Yang Khaleef sedang pakai tu adalah Noise Cancelling Earmuff.
Bukan headphones untuk dengar lagu, tapi penghalang bunyi. Takde wayar nak cucuk ke phone dengar lagu na. Hanya penutup telinga untuk halang bunyi semata-mata.
Aku beli waktu dia masih baby lagi, umur 6 bulan kot macam tu. Waktu tu kami kerap travel jarak jauh dengan long hours flight dan train dan dia terdedah banyak pada bunyi bising yang buatkan dia tak selesa.
Lepas tu baru aku perasan yang dia memang sangat sensitif dengan bunyi. Dengar bunyi kereta depan rumah dah kemain dia tutup telinga. Kalau nampak aku pegang vakum dia dah lari jauh atau masuk bilik tutup pintu. Dalam hiruk pikuk orang ramai pun dia tak selesa.
Rupanya itu adalah tanda-tanda awal autism dia.
So benda aku beli ni bergunalah untuk dia sampai dia besar. Kalau dia rasa adik dia bising sangat atau adalah something yang terlalu bising atau hingar buat dia maka dia carilah benda alah tu.
Bulan puasa dan Syawal memang sangat penting benda ni. Bunyi bunga api tu adakalanya terlalu kuat dan akan buat dia trigger. So itulah ubat dia.
Agak mahal benda alah keluaran 3M ni. Harga dalam RM150++ tetapi kualiti sangat padu. Boleh halang bunyi atau Noise Reduction Rating dia sehingga 30 desibel.
Kat Shopee ada na: https://shp.ee/sc2tysa
Untuk anak-anak autism yang ada isu sensitif dengan bunyi, benda ni sangat berkesan. Kalau ada anak kecik pun waktu bulan puasa memang dia boleh tidur nyenyak walaupun ada bunyi dentuman mercun dan bunga api.
Dalam jurnal science yang aku baca, memang penutup telinga ni sangat berkesan untuk anak-anak yang ada ASD (Autism Spectrum Disorder) dalam membantu menangani ransangan deria pendengaran yang tidak menyenangkan.
Conclusion: “This study demonstrated the effectiveness of standard earmuffs and NC headphones in helping children with ASD to cope with problem behaviours related to hyper-reactivity to auditory stimuli, therefore, children with ASD could use earmuffs to help to deal with unpleasant sensory auditory stimuli.”
So, mak ayah yang ada anak ASD, boleh cuba. Atau mak ayah yang rumah dia terdedah sangat pada bunyi bising yang menganggu anak tidur tu pun boleh try.






