• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Poskad dari Paris & Tips Untuk Anda

20/09/2012

EiffelTowerv3

Paris – kota cinta, kota seni dan kebudayaan, kota bersejarah, kota fesyen, kota membeli belah dan macam-macam lagi. Segalanya ada di Paris. Tidak hairanlah sekiranya semua orang berkerumun di Paris, semua nak datang ke sini, semua nak tinggal di sini, semua nak shopping di sini dan kalau boleh nak menetap di sini.

Paris jadinya sesak, berserabut dengan lalulintas trafik dan juga manusia dari segala jenis bangsa di dunia ini ada di Paris…termasuk saya.

Setelah beberapa hari bercuti, hari ini agak sibuk, jadi tidak dapat menulis secara panjang lebar. InsyaAllah ada kelapangan esok atau lusa saya akan sambung menulis. Namun hari ini saya cuma ingin berkongsi gambar yang sempat saya rakamkan ketika 3 hari di Kota Paris.
















TIPS mengembara ke Paris (bagi yang ingin pergi sendiri tanpa ejen dan bajet yang kecil)

Berikut saya sertakan serba sedikit tips-tips bagi mereka yang ingin ke Paris. Bagi yang hanya ingin “discover” kota Paris ini yakni cuma pergi ke tempat-tempat tarikan utama sahaja tanpa memasuki muzium dan membeli belah maka satu hari penuh sudah memadai. Namun bagi yang ingin menikmati Paris sambil membeli belah dan berkunjung ke muzium maka 3-5 hari adalah paling bagus.

Berikut adalah tips dari saya.

1. Tambang Murah – Agak sukar sekiranya dari Malaysia hendak ke Paris dengan tambang murah setelah AirAsia menamatkan perkhidmatannya ke laluan ini setahun lepas. Namun begitu, boleh mencuba penerbangan lain seperti KLM, Etihad, Qatar ataupun MAS. Tambang biasanya serendah RM2,180 seorang untuk pergi balik. Sekiranya turun di Amsterdam ataupun Frankfurt, kos untuk menaiki keretapi adalah murah iaitu bermula dari Euro49 sehigga Euro200 bergantung kepada masa dan jenis train. Selain itu boleh menaiki bas dari setiap bandaraya di eropah ini ke Paris dengan tambang serendah Eur9.00 dari London sehala untuk seorang menaiki Eurolines.

2. Penginapan – Bagi pengembara bajet seperti saya, biasanya tidur di hotel murah sekitar Eur30 – Eur60 semalam. Anda boleh layari hostelbookers.com atau sekiranya inginmenginap di homestay sila layari www.airbnb.com ataupun www.wimdu.com dimana website tersebut menyediakan listing homestay yg boleh anda diami dengan kadar yang berpatutan, bergantung kepada jarak dari pusat bandar serta kemudahan yang disediakan. Anda cuma hanya perlu cari penginapan yang berdekatan dengan stesen Metro.

3. Pengangkutan – Perkhidmatan keretapi (Metro & RER) sangat effisien di kota Paris, jadi jangan risau sekiranya hotel murah yg anda diami agak jauh dari pusat bandar. Anda boleh keliling kota Paris dan pergi ke semua pusat tarikan pelancong dengan menaiki keretapi dan sedikit berjalan kaki. Terdapat juga bas, teksi (jangan naik..sangat mahal) dan juga basikal yang boleh disewa (percuma 25minit pertama). Saya sarankan agar naik keretapi sahaja kerana ia sudah memadai.

4. Keretapi – Metro adalah sistem keretapi yang paling penting untuk diketahui. Sesampai di lapangan terbang, hotel atau stesen keretapi, sila dapatkan peta/map Paris yang mengandungi peta laluan keretapi. Tiket keretapi juga mudah di beli di mesin (perlu tukar bahasa dahulu) ataupun lebih mudah pergi ke kaunter. Setiap stesen metro mempunyai kaunter tiket. Belilah tiket “single journey” berharga Euro1.70 untuk satu perjalanan termasuk transfer atau pertukaran train (selagi anda berada di dalam stesen dan bertukar train beberapa kali – tiket tersebut masih sah) Setelah keluar dari stesen anda memerlukan tiket baru untuk kembali masuk ke dalam stesen.

Namun saya cadangkan agar anda membeli “Carnet” iaitu 10keping tiket sekaligus yang berharga Euro12.70 (anda jimat Euro4.30). Anda boleh menggunakan tiket itu sepanjang berada di kota Paris. Tiket diperlukan untuk anda melepasi gate ke dalam stesen, namun tidak diperlukan untuk keluar. Tetapi anda harus simpan tiket itu kerana dari semasa ke semasa anda akan diperiksa oleh pegawai Metro di pintu keluar stesen.

AMARAN : Jangan endahkan sebarang bantuan yang dihulurkan kepada anda oleh orang yang tidak dikenali ketika membeli tiket (banyak penipu mencari mangsa di mesin mejual tiket) sekiranya tidak tahu, beli sahaja tiket di kaunter.

5. Bahasa – jangan risau sekiranya anda tidak tahu bercakap bahasa Perancis. Walupun mereka tidak bercakap inggeris, namun semua tempat tarikan pelancong anda papantanda berbahasa inggeris dan penjaga kauter tiket dan sebagainya tahu berbahasa inggeris. Cuma jangan tanya orang di tepi jalan, kerana agak sukar berjumpa mereka yang mahu membantu dan berakap inggeris.  Tidak perlu risau untuk sesat sekiranya anda mahir membaca peta jalan dan peta keretapi. Sekiranya anda biasa menaiki komuter, ERL, LRT, STAR , Monorail di KL, sistemnya juga adalah sama.

Sekiranya anda ke restoran, kebanyakan pelayan juga tahu berbahasa inggeris. Jadi usah bimbang. Cuma disarankan agar mempraktik beberapa patah perkataan asas seperti Bonjour (sebutan – bonjue bermaksud hello) , Merci (sebutan meghsi bermaksud terima kasih) dan Aurevoir ( sebutan ohvuah bermaksud selamat tinggal)

6. Makanan – Anda boleh mendapatkan makanan halal di restoran Turki yang kebanyakannya menjual kebab, burger, ayam golek dan juga nasi. Terdapat juga restoran Pakistan dan India yang halal. Kebanyakan restoran muslim meletakkan logo atau tanda halal di premis mereka. Anda juga boleh ke kafe-kafe untuk menikmati kopi atau teh, atau untuk sarapan dan makan tengahari ataupun malam bolehlah memesan makanan yang berasaskan telur, sayur dan juga ikan. Sekiranya anda lama di Paris, mungkin 3-7 hari, elok juga sekiranya membawa periuk kecil untuk masak nasi dan bawa lauk segera di dalam paket. Makan di Paris adalah mahal (sekitar Euro10-15 euro seorang), jadi untuk “Budget Traveller” sila “limit”kan perbelanjaan makanan anda. Makanlah roti ataupun McDonald sahaja.

7. Keselamatan – Paris adalah kota yang sangat sibuk, sesak seperti KL, penuh dengan kereta dan juga motorsikal (skuter vespa sangat popular disini) dan juga basikal. Jadi berhati-hati ketika berjalan melintas jalan dan sebagainya. Orang Perancis agak kasar, mereka akan berpusu-pusu untuk masuk ke dalam train (tidak seperti di Jerman maupun Jepun). Kota Paris juga terkenal dengan “Pickpocket” atau penyeluk saku. Pastikan barang berharga disimpan di badan (bukan di poket belakang dan bukan juga di dalam beg galas)

Amaran : Disetiap pusat tarikan pelancong seperti Eiffel Tower dan Sacre Cour akan terdapat kumpulan penyeluk saku ini. Ada juga kumpulan yang menunjukkan permainan “3 card monte” atau permainan di mana bola kecil dimasukkan ke dalam salah satu dari 3 cawan dan anda kena teka di mana bola tersebut. Anda akan dapati ramai pemenang yg bermain dan anda rasa tertarik untuk mencuba. JANGANNNNNN…itu adalah scam. Anda pas Jangan endahkan sekiranya ada orang datang membawa borang untuk ditandatangani kononnya petisyen dan sebagainya kerana mereka akan meminta bayaran dan kadangkala sekiranya ramai, saku anda akan diseluk. Sila berhati-hati.

8.  Pusat Tarikan Pelancong – Sungguh banyak tarikan pelancong di kota Paris, dari muzium ke gereja sehinggalah ke monumen serta pusat membeli belah. Sila semak laman web atau google untuk semua tempat ini dan dapatkan harga tiket, waktu operasi dan sebagainya. Eiffel Tower dibuka dari jam 7.30pagi sehingga jam 11.00malam dan ada beberapa jenis tiket dijual dari tingkat rendah hinggalah ke kemuncak menara. Muzium Louvre juga dibuka sehingga malam namun ditutup pada hari Selasa dan hari-hari tertentu. Sila semak laman web.

9. Cenderahati – Pasti ingin membeli cenderahati atau ole-ole untuk diri sendiri dan juga keluarga dan rakan-rakan bukan? Yang paling popular pastinya Eiffel Tower. Dibawah menara serta di stesen keretapi berhampiran menara anda akan melihat ramai orang-orang hitam (African) yang menjual cenderahati ini. Jangan terpengaruh dengan harga keychain yang ditawarkan oleh mereka kerana anda boleh dapat dengan lebih murah. Biasanya mereka menjual keychain dengan harga Euro1.00 untuk 1 keychain, anda sebenarnya boleh dapat dari 3 – 10 keychain hanya dengan 1 Euro sekiranya anda pandai tawar-menawar.

10. Membeli-Belah – Saya tidak ceritakannya di sini kerana “backpackers” dan juga “budget traveller” tidak pergi membeli-belah. Namun, sekiranya anda ingin berbuat demikian, pergilah ke Lafayette dan juga di Champ Elysees Avenue.

Itu sahaja tips dari saya untuk pengembara ke Paris. Sekiranya ada yang saya tidak nyatakan di atas sila email pertanyaan anda kepada saya.

Siapakah di antara anda yang tidak kepingin ke Paris? ENTAHLAH..I dont Know…i bet no one..rite?

gambar eifel towergambar parishotel di pariskhairulkhairul abdullahmakan di parismelancong ke parismetro parisminum di parisnaik keretapi di parisparisstesen keretapi di paristiket ke eiffel towertips berjalan di paristips ke paristips kembara ke paristips melancong ke paristips membeli cenderahati di paristips menaiki keretapi di paristips mencari makanan halal di paristips menegmbara ke paristips travel sendiri ke paristrip ke paris
Share

Blog  / Cultural  / Guides  / History  / Knowledge  / Peoples  / Places  / Tips  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Resepi Cendawan Maitake Bersama Hirisan Daging Panggang
07/11/2019
50 Tips Penting Untuk Sewa Kereta & Memandu Di Eropah
06/04/2017
Secara Tak Sedar Kita Ambil Hak Orang
05/12/2016

62 Comments


Bleeding Heart
20/09/2012 at 4:16 pm
Login to Reply

Paris; went there several times. A place where you must go once in your life time. What I missed about Paris is Champ Elysees! Midnight in Paris is superb. 🙂



    Khairul Abdullah
    21/09/2012 at 8:53 am
    Login to Reply

    BH,

    Indeed..a must go place.

Imran@Copenhagen
20/09/2012 at 5:30 pm
Login to Reply

Very nice photos. Ohh I miss Paris!



    Khairul Abdullah
    21/09/2012 at 8:54 am
    Login to Reply

    En. Imran, thank you. Everybody is missing Paris i think. 🙂

irfa
21/09/2012 at 10:49 am
Login to Reply

paris,kota cinta
2 kali kesana..rasanya cukuplah kot
pegi tpt lain dulu yg belum pegi 😉



    Khairul Abdullah
    21/09/2012 at 11:45 am
    Login to Reply

    Betul tu Irfa, dah pegi cukuplah…banyak lagi tempat lain di dunia ni untuk dilawati…contohnya Jerman ni 🙂

Mummy Akmar
21/09/2012 at 5:20 pm
Login to Reply

Tidak pernah ke Paris.. Parit Buntaq ada ler.. Semoga dapat lah ke Paris suatu hari nanti..



    Khairul
    21/09/2012 at 5:25 pm
    Login to Reply

    Mummy, saya doakan semoga mummy berjaya nanti dan dapat ke Paris. Aminnnnnn.

NenetPenne
22/09/2012 at 4:45 am
Login to Reply

sedihhhh sebab tak boleh ikut u hari tu..ha ha ha..
eh siapa pulak yang buat aksi kartun dgn muka kartun tu?? 🙂

haaa irfa dah dua kali ke sana? ooh sungguh tidak adil… 🙂



    Khairul Abdullah
    22/09/2012 at 10:13 am
    Login to Reply

    Net,

    Jgn sedih2..lain tahun masih ada 🙂
    Aksi kartun tu adalah saya.

