![]() |
| Japan Tsunami – longgokan kereta dan pesawat kecil berdekatan Sendai Airport |
Semalam bahagian pantai timur di utara dan tengah Jepun digegarkan oleh gempa bumi berkekuatan 8.9 pada skala richter, paling kuat melanda Jepun selepas 140 tahun. Gempa bumi yang berlarutan hampir 20 minit kemudian dengan ratusan gegaran kecil seterusnya disusuli dengan apa yang paling ditakuti iaitu tsunami. Ombak besar setinggi 30kaki telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 1000 nyawa terkorban.
Berbanding pada Disember 2004, gempa bumi berukuran 9.1 pada skala richter telah menyebabkan tsunami setinggi hampir 100 kaki melenyapkan hampir seluruh Banda Acheh dan juga memberi kemusnahan besar kepada beberapa negara lain termasuk Malaysia,Thailand dan juga Sri Lanka, impaknya jauh lebih besar iaitu mengakibatkan hampir 230 nyawa terkorban.
Semalam, isteri saya sibuk berhubung dengan rakan-rakan kerjanya di Jepun bertanyakan tentang keselamatan mereka. Alhamdulillah mereka semua selamat, cuma masing-masing terputus hubungan telefon kerana tiada bekalan elektrik. Semua maklumat disampaikan melalui perkhidmatan internet iaitu Facebook. Nasib baik isteri saya tiada di sana ketika kejadian berlaku. Saya pasti akan sangat runsing memikirkan keselamatan dirinya.
Isteri saya juga pernah runsing dan menagisi kehilangan saya selama hampir 3 hari ketika 2 minggu saya berada di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat tahun lepas di mana gempa bumi di lautan Hindi mengakibatkan tsunami setinggi 30 kaki menghentam kepulauan tersebut. Ketika itu, saya bersama sukarelawan Mercy Malaysia membantu mangsa tsunami di bahagian selatan kepulauan tersebut. Disebabkan ketiadaan liputan telefon bimbit, kami terputus hubungan. Sila baca artikel saya terdahulu.
Saya merasakan sendiri gegaran akibat gempa bumi, walaupun kecil iaitu hanya pada 5.3 pada skala richter dan menyaksikan sendiri kemusnahan akibat tsunami yang amat dashyat. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata kecuali melihat sendiri kemusnahan yang disebabkan oleh kuasa alam tersebut.
Dunia sudah semakin tua dan menghampiri penghujungnya. Adakah kita belajar sesuatu dan mengambil iktibar dari kejadian tersebut, ENTAHLAH, I dont Know…








Leave A Reply