Pada hari raya aidil adha tahun ni hujan turun seharian.
Tiada aktiviti ziarah-menziarah, aktiviti makan-makan dan sebagainya – yang ada cuma aktiviti membeli belah. Walaupun di dalam hujan yang kadangkala agak lebat dan kadangkala gerimis dengan cuaca 4-8 darjah celcius, aktiviti “shopping” tetap diteruskan.
Pada malamnya saya melihat lapaoran cuaca yang meramalkan yang salji akan turun esok pagi .
Salji? di bulan Oktober?
Musim luruh belum lagi berakhir – kebiasannya pada pertengahan November. Namun berdasarkan ramalan kajicuaca, kami boleh mengucapkan selamat tinggal kepada musim luruh lebih awal tahun ini.
Selepas menunaikan segala rutin selepas jam 7 pagi saya ke dapur, nak buat sarapan cadangnya. Menjenguk ke luar tingkap dan melihat hujan yang renyai dari semalam masih belum berakhir. Saya meneruskan aktiviti.
Sejam kemudian, saya menjenguk dari tingkap di ruang tamu dan melihat langit yang putih dan salji mulai turun.
Salji di bulan Oktober.
Nak ambil gambar mulanya tapi tak nampak jadi saya rekod video – boleh nampak jelas. Kalau tak dapat tengok video di atas – sila klik link youtube ini.
Cuaca sekarang ni semakin hari semakin sejuk. Memang sejuk awal pada tahun ni berbanding tahun lepas. Salji pertama pada tahun lepas adalah pada 23 Disember iaitu 2 hari sebelum sambutan Krismas.
Oh ya – sebelum saya lupa – hari ni jarum jam diundurkan satu jam kebelakang (Daylight Savings Time vs Local Standard Time) makanya waktu saya di sini akan lewat selama 7 jam berbanding Malaysia – yang mana sebelum ini adalah 6 jam.
Sekarang kalau nak keluar rumah kena pikir panjang, kena rujuk ramalan cuaca, perlu pakai jaket tebal, perlu ke pakai but kalis air, perlu ke bawak payung, perlu ke pakai glove dan sebagainya. Sangat sejuk. Maka, keluar rumah adalah pilihan terakhir.
Jadi apa yang nak dibuat yer? Entahlah..I Dont Know…tetapi saya rasakan mungkin duduk di dapur sambil menghirup teh panas adalah yang terbaik.







32 Comments
Whoaa nostalgia sungguh saya bila baca entry ini..pasal salji tu…2010 masa saya stranded kat airport di UK..dua tiga hari sebelum tu bergelak sakan sebab hajat nak sentuh salji tercapai jua akhirnya masa saya menginap di sana, tapi masuk hari ketiga..hidung berdarah dan winter rashes menyerang..arghh masa tu jugalah rasa nak minta ampun dan bertaubat nak balik KL sepantas kilat..:) dah memang tanah air di KL, memang tak boleh tahan sejuk..
Teh je ke kat dapur tu, biskutnya ada? Sup cendawan dah habes?
Excited kan bila snow turun? saya walaupun dah biasa..tetap excited bila snow. Hahaha….memang kita org melayu ni dicipta utk dok di negara panas kan? Tak tahan dengan sejuk.
Eh..kat dapur ada ketupat palas (segera adabi) dan juga rendang ayam. Sup cendawan dah licin.
ahaaa baru nak minta Khairul delete salah satu..saya cari ikon tong sampah tak jumpa pun…tak pe lah kan..
ehh ketupat palas? Omakaihh saya rasa KL pun lupa nak beli ketupat palas..adehhh!
haha..tak payah delete lah..bior jer situ 🙂 Sedap juga ketupat palas segera tu…dan sangat senang nak prepare.
Whoaa nostalgia sungguh saya bila baca entry ini..pasal salji tu…2010 masa saya stranded kat airport di UK..dua tiga hari sebelum tu bergelak sakan sebab hajat nak sentuh salji tercapai jua akhirnya masa saya menginap di sana, tapi masuk hari ketiga..hidung berdarah dan winter rashes menyerang..arghh masa tu jugalah rasa nak minta ampun dan bertaubat nak balik KL sepantas kilat..:) dah memang tanah air di KL, memang tak boleh tahan sejuk..
Minum teh dalam cuaca sejuk?? Yer..heaven tu!
Eh…2 kali? takpe saya reply juga 🙂
Yer..sejuk2 pekena teh panas berasap memang heaven!
Bestnya.. Saya, entah bila la dapat nengok salji2 ni. Teringin juga bila ingat khairul ckp, sejuk salji tak seperti sejuk air batu (ais), tapi.. boleh tahankah saya sedangkan malam2 di trg ini pun, tak boleh tidur tanpa selimut!
Kat sini ada ketupat palas juga, tapi rendang tak buat pun lagi! Cicah serunding sajer.. hehe
Su…mesti boleh tahan kalau pakai baju berlapis-lapis dengan jaket tebal dan glove 🙂
Sedap juga ketupat palas segera adabi tu sebenarnya – mudah dan cepat.
salam Khairul,
wah white eidul adha ye.. bestnye..
i pernah experienced snowing in summer.. started with sunny, windy, drizzling and snowing..all within few hours.. ohh well, semua tu kuasa Allah…kun fayakun… Jadi..maka jadilah.. 😀
p/s: no need to call me puan yer…formal sangat.. hehehe..
W’salam blu4sky,
Kat sini kalau di bulan April biasanya boleh dapat 4 musim dalam sehari – panas, berangin, sejuk, hujan dan snow dalam satu hari :)Betul tu..semua kuasa Allah.
p/s : Oklah..no more puan 🙂
dah tengok the video…love the background music, buat i teringat zaman-zaman undergrad… ahh windunyer.. how i wish i could go back..the best moment in my life..
The background music title Again by Secrets in Stereo 🙂
Why dont go revisited tempat u undergrad dulu and get that moment back?
that won’t be the same..betul tak…xpe lah..bila ada rezeki akan jejak semula ke “kampung halamanku itew” :p
btw, thanks for the tips.. kena fikir and fikir and fikir lagi.. 😀
Yer…indeed it wont be the same 🙂
Assalamualaikum Khairul,
Kalau anak2 akak ni sure dah golek guling2 sbb blh main snow.
Sini winter pun mau cecah below 0Celcius. Tapi since sini susah nak jumpa awan, so takda la snow.. unlike Dubai.
Dulu masa kat Iran, kami berkurung dlm bilik tp diaorg selamber jer main baling2 snow.. kebal ke ape diaorg ni??
W’salam Kak Sham,
Betul tu kak – budak2 memang suka lah. Anak jiran saya ni (Jepun) bukan main seronok main snow kat garden tu.
Saya pun main jugak2 baling2 snow ni kak – excited punya pasal, dah tak kira dah. 🙂
salam aidiladha KA..
lawa gambar daun atas salji..terus buat wllpaper pc saya
hehe
W’salam Irfa,
Terus buat wallpaper? waahhhhhh 🙂
Tah bile laaaaaaaaaaaaaaaaaa agknye nk bersalji salju nih. Sekurang2nya nak jugak merasa kalau tak menetap kt sane pon. InsyaAllah.. 🙂 Bab shopping tuh suke. Designer brand murah2! Oh salam aidiladha jugek utk tuan tanah dan isteri.. Errr kat sana mmg tak le buat lemang eh? Lemang instant pon mmg takde eh? ;p
Beb,
Jemputlah datang ke sini winter nanti – boleh merasa, boleh main snow sampai lebam dan boleh shopping lagi 🙂
Lemang? dah 3 kali raya saya buat lemang kat sini (pulut ditanak dan digulung dengan aluminium foil dan dibakar di dalam oven) cuma raya ni jer tak buat. Rebus ketupat palas segera jer.
En.Khairul,
Akak pernah beraya dalam snow 25 tahun dulu semasa mengikut suami belajar di USA…kami tinggal di Los Angeles 2 tahun dan di Oklahoma 2 tahun. mula2 tengok salji memang lah jakun suka sangat sebab masa duduk LA tak ada salji …kalau nak salji kena naik Big Bear( macam genting highland lah) tapi di Oklahoma buka pintu rumah je dah ada salji…yang tak suka selepas tu bila salji cair nak jalan pun licin…pernah terjatuh juga.
Kami sekeluarga pun tak kemana mana beraya di rumah je….akak masak nasi beriani je dan makan anak beranak.
Kak Sherry,
Usahlah berencik2 dengan saya yer.
Betul tu kak, paling takut time snow ni adalah jatuh ler. Time ni hospital sibuk..ramai orang jatuh. Bukan sebab licin snow tetapi black ice – lapisan bawah snow yang dah cair dan membeku semula menjadi ais. Kita tak nampak sebab dok kat bawah snow. Salah pijak berdebub jatuh. Di tengah bandar ni..bila ada snow, sibuklah pekerja dewan bandaraya menabur kerikil kecil di laluan pejalan kaki bagi memberikan lebih cengkaman dan mengelakkan terjatuh. Kalau rumah bertanah – diwajibkan membersihkan snow di laluan pejalan kaki didepan rumah. Kalau ada orang terjatuh di depan rumah kita – nanti kena saman 🙂
Wahh..nasik beriani jer yer 🙂 i like!
hoho.. lama tidak kemari.. rasanya last semasa tajuk
petai tu kot.. har3..
anyways salam aidiladha..
Pn. Nurmisnan,
wahh..dah lama tu…seingat saya tajuk petai tu setahun lepas – post tu pun dah hilang bila server hosting saya crashed dulu.
Apa2 pun – terima kasih kerana sudi singgah kembali di sini.
Salam aidiladha juga buat puan sekeluarga.
i can see and feel the snow..
wahhh sejuk….. rasa nyaman…sambil minum kopi mengadap tingkap..merenung salji yang turun dan otak berputar2 kosong…
bila u buat video clip dengan berlatarbelakangkan music mcm tu, i rasa mcm something..rasa mcm indah jerrrr… rasa soothing jer…
kat sini pun hujan… cuaca mendung tapi sebelum hujan..panasnyaaaa…..
one day nak pergi situuuu….. walaupun i tak suka snow tapi nak jugak rasa cemana… tak per nanti kita bawak baju tebal byk2….
Betul Net, lepak tepi tingkapa pekena teh atau kopi sambil tengok snow adalah best!
Next next winter datang sini dengan LW – i will be your host 🙂
i add some more next to the next next winter so ianya jadi next next next winter…. ;P
hahaha…lagi 3 kali winter yer. Lama lagi tu…sempat ler tabung tu penuh 🙂
ASSALAMUALAIKUM..boleh saya tnya..kat area jerman, ada peluang pkerjaan x.sbb saya dan husband merancang untuk mencuba nasib diluar negara..;) saya harap encik dpt bntu saya 😉 tq..
apee kat mesia ni dah xde keje kee hape .
Burong Uto,
Kat Malaysia Alhamdulillah masih banyak peluang pekerjaan, kadang2 orang haya bekerja diluar negara untuk menimba pengalaman. Harap maklum.
Nurfariza,
Sila email rancangan awak kepada saya. Kalau boleh saya bantu InshaAllah saya akan bantu.