• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Saya Nak Jadi Artis

08/11/2012

Dulu..ada cita-cita nak jadi artis.Β Bukan penyanyi mahupun pelakon..tetapi pemuzik.

Kenapa pemuzik?

Sebab abah saya dulu juga seorang pemuzik. Saya terpengaruh. Tetapi mungkin juga sebab darah seni. Semua adik-adik saya turut bermain muzik.

Abah melarang.

Kenapa? Bagi abah, pelajaran adalah penting. Kami semua tidak digalakkan bermain muzik. Abah tidak pernah membeli sebarang alat muzik sekiranya diminta. Ironinya..dulu semua alat muzik ada dirumah. Saya mula mengetuk dram seawal usia 6 tahun. Kemudian bermain piano di usia 13 tahun dan gitar ketika 15 tahun.

Namun – saya tetap tidak pandai, tetap tidak sempurna ketika bermain kesemua alat muzik tersebut. Jadi, cita-cita nak jadi pemuzik dikuburkan. Saya buat apa yang saya paling suka dan pandai iaitu melukis. Namun – minat kepada muzik dan seni tidak pernah padam. Muzik penjadi terapi dan pelepas tekanan bekerja. Saya bahagia begitu πŸ™‚

Bagi abah pula, kini dia terpaksa akur – darah seni di dalam diri beliau turut mengalir di dalam setiap tubuh anak-anaknya.Β Dan saya terus bermain muzik. Tetapi bukan sebagai artis – tetapi cukup sekadar untuk menghibur diri sendiri.

cara bermain gitar lagu move lika jaggerkhairukhairul abdullahlagu maroon 5move like jaggermuzik pelepas tekanan
Share

Blog  / Music

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Resepi Cendawan Maitake Bersama Hirisan Daging Panggang
07/11/2019
50 Tips Penting Untuk Sewa Kereta & Memandu Di Eropah
06/04/2017
Secara Tak Sedar Kita Ambil Hak Orang
05/12/2016

41 Comments


Marya Yusof
08/11/2012 at 11:41 pm
Login to Reply

As salam Khairul,

Hola! πŸ™‚

Kita teringin nak main alat muzik tp tak pernah berpeluang, nak main kompang pun arwah abah tak bagi..huhuu… melukis dulu2 bolehlah tp skrg nak kena rebrush balik skill tu…lama dah tinggalkan bidang seni! chewah! Sejak amik accounting line…otak pun tak seberapa nak kreatif hrp2 turun kat Iman, sebab nampaknye dia cenderung ke arah tu… πŸ™‚



    Khairul Abdullah
    08/11/2012 at 11:46 pm
    Login to Reply

    W’salam Marya,

    Takpelah..tak rugi pun kalau tak tau main alat muzik ni. Kata orang takde pekdahnya pun (kata orang la). Wahh…kalau iman cenderung ke arah creativity ni perlulah digalakkan. Orang yang ada skill dalam kreativiti ni tahap “survival in life” dia tinggi. Macam saya..heheheh πŸ™‚

ladywindsor
09/11/2012 at 2:26 am
Login to Reply

‘Lady’ satu by Kenny Rogers boleh ka? Hehe..ok buat apa yang kita suka..kan?

Saya nak sangat gesek biola…tapi..hajat tak kesampaian..



    Khairul Abdullah
    09/11/2012 at 8:57 am
    Login to Reply

    Hahah..boleh jer. nanti ada masa saya masuk studio rekod spesel utk LW :). Betul..buat apa yg kita suka dan minat..its not to make a living out of it..but for a self satisfaction.

    Kalau dah tak leh gesek biola..gosok baju je lah yer. Dia punya movement tu lebih kurang sama..dan turut memerlukan sedikit seni dan skill πŸ™‚

      ladywindsor
      12/11/2012 at 12:50 am

      Hahaha pandai tau ada ke sama gosok baju macam gesek biola..kalau buat gitu maunya hangus baju..adehhh!

      Ok saya tunggu aa..kalau tak de juga kena gi Frankfurt eh nak claim lagu tu..hihi!

        Khairul Abdullah
        12/11/2012 at 8:47 am

        Hahahaha…..yelah, lenggok tangan tu sama jer :). Nanti2 saya senang saya rekod ler yer.

nenetPenne
09/11/2012 at 4:20 am
Login to Reply

mmm my aruah abah pun tak suka kami ni main muzik or jadi anak wayang..i teringat yang my sista kena pukul dgn tali pinggang sebab abah dapat tahu dia masuk pertandingan menyanyi kat kampung sebelah…

then my abah tak marah pulak bila i masuk tarian masa sekolah rendah dulu… i tak pandai nyanyi and i rasa katak nyanyi lagi bagus dari i. eh katak can sing ker? πŸ™‚

my brother pandai main gitar mcm u nih…then anak2 dia semua pandai main gitar and piano. dia tak penah pi hantar anak dia sekolah muzik tapi they learn by themselves…

kalau i nak belajar main music ianya lebih kepada self achievement and self satisfaction..tulah main piano separuh jalan je.

sekarang i tahu cemana nak main piano…ha ha ha…melalui ipad.. bila anak sedara i download kekunci piano kat ipad and indicator ada untuk kita petik kekunci mana mengikut lagu….oklah kan…tu pun jadiklah..



    Khairul Abdullah
    09/11/2012 at 9:02 am
    Login to Reply

    Wahhh..kena tali pinggang yer? Ya ampunnnn. U masuk tu zaman sekolah rendah…takde hal punya lah. Ur sister tu time dia sekolah menengah kan?

    Kami semua pun main muzik sendiri2 – tak pernah masuk kelas. Betul NeT..its for self satisfaction.

    Sekarang ni kat iPad leh download mcm2..piano, gitar, drums dll. Semua org boleh jadi musician πŸ™‚

Kak Sham
09/11/2012 at 6:12 am
Login to Reply

Errrrrr… mintak sain autograf.. boleh??

Family sebelah Omak mmg kuat darah seninya. Sampaikan my uncle ada kumpulan Cak Lempong-nyer sendiri. Even dia pun mengajar musik, well.. quite famous in N9 actually. As for my mom, setakat suka dengar lagu sajalah. So since childhood I’ve been exposed to all sort kind of music. So then bila enroll sekolah agama, I’ve become an outcast. Org lain minat nasyid whereas akak minat everything in the opposite. Yet until now, I still enjoy music very much. The moment anak2 & Cik Asben keluar tiap pagi.. bukak speaker kaw2 punya then layan kepala sensorang.



    Khairul Abdullah
    09/11/2012 at 9:10 am
    Login to Reply

    Ehhh…tetiba rasa mcm artis betul lah sbb ada org mintak autograf πŸ™‚

    Patut lah kan..akak pun layan muzik kaw2 jugak..sebab ada darah seni eh. And i learnt that u like Jon Bon Jovi and Joan Jett! Wahhhh…super cool lah. Saya nak tgk konsert Bon Jovi next summer…meh ler join πŸ™‚

      Kak Sham
      09/11/2012 at 5:59 pm

      Va va vaaaa.. super cool.. I wish too..
      Tp apakan daya, next summer wajib balik Tanah Malaya. Passport dah nak expire la pulak.

      Btw, you’ll be surprised. Akak blh layan Maroon 5, Counting Crows, Neyo, Chris Brown, Jessie J, Daughtry, Keith Urban, Parachute.. carca-marba.. janji sedap kat telinga.

        Khairul Abdullah
        10/11/2012 at 9:16 am

        Oh…nak balik Malaya. Passport boleh renew kat embassy jer kan.

        Vaa vaaa vaaaa…surprised la. Akak yang super duper cool πŸ™‚

          Kak Sham
          10/11/2012 at 8:21 pm

          Mmg boleh.. tp lama sgt, ada kwn kena sampai 2 bln.. in case ada emergency.. tak ke haru.. lagi baik akak balik kg buat sendri. Mcm2 benda2 blh layan..

            Khairul Abdullah
            10/11/2012 at 10:06 pm

            Ohhhh…gitu yer. Balik Malaysia lah yer..sehari siap πŸ™‚

Sharifahrosidah
09/11/2012 at 10:47 am
Login to Reply

KA,

Anak akak pun suka main music. Masa first degree di UTM dulu dia ada band sendiri…masuk battle of the band kat kampus…tak menang tapi dapat hadiah pemain guitar terbaik dapat hadiah mini guitar…

Well rumah akak kan tanah lot kat dalam kebun…anak2 tak keluar berkawan…so abah nya belikan guitar untuk dia bermain sebab dia minat sangat kat guitar, sampai sekarang balik kerja dia main guitar untuk release tension kata nya.



    Khairul Abdullah
    09/11/2012 at 11:15 am
    Login to Reply

    Kak Sherry,

    Saya dulu pun zaman “muda2” kat itm ada juga band…lepas tu dah bila semua band members dah kawin beranak-pinak…so dah stop. Sekarang ni kalau semua dapat berkumpul..sekali sekala dapatlah melepaskan gian. πŸ™‚

    Betul lah katanya utk “release tension” tu. Saya pun bila tengah keje…rasa stress dan idea tak datang..so break sekejap..petik gitar selagu then sambung keje balik.

blu4sky
09/11/2012 at 11:30 am
Login to Reply

clap..clap..clap…



    Khairul Abdullah
    09/11/2012 at 11:58 am
    Login to Reply

    Hehehe..TQ..and bow πŸ™‚

Eliza
10/11/2012 at 2:05 am
Login to Reply

Jadi artis kat sini pun ok gak. Terasa terhibur tetamu2 yg dtg singgah mcm saya. errr…Salam kenal Khairul, saya dtg dari rumah LW.

*I truly believe music is life. It can change the world and people. The power of healing* πŸ™‚



    Khairul Abdullah
    10/11/2012 at 9:19 am
    Login to Reply

    Eliza,

    Terima kasih kerana singgah di blog saya yer..tapi tak le sehebat blog LW tu. Kalau rasa terhibur dgn “artis” mcm saya ni…maka sungguh gembira lah saya mendengarnya :).

    Yeah agree…music and one more… sports. Both is 2 most powerful things…it really can change, people, politics and the world.

      ladywindsor
      12/11/2012 at 12:54 am

      ehh elehhh mana der hebar wehh..kalau hebat dah tentu masuk ribu riban nuffnang saya Kahirul, ini sejak dulu sampai la ni dok ada RM2.25 sen..chehh bayar masuk tandas kat KLCC pun dan RM2…acane?

        Khairul Abdullah
        12/11/2012 at 8:52 am

        Hahahah….kehebatan blog bukan diukur dengan nufnang nyer tetapi pembacanya. Kalau dah ramai pembaca..ramai pelawat..ramai pengomen..kira hebatlah tu.

NenetPenne
10/11/2012 at 12:29 pm
Login to Reply

ok nak lagu pour some sugar on me by def leppard satu!!!!
kat sini hujan lagi…. hujan dan hujan…



    Khairul Abdullah
    10/11/2012 at 4:01 pm
    Login to Reply

    Ahaaaa…..bolehhh. When love and hate collide tak mau kah?

    Hujan rahmat tu..takpe.

      nenetPenne
      12/11/2012 at 3:22 am

      pun boleh jugak, janji def leppard…

        Khairul Abdullah
        12/11/2012 at 8:53 am

        Wahhh…peminat def leppard rupanya πŸ™‚ i like!

Su
11/11/2012 at 3:53 am
Login to Reply

Oppss.. ternganga jap. Saya sentiasa kagum dengan orang pandai main musik, especially guitar. Malah boleh jatuh cinta! Hahaha.. (one of the reason why i fell in love with my ex-husband).

Saya dulu pernah belajar gitar (ko-k wajib masa kt uni), tapi bila dh tinggal, lgsg lupa (sebab sempat pandai sikit sgt)! Malah saya pernh beljr main piano with my bff lagu Richard Clayderman tu. Masa sek rendh, main recorder tu, macam2 lagu saya cuba. Hahahaha…



    khairul
    11/11/2012 at 11:55 am
    Login to Reply

    Jangan nganga Su..lalat masuk nanti..hehehe. saya bukannya pandai pun…setelah 20 tahun lebih..baru takat tu je reti main πŸ™‚

    Wahhh..mainmuzik juga dulu yer…boleh ler sambung balik..main violin ke.

Mummy Akmar
11/11/2012 at 4:36 am
Login to Reply

KA,
siapa tolong u record ni? banyak angel camera ni..i dulu pon boleh main gitar..ikot chord simple je lah..sampai luka jari ni..lagu ni memang tak lepas laa..hahaha



    khairul
    11/11/2012 at 12:01 pm
    Login to Reply

    Mummy,

    Semua saya rekod sendiri..dgn bantuan tripod. Ohh..u pun pernah main gitar? Clap clap clap…:-) sampai luka jari? Hebat tu…saya tak pernah sampai luka jari.

tips
16/11/2012 at 12:35 am
Login to Reply

ofc block Youtube… πŸ™
balik rumah baru boleh tengok.
bertuah ada bakat seni ni, berjiwa haluskah? hehe!



    Khairul Abdullah
    16/11/2012 at 9:26 am
    Login to Reply

    Tips..youtube kena block yer? Hahaha..nanti balik tgk kat rumah lah..small matter. Jgn bakar office plak yer.

    Yer…saya akui..berjiwa halus..dan sensitif πŸ™‚

eza
06/12/2012 at 11:34 am
Login to Reply

fuyooo..best..best…suka sangat..saya suka tgk org yang pandai main gitar nih..keluarga saya takde la pulak yg berjiwa seni..semenya tau melalak jeh..try le lagu bon jovi ke..rasanya kalah richie sambora tuh..i suka ‘bed of roses’semua la lagu abg bon saya layan..scorpion,whitesnake or def leppard ke..KA bole buat konsert le lps nih..bravo!



    Khairul
    06/12/2012 at 4:41 pm
    Login to Reply

    Eza…saya juga adalah peminat Bon Jovi. Next summer bon jovi datang jerman..so saya nak gi tgk. Dulu dah tgk sekali waktu bon jovi datang malaysia tahun 94 kalau tak silap.

    Taraf saya ni main dalam bilik jer..tak boleh buat konsert..buat malu jer sbb tak pandai πŸ™‚

      eza
      07/12/2012 at 3:00 am

      sungguh jelessssssssss….KA harus pergi..nanti upload photo ye..bila la dia nk dtg sini..me,my hubby & my brother mmg satu jiwa melayan bon jovi nih..saya siap subscribe lg website dia..latest info seme tau..hehe

        Khairul
        07/12/2012 at 9:16 am

        Harussss…nanti saya ambik gambar tayang dekat u πŸ™‚

Iwanati Ceria Selalu
27/04/2013 at 8:05 am
Login to Reply

saya pandai buat lagu dan nynyi….ramai rakan2 caka saya cuma Persia-siakan bakat yang ada..cuma saya malu bila nanyi….kalau buat lagu bnyk dah.. tapi habis send begitu je..kat facebook…



Iwanati Ceria Selalu
27/04/2013 at 8:10 am
Login to Reply

saya pandai buat lagu dan menyanyi..tetapi saya malu menyanyi….ramai rakan-rakan saya cakap saya mempersia-siakan bakat yang ada pada diri saya…..cuma buat lagu tu semuanya send dekat facebook saja begitu je…..



    Khairul Abdullah
    27/04/2013 at 9:34 am
    Login to Reply

    @Iwanati Ceria Selalu Baguslah..teruskanlah minat awak tu. Awak ada youtube channel tak? Kat mana boleh dengar lagu2 awak tu?

twin
03/04/2014 at 7:53 am
Login to Reply

Seronok ye kalau pandai main alat muzik…tapi saya tak pandai satu pun!
My hubby pandai juga sikit2 & selalu suruh anak2 ikut…tp kesiannya anak2 pun tak berapa minat…hu..hu…akhirnya minat dia sorang2 terkubur sbb xde support. Sian..



    Khairul Abdullah
    03/04/2014 at 3:46 pm
    Login to Reply

    Tu lah..benda ni kena minat, kalau takde minat tak jadi πŸ™‚

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

Β© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved