
Semalam saya telah post satu status di facebook page saya mengenai cukai. Anak saya Khaleef yang baru berusia 6 bulan telah menerima surat dari pejabat cukai yang telah memberikan nombor pengenalan cukai khas kepada beliau untuk digunakan apabila beliau dewasa nanti. Saya turut bercerita secara ringkas tentang manfaat yang diterima oleh pembayar cukai disini seperti kos sara hidup yang agak rendah, lebuhraya tiada tol, elaun bulanan bagi yang tidak bekerja yang mana menjadi faktor utama kepada ketiadaan kadar jenayah seperti meragut, merompak dan sebagainya.
Post tersebut telah mendapat respon yang luarbiasa dimana ramai yang memberi maklumbalas dan komen tentangnya. Kebanyakannya membandingkan dengan sistem percukaian di Malaysia. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak, ada yang sanggup dan ada yang tidak, ada yang menyokong kerajaan dan ada yang membenci kerajaan dan macam2 lagi.
Jadi di sini saya cuba memberi kupasan ringkas namun secara lebih lanjut tentang sistem percukaian di sini dan manfaatnya kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara Jerman ini.
Siapa dikenakan cukai?
Secara amnya setiap rakyat atau sesiapa yang tinggal dan bekerja di Jerman ini tak kira lah tukang sapu atau makcik penjual sayur berpendapatan melebihi €800 tetap dikenakan cukai cuma ada segelintir yang tidak dikenakan cukai seperti pegawai diplomat asing dan ada yang lain yang saya tidak tahu.
Setiap individu di Jerman akan mempunyai nombor identiti cukai yang diberikan khas setelah lahir. Seperti yang diterima oleh anak saya Khaleef ketika beliau baru memasuki usia 6 bulan. Nombor tersebut telah direkodkan di dalam sistem percukaian negara dan apabila Khaleef ingin bekerja kelak, beliau perlu pergi ke pejabat cukai dan mendapatkan “Tax Card” atau kad cukai yang mana di dalam kad tersebut akan mempunyai butiran terperinci menegenai kadar cukai berdasarkan kelas 1, 2, 3, 4, 5 ataupun 6 yang membezakan orang bujang, berkahwin, mempunyai anak, tanggungan lain dan sebagainya.

Surat dari pejabat cukai yang memberikan nombor identiti cukai kepada Khaleef
Bagi orang seperti saya, harus terlebih dahulu pergi ke pejabat cukai untuk mendapatkan nombor dan kad cukai tadi. Setiap majikan akan meminta kad cukai sebelum memberikan kerja kepada anda. Tanpa kad cukai maka anda tiada kerja. Teringat kisah mula-mula saya memohon kerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel, setelah ditemuduga saya ditawarkan kerja, namun setelah meminta butiran cukai (saya tidak tidak tahu) maka tawaran tersebut ditarik balik. Jadi saya harus ke pejabat cukai untuk mendaftarkan diri dan ditemuduga terlebih dahulu sebelum saya diberikan nombor dan juga kelas atau kategori cukai saya.
Berapakah jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar?
Terdapat beberapa jenis pemotongan yang dibuat setiap bulan yang merangkumi cukai pendapatan(Wage Tax) iaitu :-
- Cukai pendapatan itu sendiri (wage tax) – sekitar 19%
- Cukai gereja – sekitar 9% (bagi yang beragama kristian)
- Surcaj perpaduan (Solidarity surcharge) – sekitar 0.6%
- Keselamatan sosial (Social Security) – sekitar 20%
- Jumlah keseluruhan cukai+potongan lain yang wajib = 48.6% iaitu menghampiri separuh daripada pendapatan kasar bulanan.
Saya berikan contoh potongan bagi seorang jurutera muda yang bujang dengan gaji berjumlah €3,500 sebulan seperti dibawah:

Bagi yang berkahwin dan mempunyai seorang anak pula, gaji bersih akan menjadi sekitar €2,450 sahaja. Mampukah mereka hidup dengan baki gaji sebanyak itu? Saya pernah membincangkan tentang kos sara hidup di Jerman. Sila baca di sini.
Dapat dilihat jumlah pemotongan cukai tersebut berjumlah €1,407.22 iaitu 40% daripada gaji kasar. Jumlah pemotongan bagi yang berpendapatan bawah dari €1,000 adalah sekitar 21% menjadikan pendapatan bersihnya sekitar €780. Sekiranya seorang pekerja sambilan yang bekerja sebagai pelayan setiap hujung minggu dengan gaji sekitar €450 pun tetap dikenakan pemotongan lain yang bukan cukai pendapatan.
Tiada siapa pun yang akan terlepas dari membayar cukai dan atau surcaj ini yang dipotong terus setiap bulan oleh majikan anda.
Namun dihujung tahun nanti apabila penyelarasan cukai dibuat dan setelah segala pelepasan cukai dikemukakan maka lebihannya akan dipulangkan.
Manfaat yang diterima
Terdapat banyak manfaat yang diterima secara langsung atau tidak langsung melalui pemotongan cukai pendapatan ini. Manfaat ini boleh dilihat dari sudut ekonomi dan juga sosial dan ianya menjadikan Jerman ini sebuah negara maju dengan kuasa ekonomi terbesar di rantau Eropah ini.
Manfaat secara langsung
Manfaat ini dinikmati secara terus oleh rakyat atau pekerja di sini di mana mereka memperolehi:
1. Sistem penjagaan kesihatan yang terbaik.
Tiada klinik atau hospital kerajaan di sini yang ada cuma hospital swasta. Servis yang diberikan adalah terbaik yang mana semuanya dibiayai oleh insurans kesihatan yang dipotong dari gaji dan turut dicarum oleh majikan. Anda akan mempunyai perlindungan perubatan cukup komprehensif (mengikut piawaian antarabangsa) untuk membayar semua perjalanan ke hospital, doktor dan penjagaan pergigian asas dan ubat-ubatan yang ditetapkan dari farmasi.
2. Manfaat Pengangguran
Sekiranya anda hilang pekerjaan, anda akan dibayar 2/3 daripada gaji bersih terakhir anda setiap bulan sehingga anda mendapat pekerjaan baru.
3. Skim pencen
Setelah pencen ketika berumur 65 tahun, pencen akan dibayar setiap bulan berjumlah 70% daripada purata gaji anda.
4. Manfaat Kurang Upaya
Sekiranya anda menjadi seorang yang kurang upaya maka anda akan mendapat pelbagai kemudahan dan bantuan yang disediakan kerajaan.
5. Manfaat Kanak-Kanak
Setiap kanak-kanak yang lahir di Jerman layak mendapat “child benefit” berupa elaun tunai yang dimasukkan ke dalam bank setiap bulan berjumlah €184 (RM800) sebulan untuk setiap 2 anak yang pertama, €190 (RM 830) untuk anak ke-3 dan €215 (RM940) untuk anak seterusnya sehingga usia mereka 18 tahun atau sehingga usia mencecah 25 tahun sekiranya mereka masih belajar ketika itu. (sila baca di sini)
6. Manfaat Ibu-bapa
Sekiranya seorang ibu atau bapa mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji selama 12 bulan bagi menjaga bayi yang baru lahir, elaun berjumlah 67% daripada jumlah gaji bersih akan dimasukkan ke dalam akaun setiap bulan bagi menggantikan gaji yang tidak dapat semasa tempoh bercuti tersebut. Bagi ibu yang tidak bekerja juga akan menerima elaun bulanan sekitar €300 sebulan. (sila baca di sini)
7. Pendidikan Percuma
Pendidikan percuma bermula dari tadika sehinggalah ke universiti.
8. Tiada cukai jalan
Tiada cukai jalan atau roadtax dikenakan terhadap setiap kenderaan yang dimiliki. Harga kereta pun murah.
9. Tiada Tol
Jaringan lebuhraya “Autobahn” tanpa had laju dan tanpa tol diseluruh Jerman.
Manfaat secara tidak langsung
Pelbagai manfaat lain yang diterima secara tidak langsung dinikmati oleh semua rakyat atau sesiap sahaja yang tinggal di Jerman ini. Antara yang paling ketara adalah:
1. Kos hidup yang lebih rendah.
Boleh dikatakan perbelanjaan sewa rumah di sini adalah sama seperti di Kuala Lumpur dengan kadar nisbah 1:1 di mana sekiranya sebuah apartment di Ampang dengan keluasan 900 kaki persegi disewa dengan kadar RM1350 sebulan, maka di Jerman pun kadar yang sama iaitu €1350 sebulan untuk apartment seluas itu. Namun begitu, kos barangan laian seperti bahan mentah makanan, pakaian dan sebagainya adalah lebih murah. Saya pernah emnulis dan membincangkan kos sara hidup tersebut dan anda boleh baca di sini.
2. Kadar jenayah yang sangat rendah
Adalah amat jarang untuk melihat, mendengar atau membaca laporan akhbar atau di sosial media tentang kes ragut, rompak, rogol dan sebagainya. Punca utama jenayah tersebut telah dikekang dari awal iaitu penggangguran, kemiskinan, dadah, minuman keras dan juga seks. Faktor tersebut yang akan menyumbang kepada kadar jenayah di mana-mana negara di dunia ini. Setiap pengganggur diberi elaun serendah €750 sebulan dan setinggi €1500 sebulan berdasarkan kes. Bagi penagih dadah, kedai khas menjual dadah disediakan bagi mengelakkan aktiviti gangsterism yang berebut kawasan bagi mengawal aktiviti pengedaran dadah dan pelacuran. Jadi tiada gangster yang menjual dadah dan tiada kes berbunuhan dan bertembakan. Aktiviti pelacuran turut dikawalselia agar tiada unsur gangsterism dan kes-kes rogol dapat dielakkan.
3. Keselamatan yang terjamin
Tidak perlu risau untuk berjalan kaki seorang diri pada pukul 3 pagi untuk balik ke rumah dari pejabat atau dari mana2 sahaja. Faktor yang dibincangkan di atas menjadi penyebab kepada jaminan keselamatan ini.
4. Hidup yang lebih berkualiti
Wang ringgit bukanlah segalanya bagi rakyat Jerman. Dengan kos sara hidup yang rendah bagi mereka, walaupun bergaji bersih sekitar €1200 sebulan adalah cukup untuk menampung kos hidup di sini. Jadi mereka tidak bekerja secara keterlaluan sehingga lewat malam dan sebagainya. Usai jam 5 petang semua beredar pulang dari tempat kerja masing-masing. Kedai-kedai mula ditutup pada jam 7 malam kecuali restoran dan kafe yg ditutup sekitar tengah malam. Pada hari Ahad, semua kedai ditutup kecuali restoran dan kafe bagi memberi peluang setiap orang untuk menghabiskan masa bersama keluarga.
———————————————————————————————————————–
Kesimpulannya – cukai adalah tanggungjawab nombor satu semua rakyat atau sesiapa sahaja yang tinggal di Jeman ini. Tanpa cukai, adalah mustahil untuk menjadikan Jerman sebuah negara yang maju. Cukai pendapatan adalah pendapatan ke-3 terbesar kerajaan selain dari cukai-cukai lain. Dengan hasil cukai yang banyak serta pengurusan cukai yang cekap, maka rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.
Banyak lagi cukai lain yg perlu dibayar oleh rakyat dan mereka yang tinggal di Jerman. Semua servis dan perkhidmatan adalah dikenakan cukai. Hantar kereta pergi servis turut dikenakan cukai. Beli barangan dapur atau barangan harian lain turut dikenakan cukai GST sebanyak 19%.
Selain itu sikap orang Jerman itu sendiri yang berusaha bekerja keras bagi membantu membangunkan ekonomi negaranya. Mereka tahu setiap rakyat ada tanggungjawab masing-masing dan mereka berusaha memenuhi tanggungjawab tersebut. Sikap mereka yang lebih “maju dan islamik“ membuatkan mereka mencapai status negara maju dan menikmati hidup yang berkualiti. Sila baca tulisan saya mengenai sikap “islamik” mereka di sini.
Tulisan ini adalah sedikit perkongsian informasi agar kita sama-sama beroleh pengetahuan. Saya tidak membuat perbandingan dengan negara saya Malaysia dan jauh sekali untuk melecehkan atau memburukkan sistem percukaian atau pentadbiran percukaian di sana. Adalah tidak adil untuk membandingkan Malaysia dengan Jerman yang telah 100 tahun kehadapan dari segi kemajuannya…dan kita kini sedang berusaha menuju ke arah ngara maju. Yang mana baik kita jadikan tauladan dan yang mana buruk kita jadikan sempadan.
Sanggupkah anda membayar lebih dari 40% daripada gaji anda setiap bulan untuk mendapat kemudahan serta menikmati hidup yang lebih baik? ENTAHLAH…I Dont Know!








80 Comments
Huraian yang jelas dan cukup menarik. Ianya amat berbeza di negara jiran Switzerland yang mana cukainya antara yang terendah di Eropah, namun perhidmatan yang termasuk di dalam cukai di Jerman, di bayar sendiri oleh individu. Terima kasih di atas tulisan yang menarik ini.
Terima kasih atas pencerahan ini….menarik. teringin sy nak ke german melihat sendiri keadaan d sana.
Usefull write up.T.kasih kerana sentiasa sudi berkongsi pengetahuan kepada kami. Saya sedang berusaha utk menggalakkan anak2 saya menyambung pelajaran di Germany. Salam Ramadhan Al Mubarak kpd Tuan, isteri dan Khaleef di Frankfurt
Balik Raya nanti, Jemput datang rumah ya!
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa juga buat En Ibrahim sekeluarga. Semoga kita sama2 beroleh keberkatan di bulan yg mulia ini.
InshaAllah bang kalau schedule mengizinkan 🙂
Sangat detail dan sangat menarik…Saya bukan teringin ke Jerman..Tapi saya teringin melihat perlaksanaannya di Malaysia..Adakah ianya mampu mengubah mentaliti masyarakat Malaysia ataupun akan jadi isu politik yang digembar gemburkan tanpa memikirkan kebaikan yang bakal diperolehi…
Very interesting information to be digested by Malaysian tax authorites….
jerman !
jerman !
Good article, saya tinggal di Australia. Sistem percukaian yg sama digunakan, dan lebih menarik lagi. Kadar gaji minima sangat tinggi. Dan idea asal dari cukai adalah sama seperti zakat.
Aku sokong GERMANY!!!
malaysia mampu buat mcm ni sebenarnya, kalau kesemuanya tulus ikhlas… in sya Allah..
terima kasih dengan penjelasan yg detail di sini tapi kenapa pengakhirannya entahlah I dont know itu ye? membuat saya tertanya2 sekali lagi…
Perkongsian yang sangat bagus. Kalau saya ditanya, jawapan saya adalah saya sanggup, asalkan manfaat saya dpt adalah setimpal! lagipun, hidup yang lebih tenang adalah hidup yang tidak terlalu bergantung kepada wang!
Kalau di Scandinavia lagi tinggi Su cukainya. Diorang semua sanggup byr cukai dan duit cukai diberikan kepada golongan penganggur supaya mereka tidak melakukan jenayah. Apabila indeks jenayah menurun atau hampir tiada maka semua masalah asas berkaitan jenayah dapat diselesaikan. Mereka pun hidup aman dan damai 🙂
Sama-sama. Semoga kita sama2 beroleh sedikit pengetahuan dan manfaat darinya.
@Fid Nabihah Sama-sama dan silalah datang ke Germany dan rasainya sendiri 🙂
@O'gosh Iskandar Sangat sukar berbuat sesuatu apabila semuanya dipolitikkan. Mentaliti orang kita masih banyak yang perlu diubah. Jadi saya rasa amat sukar.
@Ahmad Akram Deutschland!
@Effendy Halily Bin Halili Saya sokong Deutschland!
@Junaidi Abi Iman Ya sangat betul, kalau semua orang ikhlas, inshaAllah pasti dipermudahkan.
Jika di malaysia pulak, Duit cukai dikutip tapi rakyat tidak tahu dan merasa kemana duit itu disalurkan..
Cukup jelas..
Alhamdulillah kalau jelas dan faham 🙂
Cukup jelas..
Salam En. Khairul,
I tak sanggup bayar 40% from my wages for taxes hahahaha.
Oh by the way, I jumpa blog you dari keyword 'roti jala sedap' 🙂 Banyak resepi sedap yang I nampak dalam blog ni and I akan blogwalking later on.
Honey.
W’salam Honey,
Haha…kannn banyak ooo. Selamat mencuba lah yer resepi2 kat dalam ni 🙂
@Ajud J Tulimin Duit cukai disalurkan ke hospital, sekolah, jalanraya dan macam2 lagi rasanya. Tak berapa nak rasa sebab nikmat tu secara indirectly. Kat sini pun sama, yang rasa secara direct adalah cukai kategori social security (which kat malaysia takde) dan yg ni memang direct merasa lah. Kalau income tax biasa tu merasa secara indirect jugak.
Saya dua kali tinggal di german. Memang menarik kerana barangan keperluan harian lebih murah, malahan beras di sana lebih murah dari di negara kita. Tambang pengangkutan awam pun amat murah.
Salam Saudara Khairul. Di Jerman ada cukai jalan. Sekian, terima kasih.
W’salam,
Yang saya tahu dan saya bayar adalah Kraftfahrzeugsteuer iaitu cukai kenderaan (motor vehicles). Namun sekiranya saudara menyatakan bahawa Kraftfahrzeugsteuer itu adalah cukai jalan – maka ya! But literally there is no road tax.
bukan nk kate tp negara kafir lg bagus dr negara Islam..
Khairul Abdullah kadang kadang rakyat Malaysia mereka tak faham function sebenar cukai dan gst. Pada mereka kesemua itu di potong dan di belanja oleh para isteri menteri. Mereka tak sedar mana datangnya hospital kerajaan yang mengenakan charge RM1 untuk consultation + medical, walaupun ubat tu di beri untuk 1bulan bayaran tetap RM1.
Cukup bagus bagi negara yang maju, tapi ade satu forum telah mejemput seorang panel kerajaan dari german. Mengatakan sistem ini agak lemah dan tak balance, ini disebabkan faktor pembayar cukai kurang dari penerima cukai, jadi kerajaan german ingin mengambil langkah rakyatnya, kurang pengangguran
Tuan, boleh tak nak share di blog saya. TQ
Silakan tapi pastikan share secara beretika dengan meletakkan kredit dan sebagainya. Terima kasih.
thanks for share this …. mata telah membuka @@ !
thanks for share this …. mata telah membuka @@ !
kebanyakan hasil corruption seluruh dunia di simpan di switzerland dan hampir 50% hasil wang itu x dituntut. dan menjai hak milik negara.
48% utk hidup mcm org jerman?..anytime..peace of mind tak semestinya terjamin even gaji berjuta..kalau gaji tinggal 300euri tapi semua benda lain tak perlu fikir then i'm happy..lagi pon 300euro tu bnyk benda bole beli..
seronok membaca artikel saudara…. menambahkan pengetahuan dan ilmu..
seronok baca 😉
Penulisan yang banyak manfaatnya. Saya paling suka komen sdr Khairul, di Malaysia susah nak dilaksanakan sebab semua perkara dipolitikkan
Tapi setiap keluarga ada cerita masing2, German pun sama ~~ masalah penduduk tempatan hilang pekerjaan kepada warga asing ~~ yang kian merunsing dewasa ini …
cukai-pendapatan-manfaatnya-di-jerman/
Pada pengetahuan saya. Walau cukai disana potong tinggi, semua kemudahan awam percuma. Belajar sehingga la perubatan. Kereta lak sangat lah murah. Lingkungan belasan ribu malaysia. Haha.
Kekayaan dibahagikan
Bukannya kpd keroni
Sivik minded mereka lebih tinggi dari orang kita…
kat sini, kalau bayar cukai banyak, makin banyak la duit tu yang akan disalahgunakan dan digunakan untuk membayar hutang. Akibatnya kadar jenayah, kemalangan, kemiskinan takkan berubah.
kat Malaysia, kalau bayar cukai banyak, makin banyak la duit tu yang akan disalahgunakan dan digunakan untuk membayar hutang. Akibatnya kadar jenayah, kemalangan, kemiskinan takkan berubah.
Dgn kelemahan pemerintahan skrg..dont think even 60% tax can help boost economy..unless govern by those really so called accountability..
Current one?
Everybody knows
saya masih keliru dgn taraf hidup d sana…saya ada baca sedikit komen di atas, yuran pengajian dan pendidikan percuma di beri…mungkin pergantungan kepada duit di sana lebih rendah dari malaysia? barang dan keperluan harian? perkapita berapa perbelanjaan keseluruhan satu isi rumah?
Dari bayar cukai baik bayar zakat…
Dari bayar cukai baik bayar zakat…
Sara hidup kat sana lebih rendah , kalau nak di bandingkan di Malaysia , saorang jurutera yang baru berkhidmat pun mampu membeli semua kelenkapan rumah dan sebiji kereta cash dengan baki gaji setahun bekerja.
cukai kita disini pun tinggi kalau dikira , ada sesetengah diantara kita telah di potong PCB lebih dari 10% gaji tiaptiap bulan , yuran pelajaran kena bayar , cukai pintu kena bayar , yuran perkhidmatan(bagi yang tinggal diApartment) kena bayar , dan semua cukai barang pun kita yang kena bayar, mala sebelumsebelum ini pun memang kita yang bayar. Cuba semua renongrenongkan , sape yang bayar cukai kereta ?
Sedikit pembetulan : autobahn di jerman sudah ada had limit kelajuan sekarang…saya pernah memandu di autobahn pada tahun 2013,2014 dan 2015..memang sudah ada had limit..sebelum tahun 2013 saya tak pasti..even di kampung-2 di swiss juga ada kamera ala-2 AES dan had laju di jalan kampung hanya lah 60km/j….dan saya pernah di saman kerana memandu 68km/j di jalan kampung di swiss
@Papa Rizq
Had laju hanya ditetapkan di kawasan2 tertentu dan yang berisiko. Had laju juga akan ditetapkan apabila cuaca buruk. Sekiranya anda faham signage speed limit di autobahn maka anda akan tahu samada ada had kelajuan atau tidak.
Apabila masuk hiway yg masih berdekatan kawasan bandar maka ada had kelajuan sekitar 100kmph dan apabila mula masuk menyusuri bandar maka had laju semakin berkurang kepada 80, 60 dan sehingga 50 di dalam bandar.
Apabila anda memandu masuk ke hiway,anda akan nampak had kelajuan dibenarkan sekitar 100kmph dan kemudiannya130kmph..dan sekitar 3-5km selepas itu anda akan dapat lihat signage had kelajuan tamat atau terbatal (sign berbentuk bulat dengan cross seperti backslash berwarna hitam). Ramai yg tidak tahu tanda ini yang bermaksud segala speed limit sudah tidak terpakai lagi atau berakhir apabila nampak signage tersebut.
Saya mempunyai lesen memandu Jerman dan memandu dari tahun 2011 sehinggalah sekarang di Jerman ini dan faham segala sistem serta signagenya.
Sila lihat gambar di bawah.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/03/Zeichen_282.svg/2000px-Zeichen_282.svg.png
traffic sign indicating end of all restrictions (including speed limits)
Negara yang bukan islam banyak yang jauh lebih selesa kemudahan utk rakyat jelata. Semuanya tentang kebajikan rakyat. Tapi selalunya negara yang satu bangsa satu bahasa sahaja yang akan cemerlang dalam bab kebajikan dan bersatu utk semua!
Rasanya xde guna explain semua benda ni kalau mentaliti rakyat Malaysia x berubah.. Hny tahu lihat yg buruk2 je, x penah pandang jauh ke hadapan.. Anyway, good Info..my dad pernah pergi Sweden tahun 1992 pon mmg die cakap kadar cukai kat sana mmg tinggi tapi ekonomi kat sana mmg tip top..
dgn kerajaan BN kito lokni…kasi 500tahun lagi pon x layak capai tahap hidup gitu…
Pemerintahan yang tak ‘Islamik’. Banyak pembaziran, salah urustadbir, rasuah, kroni, ingat periuk nasi sendiri Dan sang at banyak lagi. In one word… CORRUPT.
buktikan..
Yes mmg betul. Tp x di semua kawasan. Even rakyat dia sendiri ramai yg x menyokong rule baru tersebut. Kalu Swiss mmg x sama mcm Jerman
@Papa Rizq
Had laju hanya ditetapkan di kawasan2 tertentu dan yang berisiko. Had laju juga akan ditetapkan apabila cuaca buruk. Sekiranya anda faham signage speed limit di autobahn maka anda akan tahu samada ada had kelajuan atau tidak.
Apabila masuk hiway yg masih berdekatan kawasan bandar maka ada had kelajuan sekitar 100kmph dan apabila mula masuk menyusuri bandar maka had laju semakin berkurang kepada 80, 60 dan sehingga 50 di dalam bandar.
Apabila anda memandu masuk ke hiway,anda akan nampak had kelajuan dibenarkan sekitar 100kmph dan kemudiannya130kmph..dan sekitar 3-5km selepas itu anda akan dapat lihat signage had kelajuan tamat atau terbatal (sign berbentuk bulat dengan cross seperti backslash berwarna hitam). Ramai yg tidak tahu tanda ini yang bermaksud segala speed limit sudah tidak terpakai lagi atau berakhir apabila nampak signage tersebut.
Saya mempunyai lesen memandu Jerman dan memandu dari tahun 2011 sehinggalah sekarang di Jerman ini dan faham segala sistem serta signagenya.
Sila lihat gambar di bawah.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/03/Zeichen_282.svg/2000px-Zeichen_282.svg.png
traffic sign indicating end of all restrictions (including speed limits)
klau nak bandingkn dgn pentadbiran politik …mmg x ke mana lah. contoh satu negeri di pantai timur malaysia tu ditadbir oleh kepimpinan islamik pun x maju2 jugak. Yg penting mentaliti kita. Jgn semua benda nak dipolitikkan.
D Malaysia mentality kena cuci dulu… baru nak buat gst 6% riuh rendah sedunia. Mostly mahu jd hebat tp free. Mahu menerima tp x sanggup menyumbang. Anyway thanks for sharing…
terima kasih diatas pencerahan terbaik nie….. nak tau juga saya, bagaimana kerajaan Jerman menempoh GST nie pada peringkat awal. Maksud saya pada bulan pertama, tahun pertama dengan rakyat mereka hingga lah mereka berjaya sekarang…rasanya ada yang keliru juga (seperti di Malaysia ni, pelbagai cerita keluar, yang banyak cerita tak menarik).
terima kasih.
En Khairul Abdullah…ingin tahu… di Jerman tu jika cukai kenakan cukai yg begitu tinggi terhadap pekerja bagaiman pula kerajaan Jerman mengenakan cukai kepada peniaga2 termasuk syarikat2 gergasi. Gulongan ini membuat keuntungan yg lebih banyak berbanding dgn mereka yg makan gaji.
En Zulkifli,
Terdapat 3 jenis cukai dikenakan kepada syarikat atau korporat.
1. Cukai Pendapatan Korporat – Cukai terhadap syarikat dikenakan sekitar 16% daripada jumlah pendapatan yg perlu dicukai. Sekiranya Syarikat ABC berpendapatan €1juta yg perlu dicukai maka i perlu membayar sebanyak €160,000
2. Cukai Pendapatan Pemilik / Rakan Kongsi Syarikat – s elain itu setiap pengarah/pemilik syarikat juga dikenakan cukai pemilik atau perkongsian sekitar 5.5% tambahan kepada cukai pendapatan sediada.
3. Cukai Perniagaan – Kadar asas cukai perniagaan adalah 3.5% daripada pendapatan yg perlu dicukai bergantung kepada di bandar mana perniagaan tersebut dijalankan dimana setiap bandar atau daerah mempunyai “multiplier”nya tersendiri. Contohnya:-
Syarikat ABC menjalankan perniagaan di Frankfurt. Pendapatan yg perlu dicukai adalah €1juta. Jadi Syarikat ABC dikenakan cukai 3.5% dari €1juta = €35,000 dan didarab dengan multiplier bandar Frankfurt iaitu 400% (setiap bandar berbeza multipliernya) jadi Syarikat ABC perlu membayar cukai perniagaan sebanyak €140,000.
Jadi= syarikat ABC wajib bayar cukai Korporat dan Cukai Perniagaan sebanyak €300,000 (sekitar 30%) daripada pendapatan €1 juta yg perlu dicukai. Ini tidak termasuk cukai yg perlu dibayar oleh pemilik syarikat.
Cukai spt ini pernah dicadangkan di negara kita oleh org2 ekonomi iaitu cukai khas utk org jutawan.
Cukai pendptn ni hampir sama dgn cukai org jutawan yg dilaksanakan di U.S..bezanya semua org merasa cukai dipotong berbanding org jutawan shj di U.S (lebih kurang mcm GST)
tak payah la ko nk hina negeri pantai timur islamik tu…klu anak tiri, memang kena aniaya.. miskin, kurus, tak cukup makan. mana ada drama mak tiri kt malaysia ni baik…semuanya jahat..
Betul tu..saya pulak prnah tinggal di UK selama 4 tahun.system yg lebih kurang.saya tidak tahu mengenai org lain tetapi setakat yg saya hadapi,masyarakat barat di tempat saya tidak pernah mengamalkan diskriminasi,racism dan sebagainya.mereka sgt tolerate dgn kita dan walaupun saya muslim yg bertudung agak labuh dan kita mempunyai pantang larang contohnya bab makanan,masa hantar anak pegi nursery,cikgu siap tunjuk kat kita makanan apa yg dia bg anak kita mkn,ingredients ok ke tak and so on..
Manners n sivic minded mereka sgt tinggi walaupun cuma bekerja sbg cleaner.apabila pulang ke malaysia hujung thn lalu,saya amat rindukan suasana tenang dan harmoni di sana.dah la di sana cuacanya lebih sejuk,menenangkan,masyarakat sekeliling pun menenangkan..
Saya juga berpengalaman bersalin anak di sana.sgt tip top dan free dan sgt profesional.bidan di dalam dewan bersalin ketika saya mahu melahirkan hanya seorang.katanya kerana tak mahu saya stress.bidan sgt supportive dan suami saya pun ada sekali.berbanding ketika melahirkan anak pertama di tanahair,team doktor n bidan ada lebih kurang 6,7 org dlm labour room dan semua menyorak saya yg mana saya pun tak tahu nak dgr mana satu.tu belum lg lain2 doktor yg dtg utk check bukaan dan sebagainya.sewaktu di bumi ratu,hanya seorang doktor lelaki yg terpaksa masuk kerana bidan kata dia perlu pihak authority nak ‘release’ saya utk teruskan proses bersalin.doktor pun minta izin dan tanpa melihat saya hanya merasa jalan bayi dan kemudian keluar dr bilik bersalin.tu belum lg kemudahan bersalin yg lain..
Anak2 saya dr seawal 6 bulan da bole pergi ke playgroup free dan bersekolah free.bahan memasak dan makanan yg murah sesuai dgn pendapatan minima suami yg bekerja part time sbg cleaner.
Ohhhh rindu bumi ratu..
that really true about german..saya jatuh cinta untuk tinggal di german sampai selama nye..myb..hehehe
good information
48% tax Bang. Kerajaan Mesia juga boleh buat macam2 kalau cukai sebanyak nie dikenakan. Namun bila GST 6% diperkenalkan, jumlah rakyat yg berguling2 di jalan raya serta kadar % kurang siuman meningkat 8 fold!!
.
Dan akibatnya Mesia jatuh bangkrap hingga terpaksa memanjat pagar, tidur dikaki lima semata-mata utk tudung.
.
Itu tak termasuk dengan sambutan menggila iPhone 6 dan 6s..
.
Malang2..
Terbaik infomasi Tn. Rakyat Malaysia diperbodoh bodohkan oleh pemimpinnya. Ini akibat sikap tanggungjawab seorg pemimpin tidak dilaksanakan dengan baik. Malaysia dari segi ekonomi bagus cuma pengawalan kos sara hidup yang tidak dikawal menyebabkan rakyat tertertekan.
Dia org bayar zakat.. Church tax 9%
Perkongsian yg baik.. tukar dulu bn pru 14 nanti. Kita buat mcm jerman. Ok