IAA adalah singkatan daripada “Internazionale Automobil Austellung” yang bermaksud Pameran Kereta Antarabangsa yang berlangsung selama 2 minggu setiap 2 tahun sekali di Frankfurt, Germany. IAA atau lebih dikenali sebagai Frankfurt Autoshow adalah yang terbesar dan tertua di dunia dengan usia 115 tahun yang bermula pada tahun 1897 dan dengan pelawat mencapai hampir 1 juta orang pada setiap pameran.
Pameran kali ke-65 ini lebih kecil dari tahun sebelumnya pada 2011 yang lalu dimana banyak pengeluar kereta kecil dari Asia turut menyertainya. Kali ini tiada kelibat pengeluar kereta Malaysia Proton dapat dilihat di sini.
Saya memilih hari Ahad untuk melawat pameran ini. Selepas sarapan saya dan rakan bergegas ke Frankfurt Messe dan membayar tiket masuk sebanyak 15Euro (RM65) seorang. Dengan keluasan hampir 250 ribu meter persegi, 12 dewan besar sebesar stadium setiap satu dan lebih 1,000 pengeluar automotif, kami perlu memilih lokasi untuk dilawati. Pastinya tidak mampu untuk kami jelajahi semua dewan pameran untuk melihat semua kereta dan juga aksesori serta teknologi baru yang dipamerkan.
Teknologi yang dipamerkan pada tahun ini adalah lebih tertumpu kepada sistem hibrid (elektrik dan gas) dan juga sistem elektrik sepenuhnya. Selain itu, gajet-gajet canggih turut dilengkapi di dalam kereta-kereta yang bakal dikeluarkan seperti sistem navigasi lengkap berserta google map dan internet LTE yang sangat laju.
Berikut adalah gambar-gambar yang saya rakamkan pada hari tersebut.
Apa yang saya dapat lihat pada tahun ini adalah banyak kereta super (supercar) dipamerkan oleh pengeluar-pengeluar seperti Ferrari, Maserati, Lamborghini, Honda, Renault, Subaru, Porsche dan banyak nama besar yang lain. Hampir setiap pengeluar mempamerkan Kereta Konsep (Concept Car) dan juga kereta berteknologi hibrid dan juga elektrik.
Saya keluar dari dewan pameran dengan senyuman terukir dan angan-angan – dapatkah saya membeli salah satu kereta yang dipamerkan?
ENTAHLAH…I Dont Know. Mungkin suatu hari nanti.
12 Comments
Assalamualaikum KA,
Insya’Allah.. kalau sampai rezeki.. ada la tu..
Nothing is impossible kan kan..
Waalaikumsalam Kak Sham,
InshaAllah kak, harap2 dapatlah sebijik nanti 🙂
Salam KA
Audi kuning tu mengancam jiwa betul,
Belikan sebiji hehehe
Waalaikumsalam, nak saya belikan sebijik? Saya pun mampu tengok dan terliur jer.
Ferrari tetap pujaan hati idaman kalbu :p
Waaahhhh…tak tercapai dek akal saya nak pakai Ferrari 🙂
woaahhhh… bulat biji mata.. cannot imagine kalo dapat drive nanti.. takde impian nak satu, tapi rasa nak drive je sekali hehee… bawak kat autobahn fuuhhh surely meremang bulu roma.. last 2 years drive ford kat autobahn mmg awesome..!!!
Kaannnn..:) kat sini kalau teringin nak bwk kereta hebat2 tu boleh jer sewa sehari..pastu gi pecut atas autobahn..esok hantar 🙂
Di doakan murah rezeki, boleh rembat sebiji mana yang berkenan di hati kan.
Hehehe….Aminnnnnn 🙂
fuyoooo hebat2 ketanya
mampu tgk jelah 🙂
Saya pun sama..mampu tgk dan berangan jer 🙂