• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bunga Api “Halal” & Selamat Tahun Baru 2012

01/01/2012

Di hari terakhir tahun 2011 saya dan isteri menghadari jemputan majlis tahlil di rumah Tuan Syed Yahya seorang pegawai kerajaan yang bertugas di sini. Ramai rakan-rakan dari Malaysia yang lain turut menghadiri majlis tersebut termasuklah beberapa orang pelajar.

Kami dihidangkan dengan pelbagai juadah yang lazat oleh Kak Aida yang sememangnya pandai memasak. Komuniti Malaysia di Frankfurt adalah kecil, jadi setiap kali memenuhi undangan ke majlis jamuan seperti ini kami akan bertemu dengan orang yang sama. Malam sebelumnya kami semua memenuhi undangan “Christmas Gathering” di rumah Konsul Besar Malaysia, Mr. John Samuel.

Tetapi saya tidak mahu menceritakan tentang majlis jamuan makan penutup tahun 2011 ini tapi mengenai sesuatu yang sering dinantikan apabila menjelang tahun baru iaitu bunga api.

Di Jerman, bunga api adalah “halal” untuk dimainkan oleh orang awam pada 31hb Disember setiap tahun bermula jam 7.00 malam sehingga pagi. Jadi bunga api akan mula dijual pada 3 hari sebelum sambutan iaitu pada setiap 29hb. Semua kedai serbaneka dan pasaraya akan mula menjual bunga api pada tempoh yang terhad tadi iaitu bermula pagi 29hb sehinggalah petang 31hb. Semua kedai akan mula ditutup pada jam 2 petang jadi anda perlu mendapatkannya sebelum jam tersebut.

Ketika jam 12.30 tengahari saya masih belum mendapatkannya begitu juga beberapa orang rakan lain seperti Shah, Amri, Udin dan Nizam. Ketika di rumah Tuan Syed kami berlima pergi ke kedai terdekat dan memborong satu troli bunga api dengan harga kira-kira 20.00 Euro seorang. Hanya orang dewasa berumur 18 tahun ke atas dibenarkan untuk menyentuh dan membeli bunga api di pasaraya. Untuk bermain ia perlulah diawasi oleh orang dewasa.

fireworks

 

Pakej bunga api dan mercun bernilai 19.50 Euro

Masing-masing berbincang lokasi yang paling sesuai untuk bermain bunga api dan disebabkan faktor jarak diantara kediaman masing-masing, kami tidak dapat berkumpul untuk bermain bersama-sama. Jadi masing-masing akan bermain di kediaman sendiri dan para pelajar iaitu Udin dan rakan-rakannya seperti biasa akan bermain di River Main.

Saya bercadang untuk bermain di Alter Oper (Old Opera House) iaitu kira-kira 2 minit berjalan kaki dari rumah saya. Amri yang sudah seminggu sampai dari Malaysia untuk melawat anak-anak dan isterinya yang bekerja disini tinggal berhampiran rumah saya dengan jarak 5 minit berjalan kaki jadi kami berjanji untuk meraikan tahun baru bersama-sama.

Amri dan isteri Diana bersama anak mereka Siti dan Danish tiba jam 10.00 malam di kediaman saya. Kami berborak sambil makan cucur ikan bilis cicah kari daging dan menonton filem. Ketika itu bunyi tembakan bunga api sudah mula kedengaran tetapi tidak terlalu banyak. Walaupun sudah melepasi waktu tidurnya, Danish amat teruja untuk pergi bermain bunga api dan asyik bertanya kepada saya dan ayahnya “bila kita nak pegi main bunga api ni?”.

Kami keluar dari rumah jam 11.30 malam dan tiba di Alter Oper 3 minit kemudiannya dan ketika itu sudah ramai orang berkumpul dan mula bermain.

Tepat jam 12.00 malam, kecoh dan hiruk pikuk seperti berada di medan perang. Dari Datuk, nenek, pakcik makcik, ayah ibu, abang kakak, kekasih, gay lesbian semuanya meraikannya dengan bermain bunga api dengan gelas wain dan champagne serta botol bir di tangan. 5 minit kemudian Danish yang berusia 6 tahun mula menangis ketakutan. Isteri saya dan Diana serta anak-anaknya terpaksa berlindung di bawah payung cafe berhampiran. Tembakan dan letupan rambang disekeliling tidak dapat dihindari dan akhirnya Amri terpaksa membawa mereka pulang.

Video diambil menggunakan Blackberry saya.

Video di youtube pada tahun lepas..sama sahaja keadannya dengan tahun ini di Alter Oper.

Saya dan isteri masih menunggu selama beberapa minit, banyak lagi bunga api saya yang belum dibakar tetapi agak sukar untuk berada di tengah-tengah dataran untuk memasang dan menyalakannya tanpa terkena mercun yang dibaling secara rambang ataupun cebisan letupan yang jatuh bertimpa-timpa di atas kepala. Jadi saya mengambil keputusan untuk pulang ketika jam 12.30 malam.

Seluruh Frankfurt gegak gempita, setiap ceruk jalan manusia bermain bunga api dan paling banyak adalah di tepi sungai Main (River Main) dan kawasan awam yang lain seperti Hauptwache, Zeil, Alter Oper dan banyak lagi kerana sampah dan cebisan bunga api akan dibersihkan oleh pekerja dewan bandaraya pada paginya tetapi anda perlu membersihkannya sendiri sekiranya bermain di halaman rumah anda.

Setahun sekali, Jerman akan gegak gempita seperti menyambut hari raya di Malaysia, cuma disini ianya ”halal” pada hari tersebut..hanya untuk hari tersebut.

 

 

Alter Operdi Germanyfrankfurtsambutan tahun barusambutan tahun baru 2012silvester 2011
Share

Believe It or Not  / Blog  / Events  / Experience  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Tips Lengkap Untuk Mengembara ke Eropah
13/10/2014
Frohes neus Jahr 2014
01/01/2014
IKEA dan Sifat Manusia
24/10/2013

9 Comments


su
02/01/2012 at 7:58 am
Login to Reply

Wow.. hebatnya! agaknya kalau kt malaysia ni dihalalkan mercun, walaupun sehari, berapa ramai agaknya putus jari kena mercun. hehe.. diharamkan pun, masih ada yg cedera setiap tahun setiap kali nk raya.



admin
02/01/2012 at 9:18 am
Login to Reply

Di sini ianya halal hanya sehari dan kanak-kanak di awasi oleh ibu bapa. Tiada mercun yang boleh mencederakan seperti putus jari dsb yg disebabkan oleh mercun bola, hanya mercun dan bunga api yang diluuskan oleh pihak bomba di sini. Setiap kanak-kanak diawasi oleh ibu bapa dan polis sudah serta ambulan sudah bersiap-sedia pada hari tersebut. Kecederaan yang banyak berlaku di malaysia adalah daripada mercun buatan sendiri (yang dimodifikasi dari bunga api) di mana belerangnya dikeluarkan dan dimampatkan di dalam besi paip dan sebagainya. Kalau setakat bunga api dan mercun ringan biasa ia pasti tidak akan menyebabkan putus jari atau kematian kecuali berlakunya kebakaran.

Walaupun dibenarkan hanya sehari dan dimainkan hanya lebih kurang sejam…tetapi suasananya dan bunyinya lebih dasyat dari anda mendengar letupan mercun dan bunga api sepanjang ramadhan.



DianaAzis
02/01/2012 at 11:09 am
Login to Reply

Wah.. bestnya suasana kat sana.. malam tahun baru tempoh hari duk kat bandar sambil jalan2 dengan family..sadisnya satu bunga api pun tak de..sedangkan dtg mmg nak tgok bunga api..



admin
02/01/2012 at 11:30 am
Login to Reply

Diana,

Haha..nanti time raya beli bunga api simpan untuk main malam tahun baru yer 🙂



Razif Mokji
02/01/2012 at 12:02 pm
Login to Reply

salam perkenalan dng orang jauh disana …. salam tahun baru 2012…



admin
02/01/2012 at 12:29 pm
Login to Reply

Razif,

Salam perkenalan dan selamat tahun baru kepada anda juga.



Ani
04/01/2012 at 8:56 am
Login to Reply

Slamat tahun baru abang khai n istri…



    admin
    05/01/2012 at 1:58 am
    Login to Reply

    Ani,

    Terima kasih, Selamat tahun baru kepada anda juga.

Shikin
31/01/2012 at 1:39 pm
Login to Reply

Wah best nye sambutandisana…kami di Malaysia mcm biasalah tunggu tembakan bunga api dikawasan Menara Alor Setar sahaja…tp gegak gempita da terkawal…dgn polis sampai jam 2 pagi..



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved