• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Nasi Ayam Hainan Ala SuperDaddy

20/03/2022

Nak tahu rahsia kesedapan Nasi Ayam Hainan? Lemak dan kulit ayam adalah penyedapnya. Yer kena ada dua benda tu baru umphh. Nasi boleh dimakan begitu saja okeh.

Nak buat pun mudah, campak semua dalam satu periuk sahaja. Terus siap nasi dan lauk. Kalau nubis buat pun kompom sedap ni.

Bahan-bahan yang kena ada untuk buat nasi dan lauk:

½ ekor ayam saiz kecil, dibersihkan dan potong 4
1-2 sudu bahagian lemak dan kulit ayam. Potong kecil
2 pot beras, tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan. Kalau beras basmathi, rendam dulu 30 minit dan toskan
4 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul mati
50gm butter/marjerin
1 sudu besar minyak bijan

Cara nak masak dia:
1. Lumurkan ayam dengan garam bukit Halagel yang sedap. Boleh cuba garam best ni : https://shope.ee/AUDpbb9ALQ

2. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan dan masukkan bawang putih halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.

2. Masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air, sukatan dia ikut jenis beras yang kau guna. Masukkan sedikit lagi garam bukit Halagel atau boleh jika nak masukkan kiub pati ayam dan kacau sebati.

3. Jika nak masak dalam periuk letrik maka bolehlah transfer sekarang. Kemudian susun ayam di bahagian atas dan lepas tu tekan on. Kalau masak periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.

Siap dah.
Ayam tu kalau jenis tak suka ayam putih moist gitu, keluarkan dari periuk, buang sisa nasi yang melekat dan goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja sampai nampak garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Cara nak buat sambal:

Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend. Siap.

Cara nak buat kicap:

Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati.

Siapp.

Ceduk nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar.

Sebelum makan, masukkan secubit garam bukit beriodin keluaran Halagel ke dalam segelas air dan minum. Ia membantu mencernakan makanan dengan lebih baik. Banyak weh khasiat garam bukit Halagel ni, korang Google lah naa.

Paling penting dia lebih sedap dan berkhasiat dari garam biasa. Beli di Shopee jer: https://shope.ee/AUDpbb9ALQ

Lepas tu barulah makan dengan penuh perasaan. Sedap weh nasi ayam Hainan ni.

Depa kata kalau selalu makan nasi ayam gini nanti dapat awek Cina.

Betul ke?

#superdaddy

#nasiayamhainan

P/s: Banyak lagi koleksi resepi mudah lain yang boleh dilihat di Instagram @mynameiskhairul.

Share

Blog  / Cooks  / Foods  / Peoples  / Recipes  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved