• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Khaleef dan chicken pox

18/05/2022

“Daddy can you have a look at this?”

Aku pun tengoklah. Allah dah banyak bintik red spot (blister) di leher dan belakang kepala dia. Terus aku check mulut kaki dan tangan dia. Tapi takde pulak. Seram jugak, maklumlah tengah musim HFMD ni kan.

Terus ke hospital, doktor kata chicken pox. Diberilah segala ubatan yang perlu berserta berbakul pesanan dan diberikan juga MC seminggu.

Ini sudah hari kedua Khaleef sakit.

Semalam dia lebih rileks, takde demam, takde sakit apa pun katanya. Jenuh juga aku dok kepung dia agar jangan bercampur dengan adik-adik. Tapi tulah, budak-budak, mana tahu erti takut semua ni. Harap-harap takde berjangkitlah. Kalau tak jenuh jugak aku.

Pagi ni, menangis merengek.

Asyik nak berpeluk jer dengan aku. Tak sedap badan katanya, kepala pun dah sakit. Aku check temperature pun macam dah makin naik ni.

So aku terus kena aktifkan plan “kalau anak sakit”. Macamana nak uruskan 3 orang anak yang bersekolah sekiranya seorang jatuh sakit. Apa yang aku nak kena buat, macamana nak uruskan masa, nak uruskan sekolah dan sebagainya. I have planned it all.

Insha-Allah I can handle this.

#superdaddy

Share

Blog  / Experience  / Health  / Lifestyle  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved