
Ini adalah kali ke 3 saya cuba buat kek pelangi. Nampaknya lebih berjaya dari kali yang pertama dan kedua dari segi warna, tekstur dan juga rasa.
Kali pertama dan kedua saya menggunakan pewarna yang dibeli di sini. Agak sukar mencari pewarna di sini kerana orang Jerman tidak makan makanan yang berwarna-warni. Namun saya berjaya mendapatkannya di sebuah supermarket. Namun warnanya sangat pudar dan “dull”.


Kali ini saya menggunakan perwarna yg dibeli dari Malaysia ketika pulang pada bulan Februari yang lepas. Alhamdulillah, warnanya sangat terang dan cantik.
Selepas post di FB, ada yang minta resepi. Jadi saya kongsikan resepinya di sini.
Bahan-bahan:
3 cawn tepung gandum
4 sudu kecil “baking powder”
1/2 sudu kecil garam
250gm butter – suhu bilik
1 1/2 cawan gula castor
5 biji putih telur – suhu bilik
2 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan susu segar – suhu bilik
6 jenis pewarna – ikut suka hati anda lah
Beberapa keping baking paper
Cara Penyediaan Kek:
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam dan kemudian ketepikan.
2. Pukul butter & gula sampai kembang dan gebu.
3. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai sebati dan gebu .Β (Masukkan putih telur sedikit demi sedikit)
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar dan pukul hingga sebati.
6. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan dan kacau hingga sebati.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang saiz 8 inci yang telah dilapik baking paper dan bakar satu per satu. Tips: jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis
8. Bakar pada suhu 170C/ 180C Β sekitar 12 hingga 15 minit. Tips: Cucuk dengan lidi atau chopstick ke dalam kek dan pastikan tiada adunan melekat di lidi apabila ditarik keluar.
9. Bakar sampai habis 6 loyang dan sejukkan.
10. Apabila kek sudah sejuk – lapiskan dengan cream cheese.
Cara Penyediaan Cream Cheese.
250g Philadelphia cream cheese
125 butter
1 cawan gula icing
1 sudu kecil vanilla esen
Sepotong kecil lemon.
Pukul cream cheese dan butter sehingga gebu dan masukkan gula icing kemudian esen vanilla dan juga perahan lemon. Pukul lagi sehingga sebati.
Selamat mencuba.
![]()
Β







46 Comments
Great n congratulation bro
Ehh..rasa mcm baru lulus exam plak..TQ anway hehe.
Congratulation bro
Thanks Shaiful.
Eh not bcoz lulus exam ke apa bro! Yg penting semangat utk mencuba tu, dan bila kita cuba dan ianya menjadi, ia akan menjadi suatu kepuasan dalam diri kita…
Alhamdulillah..terima kasih atas ucapan. Sebab sebelum ni macam2 dah masak…tapi belum dapat ucapan congrats tu π Terima kasih lagi sekali yer.
Most welcome bro
Kek tu nampak nice
Lepas ni kalau masak lagi post la yer, bila nak cuba buat pavlova pulak???hahaha
Saya sekarang agak jarang masak ni. Dah pernah buat pavlova cuma tak post kat blog jer. Boleh click my recipes kat menu link di atas utk tgk masakan saya.
Hahaha sure bro
Assalamualaikum KA,
Gigih mencuba.. end result mesti superb.
P/s;
K.Sham cuma gigih MAKAN saja.
W'salam Kak Sham,
Betul lah kan..usaha tangga kejayaan.
p/s:
Ish..kak sham lagi gigih masak..untuk hero2 kak sham tu kan.
Saya penah bt dua kali..dua-dua kli spoil -.-' kek x naikkkk wlupun ikot resepi..ang khairul pkai bpe inci punya bekas ea.
mesti ada tak kena kat mana tu. Saya pakai bekas saiz 8inci.
tp da 2x buat…sama jek..mcm kek xnaik pon ade..then rasa die mcm…haishhh…hahahha..
Nisa Hardzir Ikut resepi saya kah?
takk…. nnt sy nk bt ikot resepi awk lah…tp xtaw bile nak bt -.-'
Ohh..ok. Nanti dah senang buat yer. Selamat mencuba…and remember usaha tangga kejayaan π
haha..thanks broo..inshaallah usaha tangga kejayaan..sy akan bt smpai jd…hahah..tq ya π
kaler yg menarik.tengok pun dh tau sedap so saya dh cut & paste resipinya..bila nak buat entahlah..hahahaah..nk menunggu 6 loyang masak tu yg leceh.. yg penting resepi dh adakan..tqvm.
Betul tu..nak tunggu satu per satu tu yg jenuh tu. unless ada 2-3 loyang so cuma 2-3 kali jer proses dia.
Apa2 pun selamat mencuba yer nanti.
wah menarik.. you never fail to impress me..
saya dah lama tak baking.. rasa baking skill dah makin out..hehehe..
Sue,
I take it as a compliment..TQ. Aah..lama tak tgk post u pasal baking ni.
1. warnanya menjerit!
2. warnanya menjerit!
3. warnanya menjerit!
Saya suka. Tuan tanah, saya sudah cut and paste resipinya, akan dicuba secepat mungkin sebab dapur saya sudah hampir empat bulan berehat..masa untuk membakar sudah tiba.
Ehh nanti kalau kami ketuk pintu, jangan lupa hidang kek kaler menjerit ni yer..hehe! Banyak nak claim ni kalau jadi singgah, antaranya crepe durian cap frankfurt..:)
Biar warna jer menjerit..orang jangan eh. Nanti org jerman marah.
Hahaha…insha Allah saya akan usahakan kesemuanya nanti π
superb..!! maveles..!!
dan gambar yg sangat cantik..
Kak K,
Thank you very much π
kali ketigaaa???? kalahlah i..sekali pun belum pernah buat nih..makan je yang dah berkali-kali..heheh
Haha..bila agaknya nak cuba buat yer?
Tq for sharing! Ur recipe looks simple, teringin plak nak cuba buat! Hihi
Selamat mencuba yer
cantiknya
sayang nak makan
dh banyak kali sy cuma tgk gambar kek pelangi ni..tp x penah makan lagi
Hahah..kek rasanya sama saja sebab buttercake, kaler jer lain.
Tempting. Rasa nak buat lah..
Selamat mencuba! π
salam..maaf nak tanya 3cwn tepung tu berapa gram ye? π
Suha,
1 cawan tepung adalah sekitar 145gm jadi 3 cawan adalah sekitar 435gm.
terima kasih byk2…boleh bake dh.senyum lebaq dpt respond
n_______n
Selamat mencuba π
da cuba dh..mmg sedap n semestinya sgt la cantikkkk.hehee.thanx for the recipe π
Suha,
Sama-sama dan terima kasih juga kerana mencuba π
Mohon resepi ye….tq…..for my manje bezday…..
Silakan mencuba dan happy birthday to your manja.
Abang kek tu nak kena bakar satu persatu ke ? Cnth bakar warna lain dulu then baru bakar lagi satu warna? Abang faham tak soalan sy sbb sy pn blur hahahah
Abang kek tu nak kena bakar satu persatu ke ? Cnth bakar warna lain dulu then baru bakar lagi satu warna? Abang faham tak soalan sy sbb sy pn blur hahahah
Yer dik, kalau nak bakar serentak pun boleh, masukkan adunan yang sudah di warnakan ke dalam 6 loyang pembakar yang berasingan dan kemudian bakarlah serentak kalau muat dalam oven tu. Kalau tak boleh bakar satu persatu.
Pewarna brand apa ni.. lawanye