Seminggu bercuti?
Cuti adalah perlu untuk menaikkan balik semangat untuk bekerja. Tetapi selalunya apabila balik dari bercuti, semangat bekerja bukan makin naik…bertambah malap adalah.
Tetapi dalam kes saya ni, lain sikit.
Bukan seminggu bercuti dari kerja dan pegi makan angin, tetapi seminggu bercuti dari menulis blog. Bukanlah kerana malas, tetapi kerana sibuk dengan kerja. Banyak sungguh kerja “urgent” minggu lepas, ambik gambar lah, buat design produk lah, buat design logo lah, design website lah, design webshop lah, powerpoint presentation lah dan macam-macam lagi.
Antara kerja-kerja design yang  saya kena siapkan selama seminggu ni secara “urgent” adalah :-
Al-Fitra
Sebuah syarikat baru yang menjual produk-produk muslim. Akan dilancarkan tidak lama lagi. Saya design semua stationaries seperti logo, kad nama, kepala surat dan sebagainya. Saya juga merekabentuk pembungkusan produk dan juga website/webshop mereka. Logo, stationaries dan product packaging dah siap..tinggal webshop sahaja belum.
Skylink Travel
Sebuah syarikat pengurusan perjalanan meminta saya menyediakan bahan pembentangan mereka melalui powerpoint. Saya siapkan template untuk cover dan juga content pembentangan tersebut.
Qashmere.net
Ini adalah webshop untuk blogger Mummy Akmar. Beliau inginkan blogshop pada mulanya, namun setelah diteliti keperluannya dan juga prospek perniagaan beliau, saya telah menaiktarafkan rekabentuk blogshop kepada webshop dengan sistem e-commerce yang lengkap (dengan harga blogshop). Saya harap Mummy Akmar gembira dengan webshop baru beliau. Rakan2 blogger dijemput ke qashmere.net untuk membantu perniagaan Mummy Akmar.
Selain dari kerja di atas, banyak lagi kerja-kerja lain seperti kerja harian saya (ambik gambar dan tulis review) memasak, berjalan-jalan, bermain badminton, shopping, meeting dan sebagainya yang tidak dapat saya ceritakan dan tunjukkan gambarnya di sini . Takkan nak tunjuk semua kot.
Jadi minggu ni saya nak bersenang-senang sedikit. Taknak kerja sampai lewat pagi dah. Nak rajin jalan-jalan baca blog 🙂










30 Comments
kenapa tak boleh tunjuk semua? kenapa? wei shenme?
hey mcm kepoh pulak i kan… 🙂
kerja = $
Tak boleh…something are best to kept secret.
Aah..kepoh lah 🙂
Betul tu Net, kerja = $. Tambahan pula untuk freelancer macam i ni kan…banyak keje…byk duit…sikit keje..sikit duit.
hmm banyak keje=banyak duit eh? sikit keje=sikit duit. kalau kerja makan gaji, banyak atau sikit keje…gaji macam gitu juga kan?? Okeh moral of the story..keje sendiri lagi bagus…haha (i memotivasi diri sendiri ni..)
LW…yer betul. Tapi tak ler se”best” yang disangkakan kerja sendiri nih. Kadang2 komitment dengan client buatkan kita kerja lebih teruk dari makan gaji 🙂
kene berehattt da tuh
Beb..sedang berehat ni 🙂
Wow, memang kreatif dan berbakat. semoga terus maju jaya
Imran, terima kasih. Inilah cara saya cari makan..:)
Haaa baru nak buzz apsal lama tak update blog..cuti blogging eh? Letak le mana2 pic masakan u..lama dah tak jamu mata dengan resipi vogue u..:)
Itu kedai handbag amacam, dah beroperasi ka?
LW,
Hehehe.sorry yer. Esok i update gambar food yer.
Sibuk buatkan kedai orang..kedai sendiri tak siap2 jugak 🙂
cepat laa buka kedai sendiri..mesti ramai pengunjung tunggu luar kedai..hikhikhik! boleh jadi macam JPO..saya pun nak buka ‘kedai’ juga ni…sedang buat preparation dan maybe akan roger Khairul untuk proses mencantikkan kedai…nanti yek..
LW, nak buat kedai onlne tu kejap jer kot…nak cari barang2 (produk) tu yg leceh sikit.
Wahhh…you nak bukak kedai apa ek? Apa2 nanti roger saya..insyaAllah saya akan tolong.
oooooo..
nak buka kedai sendiri yek? fiwit!! 🙂
*harga kawan-kawan… 😉
Tips…haha, niat dah lama..cuma tak berkesempatan. InsyaAllah…nanti semua kawan2 blogger saya bagi “DISKAUN BESARRR”
sblum ni saya kurang jelas apa keje KA.skrg dah jelas sikit2..wow kerja yg hebat.minta buatkan blog saya nampak lagi lawa boleh ke?
Irfa..dah jelas yer sekarang :). Nak buatkan blog lebih cantik? boleh jer…sila email saya details yer.
kena pandai bahagikan masa 😉
selamat bercuti!!
Puan Gojes…bab tu yang tak berapa pandai 🙂
sangat cun kerja2 tuan. saya rasa mcm syok juga kalau ada biz online kan? hmmm, kena fikir dgn lebih serius ni. hehe. ohhh tuan, nanti dah bukak kedai sendiri, saya nak juga kirim barang. – niatnya beli utk isteri tercinta 🙂
En Iz,
Terima kasih. Memang syok berniaga online ni..boleh cuba dulu jual barang kat ebay :). InsyaAllah, nanti kalau dah bukak saya boleh bagi special diskaun utk En. Iz. (Sape tak sayang bini kannn?)
Terima kasih KA kerana sudi sponsor upgrade dari blogshop ke webshop hanya dengan harga blogshop. Terima kasih atas segala bantuan untuk saya berniaga atas talian ini. Semoga kebaikan yang dicurahkan akan di beri ganjaran oleh Allah membantu single mom mcm saya ni untuk kick-start business. Dengan sistem e-commerce ini memang keadaan lebih teratur untuk pelanggan dan owner …. THANKS A MILLION!!!!
Kepada pembaca blog Khairul yang suka bershopping dan fesyen jom pergi http://www.qashmere.net baju plus size pon ada. Lagi pon Hari Raya Aidiladha dah nak dekat.. ada jubah and kaftan on sale ni! heeee
Mummy,
Saya doakan yang terbaik untuk anda. Nampaknya sales pun dah jalan..barang2 pun dah start deliver to customer. Syabas saya ucapkan. So, untuk para bloggers semua…beramai-ramailah ke webshop mummy untuk membantu, kalupun tak beli – click like atau tweet sudah memadai untuk membantu beliau. TQ
Assalamualaikum Khairul,
Salam ziarah dari Kuwait.
Best life macam ni kan. Buat jer apa yang kita suka as long as kita tau our limit.
Barakah day ahead..
Wsalam Kak Sham,
Ohh..orang Kuwait rupanya :). Life mcm ni ada pasang surutnya juga kak..sometime best sometime tak. Barakah day to you too.
beb, that webshop, is that one yang ko suggest soh aku buat tu? that one ke yang kena masuk code?
June,
Yeps..that shop is fully automatic. Ko akan ada database of product, customer, sales and order, invoices dan macam2 lagi. Kena masuk code apa eh – tak paham aku soalan ko? Tapi this webshop need a domain and hosting – tak boleh pakai blogspot lah.
ooo…. got it. yang masuk code aritu yang ko kata kalau aku tumpang domain ko but it’s not advisable. ok… will think of it again… and will email u 🙂
Oraitttt!
logo alfitra tu cam sama logo alhijrah..malaysia islamic tv..ada related ka?
As, sama eh? tak kan..mungkin shape yg sama. And its not related in any sense.