• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Cuti Bersalin Setahun Dan Dapat Duit Setiap Bulan

03/10/2015

Katanya, negara Jerman sangat mementingkan “kekeluargaan” dan setiap ibu bapa diharapkan dan diberi peluang untuk sentiasa bersama keluarga sekerap mungkin. Itu adalah sebab mengapa orang Jerman selalu balik kerja tepat pada waktunya, kedai-kedai dan supermarket ditutup awal dan hari Ahad hampir semua kedai ditutup. Itu adalah untuk memberi peluang setiap orang menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga.

Bagi yang akan melahirkan anak pula, mereka boleh bercuti maksimum terus sehingga 3 tahun, atau secara berselang seli sehingga usia anak mencecah 8 tahun dan kerjaya mereka masih terjamin. Bukan hanya untuk isteri yang bersalin tetapi suami juga boleh bercuti bersama dan mereka akan dapat kembali bekerja selepas tempoh cuti tersebut. Dan paling best, walaupun bercuti tetapi tetap masyukkkkk!

Jom kita tengok bagaimana sistem cuti ini dilaksanakan.

1. Cuti Wajib

Cuti wajib bagi ibu yang bakal bersalin adalah 6 minggu sebelum bersalin dan 8 minggu selepas bersalin. Jadi setiap ibu yang mengandung akan mula atau wajib bercuti 1 bulan setengah sebelum tarikh bersalin dan seterusnya cuti “berpantang” selama 2 bulan. Jika anak dilahirkan tersebut tidak cukup bulan atau melahirkan anak kembar atau apa-apa komplikasi selepas bersalin maka cuti boleh dilanjutkan sehingga ke 3 bulan. Undang-undang turut tidak membenarkan ibu yang bersalin bekerja sebelum tempoh 2 atau 3 bulan bercuti tersebut. Ketika bercuti, gaji wajib dibayar sepenuhnya oleh majikan.

Disamping itu si ibu turut boleh memohon “Maternity Allowance” yakni elaun khas selama bercuti wajib tersebut dan dibayar pada kadar €13 sehari selama 14 minggu dengan jumlah €1,200. Elaun ini dibayar oleh syarikat insurans.

2. Cuti Pilihan

Kemudian ibu dan bapa ada pilihan untuk terus bercuti selama 12 bulan atau 24 bulan atau sehingga 36 bulan mengikut kemahuan mereka. Cuti ini boleh diambil secara terus atau disimpan dan digunakan sehingga usia anak mencecah 8 tahun. Cuti yang dipanggil “Elternzeit” atau “Parent Time” atau “Paternitiy Leave” ini, majikan tidak lagi membayar gaji namun mereka dikira sebagai masih bekerja dengan syarikat atau majikan tersebut. Habis bercuti, mereka boleh masuk ke pejabat seperti biasa.

Kebiasaannya cuti ini diambil secara berperingkat selama setahun dan berselang seli sehingga tahun ke 8 usia anak.

3. Elaun Untuk Ibu/Bapa.

Ketika bercuti pilihan selama 12 bulan, kerajaan memberikan “Elterngeld” atau “Wang Ibubapa” dalam bentuk elaun bulanan sebanyak 65-67% daripada gaji terakhir ibu selama 12 bulan. Bagi keluarga yang ada anak ramai turut diberikan elaun tambahan sebanyak 10% atau minimum €75 untuk setiap anak. Seseorang ibu yang tidak bekerja juga turut menerima elaun minimum sebanyak €300 sebulan. Seorang pelajar juga menerima elaun yang sama jika melahirkan anak.

Kalau ibu yang bekerja gaji €1,800 sebulan maka akan menerima elaun tetap sebanyak €1,200 sebulan selama 12 bulan. Namun elaun ini ada had di mana elaun minimum adalah €300 dan elaun maksimum adalah €1,800 sebulan. Elaun ini akan diberikan kepada ibu sehingga 12 bulan sahaja, namun jika bapa jika turut bercuti maka elaun tersebut dilanjutkan sehingga 14 bulan. Jadi bapa hanya menerima 2 bulan elaun dan selepas itu elaun tersebut dihentikan.

3. Elaun Untuk Anak

Setiap anak yang lahir turut diberikan “Kindergeld” atau “Wang Anak” jika dialihbahasa secara literal atau juga “Child Benefit” dalam bahasa inggerisnya. Elaun tetap ini diberikan kepada ibu bapa untuk setiap seorang anak yang lahir di Jerman adalah diantara €184 hingga €215 seorang mengikut bilangan anak. Untuk anak yang pertama dan kedua menerima €184 sebulan, anak ketiga €190 sebulan dan anak ke 4 dan seterusnya akan menerima €215 setiap seorang. Elaun ini diberikan sehingga anak berusia 18 tahun dan dilanjutkan sehingga 25 tahun sekiranya anak tersebut masih belajar.

Hanya seorang sahaja samada ibu atau bapa atau penjaga yang diberikan elaun ini. Jika ibu bapa yang bercerai maka elaun dibayar kepada yang memegang hak menjaga anak tersebut. Jika anda mempunyai anak tiri atau anak angkat yang tinggal bersama anda maka anda turut boleh memohon elaun ini.

4. Bekerja Ketika Bercuti.

Setiap ibu bapa yang mengambil cuti ini dibenarkan bekerja kembali dengan syarikat masing-masing (jika dibenarkan majikan) atau dengan majikan lain secara separuh masa. Undang-undang membenarkan ibu bapa bekerja tidak lebih dar 30 jam seminggu bagi menampung pendapatan untuk keluarga masing-masing.

Dengan membayar cukai pendapatan yang sangat tinggi (baca di sini) dan juga cukai GST (VAT) yang juga tinggi, rakyat Jerman atau sesiapa sahaja yang tinggal di Jerman menerima kembali pulangan tersebut dengan pelbagai bentuk termasuklah elaun cuti bersalin ini bagi menampung keperluan hidup mereka.

Kita yang bayar cukai sikit-sikit ni adakah suatu hari nanti akan menerima faedah yang sama?

ENTAHLAH..I Dont Know. 

khairul signature

abdullahchild allowancechild supportchilds benefitcukai di jermanelaun anakelaun bersalinelaun mengandungkhairulparent allowanceparent benefitparent support
Share

Believe It or Not  / Blog  / Knowledge  / Lifestyle

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Tips Pengembara: Pilihan Penginapan Alternatif Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
21/12/2015
Undang-Undang & Perangai Pelik Orang Jerman
27/09/2015
Untungnya Kehidupan di Malaysia Berbanding Jerman
19/09/2015

6 Comments


Siti Muzailin
04/10/2015 at 2:28 am
Login to Reply

Bagusnya dapat cuti awal sebelum bersalin. Ini tidak lagi dekat nak bersalin lagi disuruhnya habiskan kerja. Adoi mencungap rasanya. Boleh minta menteri wanita syor dalam parlimen ni.



Muliati
04/10/2015 at 12:38 pm
Login to Reply

en.khairul, ada had untuk lahirkan anak ker? kalau takde had memang best beranak ramai..faedah ini apply untuk semua permastautin atau macam kat malaysia hanya untuk bumi or warganegara jer…



    Khairul Abdullah
    04/10/2015 at 3:36 pm
    Login to Reply

    Tiada had untuk melahirkan anak. Beranak lah seramai mana pun. Faedah ini diberikan kepada warganegara dan juga sesiapa sahaja yang tinggal di Jerman secara sah dan membayar cukai.

Khairul Abdullah
04/10/2015 at 1:35 pm
Login to Reply

@Siti Muzailin Awak syorkan nanti kat menteri yer, mudah2an nanti semua rakyat malaysia dapat menikmati faedah yang sama.



Nina
05/10/2015 at 11:19 am
Login to Reply

Dapat cuti 6 minggu sebelum bersalin. wow! Dah la nak dekat-dekat bersalin ni fokus kerja dah ke laut.. huhuhu



Zaiton Mueller
12/10/2015 at 8:29 pm
Login to Reply

Tentang elaun itu di bayar hingga setahun t kira kerja tk kerja , akak dulu tahun pertama dpt 600 dm dan tahun kedua 400 dm , akak cuma suri rumah tangga , elaun thn kedua mengikut pada pendapatan suami. Satu lagi walau pun arwah suami akak berkerja bila dia meninggal akak dapat balu pencen dan anak akak dapt pencen anak yatim sbyk 240 € .. hingga dia habis study ..tambah info sikit



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved