• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Menangis Tengok Cerita Hantu

11/02/2011

Serius ni…isteri saya menangis semalam semasa menonton cerita hantu. Kebiasaannya bila kita tengok cerita hantu, pasti ketakutan, menjerit, terkejut ataupun ketawa terbahak-bahak. Dia ni lain pulak. Mungkin sebab cerita hantu ni sedih kot…

Memang yer, ini cerita hantu sedih dan cukup terkenal pada tahun 1990. Bukan cerita melayu tetapi cerita inggeris dengan judul yang sama iaitu “GHOST” lakonan Demi Moore (Bekas isteri Bruce Willis) sebagai Molly dan juga mendiang Patrick Swayze sebagai Sam.

Ghost (1990) Movie Poster

Cerita mengisahkan pasangan kekasih ini yang baru berpindah ke apartment baru dan bercita-cita untuk berkahwin. Tetapi malangnya Sam telah terbunuh di dalam satu kejadian rompakan. Roh Sam seterusnya sentiasa berlegar di sekeliling Molly bagi melindunginya setelah Sam mendapati yang rompakan yang menyebabkannya terbunuh itu merupakan satu yang telah dirancang oleh kawan baik mereka sendiri iaitu Carl. Saya tidak bercadang untuk menceritakan tentang keseluruhan filem ini. Anda yang belum pernah menonton boleh mencarinya di Youtube ataupun belum pernah mendengar lagu dari filem ini iaitu “Unchained Melody” juga di youtube.

Saya masih ingat ketika filem ini ditayangkan pada tahun 1990, saya sedang belajar di tingkatan 5 di sebuah sekolah berasrama penuh di utara semenanjung. Peluang “outing” pada hari sabtu digunakan untuk menontong wayang bersama rakan-rakan, namun untuk filem ini bawa “girlfriend” adalah pilihan yang lebih bijak. Wanita mudah tersentuh apabila hero sesebuah cerita itu mati dan tinggallah heroinnya menangisi pemergian si hero. Wanita akan cuba mengapplikasikan watak si heroin atau menyelami dan memahami isi hatinya sehinggalah mereka menangis akibat tak tertanggung perasaan akibat kematian pasangan.

Samalah kes dengan isteri saya ni. Beliau akan turut membayangkan yang sekiranya ia berlaku kepada saya dan itulah yang akan terjadi kepadanya. Walaupun mungkin sudah hampir 10 kali isteri saya menonton filem ini sewaktu bujang ataupun selepas berkahwin, beliau pasti akan menangis.

Kesimpulannya, kalau cerita hantu pun dia boleh menangis, apatah lagi cerita romantik. Sebelum filem bermula, pesanannya kepada saya akan tetap sama “Yangg..tolong ambilkan tisu siap-siap, jap lagi i nak nangis”

Adakah saya juga turut menangis sekiranya tersentuh dengan sesebuah filem? ENTAHLAH..You Won’t Know….isteri saya je yang tahu.

demi mooreghosthantupatrick swayze
Share

Artist  / Believe It or Not  / Blog  / Films  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

4 Comments


Fed
08/01/2012 at 3:55 am
Login to Reply

Hahahahax3 citer ni tak la sedih sgt! Tpi romantik dan best ditgok spasang kekasih!



Khairul
08/01/2012 at 4:14 pm
Login to Reply

Fed,

Saya yakin setiap orang mempunyai perasaan berbeza apabila menonton setiap cerita, bergantung kepada pengaruh dan emosi orang tersebut ketika menonton.



saadah
13/06/2013 at 6:31 pm
Login to Reply

haah… first time tgk cerita ni kat astro mlm tadi. Rupanya filem 1990. dah lama benor tuh.Menitis juga la air mata nih..heh



    Khairul Abdullah
    13/06/2013 at 10:41 pm
    Login to Reply

    Hahah…org pompuan mesti nangis tgk citer ni 🙂

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved