Tengok tu…
Itu adalah anak saudara saya, Ahmad Harith. Tiap-tiap hari dia akan ada di pejabat seawal jam 10pagi hinggalah berakhir waktu pejabat. Ini kerana emaknya adalah akauntan dan partner di syarikat saya.
Dia dibesarkan disini, seawal usia 3 bulan dia dah tengok fail dan komputer. Bulan depan genap usianya setahun.
Pada awalnya dia hanya tidur dan makan di pejabat. Tetapi sekarang setelah pandai merangkak..kerja tetapnya ialah…menyepah-nyepahkan pejabat, setiap hari tanpa gagal.
Mainanya di pejabat adalah kalkulator, cd, pen, rubberstamp dan pelbagai lagi alatan pejabat. Jika diberikannya patung atau mainan lain..akan dicampakkannya begitu saja.
Saya tak kisah…saya cuma harap, bila dah besar nanti Harith akan ada pejabat sendiri dan bolehlah sepahkan sesuka hati.
Bolehkah Harith menjadi seorang “businessman” seperti ayah saudaranya?
ENTAHLAH…I don’t Know. I just hope so..







Leave A Reply