sebab memang lagi bersih berbanding berus biasa sebab budak-budak berus bukan macam kita, depa lebih kurang jer. So berus ni memang sangat membantu. Alhamdulillah berkesan, pergi dentist pun dentist cakap semua gigi depa cantik dan bersih.
Ini untuk anak-anak: https://shp.ee/rjeyuip
Yang ni paling murah untuk anak-anak, tapi guna bateri, takde charger. Harga dalam Rm30++ jer: https://shp.ee/5akaefj

Memang agak mahal lah, seratus lebih satu. Dia ada charger, seminggu sekali letak atas dock dia untuk charge. Berus dia tu kena tukar dalam 2 bulan sekali macam tu.
Benda ni optional jer okeh. Berus biasa tu pun ok asalkan kau rajin berus 2 kali sehari.
Cuma yang ni dia berus kaw-kaw punya. Keluar habis segala plak kalau kau berus betul-betul. Rasa macam dentist tengah scaling gigi weh. It works for me and it should works for you too.
Tapi seriously aku memang puas hati gila.
Aku guna berus letrik ni dekat 20 tahun dah kot.