    Irfa memang gempak..dah 2 kali ke paris.

remyhazza
22/09/2012 at 5:10 am
Login to Reply

nice pic bro…..
sesungguhnya paris kota cinta uda dan dara……



    Khairul Abdullah
    22/09/2012 at 10:14 am
    Login to Reply

    Remyhazza,

    Thanks Bro. Tidak dinafikan yang Paris memang kota cinta..:)

ladywindsor
22/09/2012 at 10:41 am
Login to Reply

ehhh dah tukar banner…aaa cantik mehh macam stitching. Hmm..kalau Paris tu macam KB-KL, tiap bulan i turun Paris..haha! Bukan setakat kota cinta, kota seni juga..!



babycomel
22/09/2012 at 12:06 pm
Login to Reply

owh Paris.. xmampu nk membayangkan keindahan cinta kat sana. harap2 1 hari nanti… kota cinta,



    khairul
    22/09/2012 at 10:03 pm
    Login to Reply

    babycomel,

    Semoga anda akan ke kota cinta satu hari nanti 🙂

Khairul
22/09/2012 at 12:08 pm
Login to Reply

LW, aah dah tukar..dah boring tgk yg lama tu. Hahaha…saya pun, kalau sejam perjalanan selang sebulan pergi. Ni 4 jam perjalanan, kebas bontot dlm train tu.

Saya lebih appreciate Paris sebagai Kota Seni.



    NenetPenne
    23/09/2012 at 2:22 am
    Login to Reply

    4 jam? i rasa i boleh menahan lagi sebab naik train dari KL ke KB lagi lah hazab becos its more than 4 hours.. sepanjang malam u! 🙂

      Khairul Abdullah
      23/09/2012 at 11:38 am

      Aah..3jam 50minit dgn high speed train, kalau drive dalam 8jam. Kalau naik bas KL-KB pun dalam 7-8jam jugak kan? Kalau book awal tambang ke Paris hanyalah Euro49.00 sehala menaiki train ICE. Tambang KL-KB berapa yer?

        NenetPenne
        23/09/2012 at 3:21 pm

        dah lupa sebab dah lama tak balik naik bas atau train … kalau naik flight pula tambang bergantung kepada tambang murah air asiah… heee..

        tapi kalau 8 jam drive dari London ke Paris umpama KL ke KB..ooo jauh jugak yer…

irfa
24/09/2012 at 3:36 am
Login to Reply

kak net..
terkagum saya gi paris 2 kali?
tak payahlah terkagum sgtla kak.tiket free bolehlah
kalau fullfare mmg tak mimpi sampai sana.huhu

tapikan..airport tak ke paris lagi murah dari gi london.sbb tu nak pegi london kali ke2 pikir 16kali
gila apt tax rm720 darab 5 org dah bape?gugur bulu ketiak bayar apt tax je



    nenetPenne
    24/09/2012 at 6:05 am
    Login to Reply

    tak per..still kagum jugak walaupun irfa dapt tiket free..
    ahkak ni siapa yang nak kasi ticket free?? suami tak ada, boyfriend pun tak ada, sugar daddy lagi laa tak ada…*tambah effect supaya citer jadi lagi sedih laa tu kononnya. :P* kenalah gigih membanting tulang empat kerat siang malam demi beberapa suap nasi …. 🙂

    Khairul Abdullah
    24/09/2012 at 12:29 pm
    Login to Reply

    @Irfa
    Wahhh..untungnya dpt tiket free.

    @Net
    Sedih sungguh ayat tu..apapun..usaha tangga kejayaan. Bantinglah tulang 4 kerat tu selagi mampu 🙂

irfa
24/09/2012 at 3:39 am
Login to Reply

‘airport tax’ bukan ‘airport tak’.huhu



    Khairul Abdullah
    24/09/2012 at 12:32 pm
    Login to Reply

    Ejaan melayu baku memang cenggitu 🙂

irfa
24/09/2012 at 11:03 am
Login to Reply

membanting la sangat 😉
tapi dapat beli barang branded tetap saya nak jeles
huhu..nak longchamp tak dapat2 ni apa citer



    Khairul Abdullah
    24/09/2012 at 12:31 pm
    Login to Reply

    Kalau nak tunggu Longchamp tu jatuh atas riba…payah kot. Kalau gi kedai beli..pasti boleh dapat :)(Atau hantar duit ke sini saya tolong belikan)

irfa
28/09/2012 at 7:16 am
Login to Reply

KA..nnti tabung ayam saya dh penuh saya pasti order dgn KA tolong belikan..pasti KA pandai pilih yg lawa2.hehe



    Khairul
    28/09/2012 at 8:54 am
    Login to Reply

    Ehhh jangan suruh saya pilih..tak reti. You pilih siap2, tgk kat website model apa..then saya belikan.

pinkdiary
14/10/2012 at 11:56 am
Login to Reply

accommodation paling murah, camping! summer i visit paris, even now tak habis lagi update blog pasal my summer tour in europe. kat paris i camping di huttopia campsite, about 30 minutes by train, and about 20 minutes walk to paris metro station. we paid about 40euro for 4 person, means about 10euro per person each nite.



    Khairul Abdullah
    15/10/2012 at 5:05 pm
    Login to Reply

    Pinkdiary,

    Betul, camping adalah yang paling murah. Akan tetapi tidak sesuai untuk semua orang kan?

Ayu
02/11/2012 at 4:21 am
Login to Reply

Encik Khairul
Thanks for the information, sangat berguna untuk budget travelers.. Cantik2 gambar2nya, terutama gambar The Lourve.. Saya ada baca berita mengatakan dah ada Seksyen untuk Tamadun Islam di sana.. Moga dimurahkan rezeki kami sekeluarga untuk ke sana.. 🙂



    Khairul
    02/11/2012 at 8:29 am
    Login to Reply

    Pn. Ayu,

    Terima kasih kerana membaca dan menyukai gambar2 yg saya ambil tu. 🙂 Memang ada seksyen tamadun islam di the louvre..sangat besar. Semoga dimurahkan rezeki utk puan sekeluarga untuk ke sana..Aminnnnn.

      Ayu
      11/12/2015 at 10:22 am

      Assallammualaikum En Khairul,

      I never thought I will write this, Alhamdulillah, selamat sampai di Paris pada 11/11/15 dan balik ke sini pada 15/11/15. Jatuh cinta dengan Paris, terasa semuanya bagaikan fairy tale di sana, bangunannya, taman2nya, orang2nya. bagi saya semuanya cantik2 belaka..

      Tapi tak semuanya indah, Paris lebih kotor dari yang saya sangka, bau hancing dan najis di sana sini dan orang-orang yang homeless di mana2 sahaja..

      Namun begitu, kalau diberikan peluang, memang ingin ke sana sekali lagi.. Thank u for all the tips En Khairul, may Allah bless u 🙂

        Khairul Abdullah
        11/12/2015 at 11:06 am

        Waalaikumsalam,

        Wahhhhh senyap2 dah sampai Paris yer. Alhamdulillah. Memanglah ada benda yg indah khabar dari rupa, biasalah kann. Semoga sampai lagi next time. Jgn serikkk 🙂

          Ayu
          11/12/2015 at 11:19 am

          En Khairul,

          Tak serik, memang nak pergi lagi kalau ada rezeki.. tapi suami tak suka Paris sebab kotor kan, saya je yang jatuh cinta tergolek2 dengan Paris.. hahaha..
          Tak puas di Paris sebab kami berada di sana ketika kejadian tembak menembak dan bom pada 13/11 tu.. Jadi 14/11 tu memang tak ke mana, di hotel saja..
          Dua penglaman kali ni, pengalaman melancong & pengalaman merasai chaos di bumi asing, syukur Alhamdulillah, selamat sampai di tanahair 

            Khairul Abdullah
            11/12/2015 at 11:23 am

            Hahaha, jatuh cinta tergolek2 yer. Saya pun mcm suami puan jugak, dah berkali2 pergi Paris tu tetapi tetap kurang gemar. Lebih suka ke negara lain spt Swiss, Lux, Austria dan Leichtentstein.

            Pengalaman merasa chaos di negara org pasti menarik kan?

              Ayu
              11/12/2015 at 11:40 am

              Mungkin kalau selepas ini saya ke Swiss, Lux, Austria dan Leichtentstein, saya akan jumpa cinta baru .. haha..

              Saya memang suka bangunan2 lama dan taman2, jadi mungkin itu yang membuatkan Paris indah di mata saya.. Citarasa masing2 kan 😉

              Ya Encik Khairul, chaos itu yang sangat menarik dan itu la perkara pertama yang kawan-kawan tanya bila saya berjumpa dengan mereka.. hehe

Hidayah Ishak
29/04/2013 at 3:48 pm
Login to Reply

Sgt membantu, sy pun nak backpack g paris…



    Khairul Abdullah
    02/05/2013 at 8:04 am
    Login to Reply

    Selamat mengembara ke Paris. Semoga perjalanan awak selamat pegi dan balik.

jj
31/08/2013 at 8:02 am
Login to Reply

mr KA,
best!!! sangat terbaik info untuk budget travel 🙂 5 star!!!
*mummy akmar ~ i miss parit buntaq so much…



    Khairul Abdullah
    05/09/2013 at 10:34 am
    Login to Reply

    Sama2 JJ. Saya cuma berkongsi pengalaman.

Hanisah
07/11/2014 at 2:40 am
Login to Reply

Salam, berapa hari rasanya eh suggested utk discover the whole city?



    Khairul Abdullah
    07/11/2014 at 8:35 am
    Login to Reply

    Kalau setakat nak tgk tempat2 menarik dan bergambar sahaja satu hari sudah mencukupi. Namun sekiranya nak melawat sambil shopping maka perlukan 2- hari sekurang2nya. Kalau nak masuk muzium pun lama juga sbb macam The Louvre tu sehari pun belum tentu habis. Kalau nak menikmati Paris maka duduklah 3-5 hari. Sepanjang pengalaman saya 3 kali ke Paris, satu hari sudah memadai utk discover the whole attraction areas.

Sue Weird
07/11/2014 at 10:50 am
Login to Reply

Semoga dapat lah ke Paris suatu hari nanti 🙂



    Khairul Abdullah
    07/11/2014 at 3:41 pm
    Login to Reply

    Mudahan-mudahan doa Sue dimakbulkan. Aminn.

Royhar
07/11/2014 at 12:05 pm
Login to Reply

Insyaallah saya akan ke paris 27 – 29 nov ni dari london..catatan khairul byk membantu akak wlupun ni 2nd time pegi..dulu takut sgt pegi sbb byk pickpocket



    Khairul Abdullah
    07/11/2014 at 3:43 pm
    Login to Reply

    Pickpocket ni diorang cari atau pilih mangsa yang mudah. Kalau akak bwk beg yg terbuka atau mudah diseluk maka akan menjadi target dioranglah. Lagi satu elakkan dari berasak atau berhimpit di tempat awam terutamanya di dalam keretapi metro.Selamat bercuti saya ucapkan.

azwan
08/11/2014 at 2:29 am
Login to Reply

Ari tu bulan july pergi sana, tapi rasanya KL lgi best dri paris…sebab di paris mmg semuanya mahal, ada train mmg bnyak tpi kotor, sya ingat paris indah seperti dikatakan, tetapi hakikatnya kotor, orang sana x beradab, mmg kasar lah…and ramai peminta sedekah, dari tepi jalan, kat corridor train, kat kaunter train, kat stesen train dan sampai lah masuk train mesti terjmpa peminta sedekah…worse than KL.



    Khairul Abdullah
    08/11/2014 at 11:08 am
    Login to Reply

    Azwan,

    Memang sangat benar apa yg anda perkatakan. KL adalah lebih baik dari Paris. Untuk menikmati negara Eropah yang bersih dan orang yg cool dan beradab maka anda harus datang ke Jerman, Switzerland, Austria, Leichtenstein, Brussel atau Luxembourg.

      Shamizul
      13/12/2014 at 3:44 am

      Salam Khairul…

      Jerman mmg best! Dan transportation mmg superb! Makanan halal pun sedap dan agak lebih murah dari Paris…

      Tak sabar nak ke Frankfurt lagi!

Sya NTupperware
11/11/2014 at 8:25 am
Login to Reply

kat paris duk hotel budget kat mana yer..dekat ngan metro tak..tq



Khairul Abdullah
11/11/2014 at 11:21 am
Login to Reply

Saya tinggal di homestay bukan di hotel budget…dan memang bersebelahan dengan metro.



Sya NTupperware
12/11/2014 at 12:24 am
Login to Reply

Khairul Abdullah dekat mana yer..boleh bgtau apa nama tmpt tak



Khairul Abdullah
13/12/2014 at 11:01 pm
Login to Reply

Sya NTupperware Saya duduk area Montmartre dan homestay yg saya duduk tu rumah orang jadi takde nama. Sila cari di http://www.airbnb.com



Mahziah Ramly
11/01/2015 at 3:10 am
Login to Reply

Saudara KA … alhamdulillah dengan tips dari saudara sebelum ini percutian saya sekeluarga di london dan paris pada bulan december 2014 sangat menggembirakan. Dari london menaikin train seawal 6.40 pagi kami tiba di paris 9.30 pagi waktu tempatan. Pemandu tempatan berbangsa filipina sedia menanti dan kami terus ke champ elysees membeli belah di butik lv dan chanel sehingga pukul 1pm. Selepas lunch kami ke lafayette utk menuntut vat refund. Dari situ kami ke effiel tower. Jalan raya tersangat sesak dan jam sudah hampir pukul 5pm. Noel pemandu kami sangat cekap dan memahami keresahan kami. Jadual keretapi pulang ke london ialah pada pukul 8.40 malam.
Kerana Mengejar masa sesekali Noel melanggar juga peraturan jalanraya petang itu. Terasa kesesakan bagai di kota jakarta. Kelihatan polis merata rata tetapi mereka hanya berdiri memandang sahaja. Kami tiba di eiffiel tower dan bergambar sekadarnya hanya selama 40 minit. Kerana risaukan kesesakan jalanraya kami terpaksa bergerak ke stesen awal 2 jam dari jadual. Alhamdulillah kami selamat tiba dan tiada kejadian pick pocket berlaku. Cuma semasa di depan butik lv di champ elysees kami di kerumuni sekumpulan kanak kanak tempatan yg meminta kami menandatangi petisyen.



zilawie
14/04/2015 at 10:26 am
Login to Reply

Thanks KA..ats tips KA sy hrp dpt pegi ke negara barat yg beradab n bersih. German, etc… macam serabut je ke paris ni.. hehe statement mcm ada byk tabung gajah…haha..



Rass
07/06/2015 at 1:42 am
Login to Reply

Salam.saya sefamily Akan ke paris bulan 7 ni..nak tanye klu dgn berjalan kaki mudah x nak bersiar2 di kota paris or ke tempat2 attractions sekitar kota paris?cenderahati murah dekat mane ye?tq



azlina
27/07/2015 at 11:47 am
Login to Reply

salam saudara ka..insya allah sy akan ke barcelona dan paris penghujung bulan oktober 2015 ini..boleh beri sedikit tips untuk ke dua2 tempat ini x?tq



    Khairul Abdullah
    27/07/2015 at 1:37 pm
    Login to Reply

    Azlina,

    Tips sudah saya ceritakan panjang lebar di atas. Utk barcelona boleh baca tips saya tentang italy, lebih kurang sama sahaja. Sila klik menu Travel&Tips di menu utama dan baca semua artikel disitu.

Yatie Leman
21/12/2016 at 4:46 pm
Login to Reply

As salamm. Nak sedikit keterangan mengenai function “Carnet” tickets. Kalau purchase this tickets, does that mean kita bole gunakan tiket yang belum digunakan lagi pada hari berikutnya? Saya sedang contemplating nak beli “Carnet” atau “Mobilis”. Terima kasih adik.



    Khairul Abdullah
    22/12/2016 at 1:03 am
    Login to Reply

    W’salam. Carnet (car nay) adalah tiket biasa yang dijual 10 sekaligus dengan harga lebih jimat. Kalau beli satu tiket setiap kali nak naik harganya €1.60 namun kalau beli carnet harganya €11.40 utk 10 tiket jadi satu tiket berharga €1.14. Boleh guna tiket tu untuk sekali masuk metro dan berapa kali tukar stesen atau tren pun tak apa asalkan jangan keluar dari stesen. Bila dah keluar maka tiket akan dicop maka dah tak boleh guna.

    Tiket yang belum diguna boleh guna esok hari.

    Mobilis pula tiket untuk zon 1-2 dan berharga sekitar €6.40. untuk sehari. Jadi boleh guna banyak mana pun dalam masa sehari. Tapi kalau guna sikit maka jadi rugi. Kena naik bas atau metro at least 5 kali sehari bagi menjadikannya berbaloi.

    Sebenarnya siapa yang suka dan rajin berjalan, beli tiket carnet lagi berbaloi kerana naik metro ni biasanya dalam 2-3 kali sahaja sehari.

      Yatie Leman
      22/12/2016 at 5:31 am

      Thanks bro. The explanation sangat lengkap & saya dah buat decision nak guna carnet tickets. There will be 8 of us traveling together. Again, thanks!

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved