• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Selamat Tinggal & Terima Kasih 2014

31/12/2014

Screen Shot 2014-12-31 at 00.38.59

Tahun 2014 meninggalkan kenangan yang sangat manis kepada saya. Ia merupakan tahun yang penuh kegembiraan dan paling bahagia buat saya. Banyak kenangan suka duka terpateri sepanjang tahun tersebut namun yang paling manis adalah menyambut kelahiran anak sulung saya Khaleef.

Tiada yang lebih bahagia sepanjang hidup saya ini kecuali adanya anak dan isteri serta keluarga yang tercinta di samping diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk terus bekerja dan menulis di blog picisan saya ini.

Mengenang kembali.

Saya pernah bercita-cita ingin menulis di media utama seperti suratkhabar dengan mempunyai kolum sendiri. Namun disebabkan penulisan saya yang buruk maka saya tidak pernah mendapat peluang walaupun pernah mencuba beberapa kali.

Saya meminati tulisan seorang wanita inggeris bernama Mary Schneider di dalam kolum suratkhabar The Star berjudul “But Then Again”. Saya pernah menulis email kepadanya dan meminta beliau menghantar gambar kepada saya demi kerana minat kepada beliau. Selang 3 hari kemudian saya menerima balasan bersama sekeping gambar. Sejak itu saya bercita-cita menjadi seperti beliau.

Bukan untuk menjadi penulis ternama atau mendapat ganjaran atau bayaran tetapi cuma untuk ada pembaca yang mahu membaca tulisan saya. Itu sahaja.

Ketika itu internet dan blog hanyalah cerita yang boleh dibaca di ruangan teknolgi di dalam majalah, buku ataupun suratkhabar. Masih terlalu mahal untuk melayari internet dan juga menulis blog.

Akhirnya apabila internet sudah menjadi keperluan asas di setiap rumah dan kemudahan untuk mewujudkan blog sendiri secara percuma sudah wujud maka saya pun mencuba.

Bermula pada hujung tahun 2009, saya cuba dahulu menulis secara suka-suka, dengan bahasa yang bercampur dan ayat yang tunggang terbalik dan menulis mengenai apa sahaja yang terlintas di fikiran saya. Saya cuba menulis seminggu sekali dengan jumlah pembaca hanya 2 atau 3 orang sebulan.

Kini

Saya terus menulis tanpa jemu. Apa sahaja cerita atau pendapat yang saya ada berkaitan peribadi, sosial, isu semasa, resepi masakan dan sebagainya saya tulis.

Kini laman blog saya dibaca oleh purata kira-kira 2 ribu orang sehari dan sekitar 60,000 orang pembaca sebulan. Ada artikel saya yang menjadi viral dan pernah dibaca oleh 20,000 orang sehari.

Bagi orang biasa seperti saya ia merupakan satu pencapaian yang diluar jangkaan.

Pada tahun 2014 sahaja blog saya dibaca sebanyak 720,000 kali oleh 450,000 orang pembaca dari 149 buah negara dengan jumlah pembaca paling ramai dari Malaysia, United States dan juga Singapura.

Sehingga kini, blog saya telah dibaca sebayak 2.8 juta kali.

Apabila kerap dilayari, kapasiti bandwith blog saya cepat habis maka saya terpaksa menaiktaraf hosting server kepada yang lebih besar dan mahal. Oleh itu pada awal tahun lalu saya terpaksa meletakkan sedikit iklan bagi membiayai kos hosting yang semakin bertambah.

Akan datang

Kenangan paling manis di dalam menulis blog ini adalah apabila saya ditawarkan untuk menulis 2 buah buku sekaligus oleh sebuah syarikat penerbitan yang ternama setelah mereka mendapati tulisan saya berpotensi untuk dibukukan.

Alhamdulillah, akhirnya setelah hampir 5 tahun menulis, ada orang membaca tulisan saya dan ada yang menghargai penulisan saya.

[divider top=”no” style=”dotted” size=”2″ margin=”10″]

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog saya dan juga rakan-rakan bloggers yang sentiasa menyokong penulisan saya. Saya juga ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang menulis kepada saya sekiranya ada email, mesej atau komen mereka yang saya tidak balas. Mungkin saya terlepas pandang dan untuk mencari dan melihat kembali komen atau email yang tidak berbalas di celah2 ribuan komen yang ada adalah amat sukar untuk saya.

Selamat Tahun Baru 2015 – semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Amin Ya Robbal Al Amin.

azam tahun barukhairul abdullahSelamat Tahun Baru 2015
Share

Believe It or Not  / Blog

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Resepi Cendawan Maitake Bersama Hirisan Daging Panggang
07/11/2019
50 Tips Penting Untuk Sewa Kereta & Memandu Di Eropah
06/04/2017
Secara Tak Sedar Kita Ambil Hak Orang
05/12/2016

14 Comments


Khairuddin lim
31/12/2014 at 2:41 am
Login to Reply

Tahniah… Saya bercita-cita mjadi seperti anda. Doakan saya.



    Khairul Abdullah
    31/12/2014 at 10:07 am
    Login to Reply

    Terima kasih En Khairuddin.

    Saya doakan semoga tahun 2015 memberikan sesuatu yang bermakna buat tuan. Sebagai permulaan saya telah senaraikan blog tuan di dalam bloglist saya dan mudah-mudahan ia akan menjadi “booster” untuk tuan terus menulis dan berkongsi perjalanan tuan dengan semua pembaca.

Shamsiah Abdul Rahman
31/12/2014 at 8:48 am
Login to Reply

Assalamualaikum KA,
Rezeki intai-intai rumah orang.. dapat kenal orang baik-baik.. dapat ambik ilmu mana-mana yang sepatutnya.. halal dunia akhirat ya.

Keep on writing..
I might not “tinggal jejak”.. sebab selalunya yang “nak ditanya” tu.. dah ada yang terlebih dahulu “menanyakan”.

As always,
Jaga hati.. jaga diri..

P/s;
Peluk cium untuk dak encem ya..



    Khairul Abdullah
    31/12/2014 at 10:12 am
    Login to Reply

    Waalaikumsalam Kak Sham,

    Terima kasih kerana selalu mengintai blog saya. Kak Sham juga adalah seorang pengomen yang paling saya minati 🙂 dan blog akak adalah diantara penyumbang trafik terbesar ke blog saya ini.

    As always,
    Saya suka tagline komen akak.

    p/s:

    Dak kecik tu payah nak dipeluk cium sekarang ni..ditepisnya bila nak peluk.

      Shamsiah Abdul Rahman
      31/12/2014 at 11:24 am

      Typical.. BOYS..

Muliati
06/01/2015 at 11:12 am
Login to Reply

tahniah…moga terus dilimpahkan dengan ilham untuk dizahirkan .



    Khairul Abdullah
    06/01/2015 at 11:30 am
    Login to Reply

    Terima kasih 🙂

Abdul Rahman
08/01/2015 at 11:47 pm
Login to Reply

Saya mula kenal K.A. melalui Wardina Safiyyah. Disebabkan kisah Ikea, saya terus bookmark dan follow blog ini. Teruskan menulis dan membuka fikrah baru kepada kami.



Mahziah Ramly
11/01/2015 at 1:55 pm
Login to Reply

Tahniah KA
Tak sabar menunggu buku hasil dari pengalaman KA. Bilakah buku tersebut akan diterbitkan?



Intan Sahat
29/01/2015 at 2:18 am
Login to Reply

Assalamualaikum Mr. Khairul, I was searching for backpacking tips when I came across your blog. Your blog is amazing! you really inspired me to write better and take my dream to travel across europe to a higher level! Thank you so much



Ibu Pernida
02/02/2015 at 3:48 am
Login to Reply

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 9273 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.

dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….

Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..

Solusi yang tepat jangan anda putus asah….AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))

atau klik langsung di <a href="http://prediksitogel747.blogspot.com/">KLIK DSINI BOCORAN TOGEL</a>

angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/

angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/

angka GHOIB; malaysia

angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/

angka GHOIB; laos



iz
13/02/2015 at 3:34 am
Login to Reply

saya mula membaca disini menerusi entry berkaitan sebuah resort di sepang (*kalau saya tak silap **ya, saya suka survey melalui pembacaan tentang jenis-jenis percutian yang saya inginkan secara teliti), dan saya terus membaca hampir semua entry-entry lain selepas itu kerana tertarik dengan cara penulisan KA.

Terima kasih atas setiap tips dan ilmu yang bnyk KA kongsikan selama ini. Saya pasti akan beli buku tulisan KA (*nak yg ada sign boleh? hehe) Saya juga banyak berkongsi blog KA dgn teman-teman saya. (*perkara yang baik, perlu dikongsi bersama 🙂 )



Fadzly Bin Md Shirat
30/03/2015 at 8:31 am
Login to Reply

Banyak panduan dapat saya pelajari saya membaca blog saudara mengenai melancong dan memandu di europe.



aizat
28/12/2015 at 10:14 pm
Login to Reply

salam abang..kalau engineer nk kje jerman,senang x,kne pergi sana dulu ke hntar resume or online je



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved