Udang Telur Masin Nestum.
Apa istimewanya masakan ni? Bau dia beb, bau dia. Aroma telur masin campur wangian manis dari Nestum bergaul pula dengan bawang putih butter dan jua daun kari, hmmmmm. Heaven.
Nak buat dia pun mudah.
Bahan-bahan:
5-7 ekor udang saiz sederhana atau besar dibersihkan dan toskan
3 ulas bawang putih dipotong
2 tangkai daun kari
3-5 biji cili padi dipotong
2 sudu besar butter/marjerin
3 sudu pes telur masin
1 cawan serbuk Nestum original
Cara nak buat dia:
1. Goreng udang dengan api yang kuat. Dia bertukar merah sahaja balikkan dan oren sekejap sahaja lagi dalam 20 saat macam tu. Angkat dan toskan.
2. Panaskan butter/marjerin kemudian tumiskan bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau dan masukkan pes telur masin. Kalau takde pes boleh guna telur masin dalam 2 biji yang dah rebus tu kau hancurkan.
3. Kacau sebati telur masin tu sampai nampak dia dah berbuih maka masukkanlah Nestum dan kacau sebati.
4. Masukkan udang tadi dan kacau sebati.
Siap dan hidangkan.
Sebab nak share resepi maka aku masak awal, kejap lagi berbuka dah sejuk wehhh. Kesian aku. Patut lagi 15 minit nak berbuka baru masak ni. Dapatlah makan panas dan rangup.
So korang masak jangan awal sangat yer, bajet dekat berbuka baru buat. Biar dapat makan yang fresh keluar dari kuali tu.
Lepas tu hidang pulak dengan kerabu mangga ikan bilis dan tomyam sotong.
Aroi maaaaak!
P/S: Banyak lagi resepi mudah aku ada di Instagram @mynameiskhairul






