Hujan-hujan begini, hirup asam pedas biar peluh merecik sedap jugak.
Kena pulak Asam Pedas Tetel Blackpink ni. Haish lain maciam betul penangan Blackpink ni. Resipi ni aku tak ingat dah ambik mana dulu, tapi biasalah, modified sikit sana-sini selepas bincang dengan Jisoo.
Bahan yang kena ada:
1/2 kg tetel & 1/2 kg daging rebus dulu bagi lembut.
3 senduk kecil cili kisar
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 inci lengkuas*
1 inci halia*
1 inci belacan*
1 sudu kecil lada hitam*
1 sudu besar jintan manis*
½ cawan air asam jawa atau ganti asam keping
1 sudu kecil halba
3 helai daun limau purut
1 batang serai diketuk
1 bunga kantan dibelah dua
Garam secukup rasa
Kisar semua bahan bertanda * yer.
Cara nak buat dia:
1. Panaskan minyak & masukkan halba dan serai, kacau sebentar dan masukkan semua bahan yang telah dikisar dan tumis sampai harum dan masukkan cili kisar.
2. Kacau sebentar lalu masukkan air asam jawa/asam keping dan kacau lagi sehingga pecah minyak dan masukkan bunga kantan.
3. Lepas tu masukkan daging dan tetel bersama air rebusan daging, ikut kadar kuah dan kepekatan yang kita nak. Masukkan sekali daun limau purut.
3. Biar didih dan perasakan dengan garam. Boleh letak serbuk pati ayam pun sodap. Boleh jer letak tomato juga waktu ni kalau nak.
Siap.
Sekianlah resipi asam pedas di petang ini.
Semoga kau berkenanlah.
Sebelum Jisoo sambar aku.






