Tadi aku buat Laksa Kuah Sardin senang yakmat. 30 minit siap.
Nah cara nak buat dia.
Bahan untuk kuah laksa:
1 tin besar sardin/mackerel or whatever ambil isi sahaja dan kisar halus atau hancurkan dengan garfu.
1 kuntum bunga kantan dibelah 4
5-7 tangkai daun kesum.
2 sudu cili kisar/giling/boh whatever.
1 inci belacan/boleh ganti dengan 1 kiub ikan bilis.
3 keping asam gelugor
2 biji bawang besar
Garam secukup rasa.
Cara nak buat:
1. Kisar bawang besar, cili kisar, 1 tangkai daun kesum, belacan dengan sedikit air sehingga halus. Boleh tambah 5-6 tangkai cili padi kalau kau nak pedas, kisar sekali. Lepas tu masukkan dalam periuk, bukak api dan kacau sekejap.
2. Lepas tu masukkan isi ikan sardin/makerel yang telah dikisar atau dihancurkan. Aku hancurkan dengan garfu jer, sebab suka nak kuah tu ada isi ikan yang kasar-kasar gitu. Masukkan sekali semua daun kesum, bunga kantan dan asam keping. Kacau sebati.
3. Masukkan air mengikut kepekatan kuah yang diingini dan masak sampai mendidih. Slow api dan biar dia mendidih seketika biar bunga kantan dan daun kesum betul-betul terkulai layu di tasik madu. Lepas tu perasakan dengan garam dan tutup api.
Siappppp.
Hidangkan dengan laksa of course dan ulam-ulaman, cili potong, hirisan limau dan telur rebus.
Aku guna laksa Nurin keluaran Kilang Laksa Nurin dari Ipoh ni. Laksa keluaran akak Junaidah Johari Jue sedap dan senang nak guna weh. Keluarkan dan celur air panas sekejap dah siap dihidang. Tak perlu rebus bagai okeh.
Korang boleh order di sini kalau nak cuba: wassap.my/60125530342
Harga cuma RM4.50 sekilo dan tahan sebulan okeh.
Ulam-ulaman tu ikutlah apa yang kau suka. Paling penting apa yang ada. Jangan susah hati dok cari bahan yang takde. Paling penting ada timun dan telur rebus. Kalau pandai kau buatlah telur sarang tu, lagi padu.
Sedap wehh. Cubalah.
P/S: Banyak lagi resepi mudah aku boleh dilihat di Instagram @mynameiskhairul