• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

bibik robot yang rajin

09/09/2022

Ini adalah benda yang aku tak pernah menyesal beli waktu PKP dulu.

Berbaloi gila.

Namanya Roborock S7, bijak dan rajin budaknya. Aku jer yang malas. Kerja dia vakum dan mop satu rumah. Dia boleh buat kerja setiap hari tanpa sebarang komplen.

Aku sebut jer “Hey Siri, clean up the living room!” aahh gittew. Menonong terus dia pegi vakum dan mop ruang tamu.

Seketika kemudian, sambil dok buat sambal sotong dengar suara dia bagitau, “Cleaning is complete. Returning to dock,” dengan nada manis dan manja ibarat seorang bibik yang diimport dari Las Vegas Nevada slang dia tu.

Takde buat muka dan marah-marah pun.

Best weh ada benda alah ni.

Aku beli dulu harga agak keras jugak. Hari ini sempena sales 9.9 ada diskaun lebih 50% weh: https://shp.ee/9zc2ykd

Boleh beli terus dengan dia punya docking station yang besar tu. Nanti dia buang sampah sendiri, tukar air mop sendiri okeh. Kita rileks jer tengok Netflix.

Dia kenal mana lantai, mana karpet tau.

So dia takkan vakum karpet tu. Naik atas karpet dia simpan mop dan dia akan vakum lebih kuat untuk sedut habuk. Dia juga tahu kawasan mana dia boleh pergi atau tak dibenarkan pergi. Bijak tauuu. Semua tu nanti kita set siap-siap kat Apps Roborock.

Kualiti pembersihan dia?

Well, its worth it. Habuk semua hilang, lantai bersih walaupun tak sekilat kau tonyoh dengan tangan. But I promise, you’ll be very satisfied. Dah 2 tahun lebih aku guna dia, berbaloi wehh.

Ehhh, kalau kalau nak yang murah sikit dalam RM700++ dan yang agak bagus dan ramai puas hati boleh cari Xiomi punya: https://shp.ee/52sjm5z

So para suami semua, sesuai sangat ni nak beli satu buat jadi bibik kat rumah. Memang harga agak mahal, tapi berbaloi sangat.

Biar korang suami isteri tidur lena dan robot ni buat kerja pukul 2-3 pagi tu. Kau set jer kat phone tu kau nak dia kerja pukul berapa, nak dia vakum dan mop area mana semua kau boleh set.

Lagi satu, bibik ni takde kebolehan menggatal mahupun menggoda. Cuma suaranya agak sedap dan comel-comel sahaja. Tak lebih dari itu.

Dan dia tak pakai skirt okeh, dont worry.

Khairul Abdullah

#superdaddy

Share

Blog

Ruqaiyah Rahman



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved