• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Khidmat Pelanggan di Jabatan & Agensi Kerajaan

09/03/2011
Saman trafik

Sehari dua ni saya sibuk berurusan di kaunter polis trafik, jpj dan juga pejabat pos. Sekarang ini saya sedang menanti giliran ke 100 untuk berurusan di kaunter JPJ Petaling Jaya. Memandangkan masa yang banyak terbuang, saya pun menulis.

Saya ingin kongsikan pengalaman atau “review” peribadi saya tentang tempat atau kaunter yang saya berurusan sehari dua ini.

1. Kaunter JPJ Shah Alam

Parking paling payah nak dapat disini. Tak sesuai langsung sebagai pejabat JPJ berstatus negeri. Layanan di kaunter alhamdulillah, agak mesra dengan senyuman dan tutur kata yang sopan.

“Encik tak boleh renew roadtax lah, ada saman polis” katanya sambil tersenyum.

Dengan senyuman juga saya ke IPD selangor yang baru, terletak di seksyen 9 Shah Alam.

2. IPD Shah Alam

Pejabat baru, besar, tersergam indah. Parking pun payah, main parking tepi jalan je. Kaunter hanya ada 3 iaitu untuk semakan saman, bayaran dan urusan kemalangan.

Orang punya le ramai, sekali ambil nombor giliran..tuu dia aih bak kata orang utara..300 lagi tu. Kenapa di musim rakyat berebut-rebut nak membayar saman ni tak dibuka kaunter tambahan? Kan lagi mudah untuk semua. Nak bayar saman pun taklah rasa tertekan kerana perlu menunggu sehingga 3-4 jam.

Saya meluangkan masa minum dan makan tengahari di kantin IPD. Selepas makan, baru dpt tengok keadaan kantin tu apabila saya ke belakang untuk mencuci tangan. Meloyakan!

Servis di kaunter pertanyaan saman, alhamdulillah baik. Pertanyaan saya dilayan dengan senyuman dan budi bahasa.

Selepas tengok ada 2 saman “blacklist” saya pun ambil nombor untuk pembayaran pula..alamak, lagi 360..terus saya beredar.

3. Pejabat Pos PWTC

Saya tunggu seawal jam 9.30 pagi memandangkan pejabat pos ini dibuka jam 10.00 pagi.
Pejabat pos dengan rekabentuk moden dan menarik. Parking kat bawah PWTC agak mahal tetapi mudah sekiranya tiada acara berlangsung di sana.

Layanan di kaunter sungguh baik. Saman dijelaskan dan malangnya cukai jalan masih tidak dapat diperbaharui. Setelah menunggu hampir 40 minit, sistem polis dan jpj masih belum dikemaskini. Petugas kaunter menawarkan untuk membantu saya membuat urusan tersebut setelah sistem dikemaskini dan meminta saya meninggalkan nombor telefon, berserta bayaran. Malangnya sehingga petang, cukai jalan saya masih gagal diperbaharui.

Apa-apapun terima kasih kepada kakitangan Pos Malaysia PWTC yang banyak membantu.

3. Balai Polis Taman Tun, KL

Pagi tadi saya semak status saman tersebut melalui internet dan ianya masih belum dikemaskini. Jadi saya mengambil keputusan untuk ke balai polis sekali lagi.

Mulanya saya ke kauter polis di The Curve, malangnya ia hanya dibuka dari jam 2 hingga 6 petang. Jam sekarang masih pukul 11 pagi. Saya terus ke balai polis Taman Tun. Saya dimaklumkan oleh pegawai bertugas di pos pengawal yang khidmat menyemak dan membayar saman tidak disediakan di balai tersebut, namun menyuruh saya masuk ke dalam dan bertanya kepada pegawai bertugas.

Dua orang pegawai wanita dan seorang sarjan lelaki melayan saya dengan baik sekali. Mereka juga membantu saya menyemak saman saya yang telah dibayar dengan menelefon rakan mereka di balai yang menyediakan kemudahan menyemak saman. Saya dimaklumkan yang saman tersebut sudah dijelaskan dan dikemaskini. Tiada lagi rekod “blacklist”. Namun, cukai jalan hanya boleh diperbaharui di JPJ katanya lagi.

Terima kasih kepada semua pegawai di balai polis Taman Tun. Anda memang terbaik!

4. Pejabat JPJ Petaling Jaya.

Saya tiba disini jam 12.20 tengahari tadi. Nombor giliran saya ialah 1508 dan nombor sekarang ialah 1407, lebih seratus orang menunggu sebelum saya.

Agak susah pada mulanya untuk sampai ke sini sebab ini kali pertama saya. Namun dengan bantuan En.Google, saya berjaya sampai. Parking besar dan luas, tiada masalah.

Saya masih berdebar untuk ke kaunter..takut untuk mendengar jawapan yang sama seperti kali pertama saya ke JPJ Shah Alam dua hari lepas.

Adakah saya berjaya memperbaharui cukai jalan kereta saya di sini, hari ini? ENTAHLAH..I don’t know..harap-harap boleh lah.

Sent via BlackBerry® from Maxis

blacklistipd shah alamjpj petaling jayajpj shah alampos malaysia pwtcsemak samansenarai hitamsman trafik
Share

Believe It or Not  / Blog  / Complaints  / Guides  / Knowledge  / Lesson  / Peoples  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved