Nah cara nak buat sambal sotong sedap. Kuah sambal tak berair, warna cantik dan berkilat, tak terlalu pedas dan nyaman untuk anak-anak.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek sambal sotong ini:
3 ekor sotong saiz sederhana – potong bulat
2 ulas bawang putih – dikisar
2 sudu besar cili boh atau cili kering yang dikisar
2 sudu kecil brown sugar atau gula melaka
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar kicap manis
1 biji bawang besar dipotong bulat (jika mahu)
Cara nak buat dia:
1. Panaskan 3-4 sudu minyak masak. Tumis bahan kisar. Biarkan sampai betul-betul garing dan masukkan cili boh atau cili kisar tadi dan masak sampai pecah minyak.
2. Pastu masukkan air asam jawa, gula dan kicap manis. Tambah garam kalau tak cuup masin.
3. Sotong tu rebus asing dengan sedikit air sampai semua air sotong keluar dan sotong jadi kecut sedikit. Kemudian toskan air dan masukkanlah ke dalam sambal tadi dan kacau sebati dalam 3 minit. Kemudian masukkan bawang besar jika mahu, kacau sekejap dan tutup api.
Siappp.
Mudah yakmat kan?
Hidangkanlah dengan nasi lemak kalau berani.
Jauh perginya okeh.
Ohh gula melaka tu aku biasa beli dari Empayar Panglima-Pusat Pengedar & Pemborong :
Macam-macam rempah ratus depa ada jual, besttt.
Sekian, selamat mencuba.
P/S: Banyak lagi resepi mudah aku boleh dilihat di Instagram @mynameiskhairul






