• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Backpacker Sejati vs Backpacker Klon

20/10/2015

Nampaknya, terma “backpacker” sudah mula meresap masuk dan diterima di kalangan rakyat Malaysia. Semua orang kalau boleh nak backpacking bila travel. Perniagaan travel agent atau agensi pelancongan dah makin merosot nampaknya, sebab orang dah tak mahu pergi ramai-ramai dengan pakej yang dikira agak mahal.

Baguslah begitu.

Namun, di dalam keghairahan menggunakan terma backpacker, apakah kita tahu maksud sebenar terma tersebut? atau kita ambil secara harfiah atau literal sahaja? Ramai beranggapan, pergi travel galas beg besar dah kira jadi backpacker. Tak kisahlah pergi dengan rombongan besar, pergi dengan seorang kepala atau travel guide dan yang lain ramai-ramai mengikut. Atau pergi berdua atau bertiga bersama rakan atau ahli keluarga. Asal tak pergi dengan ejen atau pakej jer maka dikira backpack dah.

Sekarang dah jadi trend.

Dah mudah beli tiket online, book hotel online, maklumat pun banyak online. Maka berbondong-bondonglah anak-anak muda, adik, kakak, abang semua nak travel secara backpacking. Sesetengahnya tak tahu apa pun, yang dia tahu pergi sendiri dan bukannya dengan ejen dikira sebagai backpacking.

Itu adalah terma yang sering digunapakai. Saya sering menjawab pelbagai pertanyaan dari mereka yang nak berjinak nak menjadi backpacker ni. Bila di tanya dan diselidik, ramai yang mengaggap pergi bukan dengan travel agent dikira sebagai backpacker dah. Maka ada yang kononnya nak pergi secara backpacking tetapi membawa trolley bag dan memakai kasut tumit tinggi bagi perempuan dan memakai kasut kulit hitam bagi lelaki. Maka travel lah mereka sebagai “backpacker” kononnya. Tidur di hotel yang best, makan di restoran yang best dan paling best sekali adalah shopping. Bila nak balik beli lagi beg tambah untuk letak barang-barang shopping. Itu kita panggil “Flashpacking” dan anda adalah “flashpacker” bukannya backpacker.

Ada juga pakej backpacking sekarang ni. Ada seorang yang macam dah biasa atau terrer maka dibuatnya satu trip yang dia uruskan itinerari atau jadual perjalanan termasuk tempat tinggal samada hotel, hostel, homestay dan sebagainya. Memandangkan semuanya menggalas backpack maka dipanggillah trip tersebut sebagai trip backpacker. Saya juga perasan yang travel agent pun ada buat pakej backpacking dah.

Untuk menjadi backpacker, ianya lebih dari itu dik.

Kalau anda pergi travel sendiri, maka bagitaulah yang anda pergi sendiri dan bukannya backpacking. Kalau anda pergi ramai-ramai tetapi menggalas backpack, makan bajet, tempat tidur bajet namun orang lain yang bawak tunjukkan jalan dan sebagainya, bolehlah anda gelarkan diri anda backpacker – namun bukan backpacker sejati. Itu backpacker jadian atau klon, bolehlah buat permulaan sebelum menjadi backpacker sejati.

Untuk jadi backpacker sejati dik, ada beberapa kriteria penting yang mana kalau sepadan maka barulah boleh claim yang anda seorang backpacker. Antaranya:-

  • Anda buat perancangan dan uruskan sendiri semua itinerari anda. Anda pergi biasanya seorang, berdua, bertiga, berempat sahaja.
  • Anda pergi banyak tempat dalam tempoh yang lama.
  • Takde travel guide atau orang yang lebih terrer yang tunjukkan anda itu dan ini begitu dan begini.
  • Anda biasanya tidur di hostel sahaja, itu paling mewah. Kebiasaannya anda cari peluang untuk tidur percuma, seperti di airport, di dalam bas atau keretapi atau menumpang di rumah orang tempatan ataupun couchsurfing.
  • Anda makan makanan yang sama hampir setiap hari. Roti, maggi, roti, maggi, kebab dan ulang semula.
  • Bagi orang melayu, stok makanan yang mendominasi 3/4 daripada backpack anda. Pakaian hanya 1/4 sahaja.
  • Anda hanya bawa 2-3 pasang pakaian sahaja dan pakai pakaian yang sama untuk beberapa hari.
  • Anda membasuh pakaian di dalam sink di hostel setiap hari.
  • Setiap benda yang anda miliki boleh dimuatkan di dalam backpack anda.
  • Anda berkawan dengan orang baru setiap hari.
  • Anda tidak kisah atau peduli berkongsi bilik tidur dengan 6-7 orang yang tidak dikenali setiap malam di hostel.
  • Air panas dan aircond adalah satu kemewahan ketika backpacking bagi anda.
  • Anda sering komplen. €7 untuk semalam di hostel – murah! tetapi €7 untuk makan malam – mahal nak mampus!
  • Anda tidak shopping. Paling kuat anda beli keychain atau fridgemagnet untuk diri anda sendiri sahaja.
  • Anda berasa pelik jika dikelilingi oleh orang yang bercakap bahasa yang sama dengan anda setiap hari.
  • Pengangkutan utama anda ialah, berjalan kaki diikuti dengan bas, kemudian keretapi.
  • Anda pulang dengan membawa contact rakan-rakan baru dan bukannya barangan shopping atau souvenir.

Sumber: Klik disini, Di sini dan How To Be A Real Backpacker di sini

Itu adalah sedikit daripada intipati menjadi atau menggelarkan diri anda sebagai “backpacker” sejati. Sekarang ni ramai benar backpacker jadian atau klon ni. Saya tidak kisah anda memanggil trip anda sebagai backpacking dan diri anda sebagai backpacker, namun bagi backpacker sejati, diorang senyum jer tengok cara anda backpack.

 

HostelBookers 15 Signs Youre a Real Backpacker

 

Saya dah lama tidak backpacking. Seingat saya pada usia 22 tahun saya mula backpacking keliling Malaysia. Waktu tu belum berani keluar negara, lagipun duit tak ada. Jadi dengan gaji 3 bulan yang saya kumpul ketika mula bekerja maka dapatlah saya pusing semenanjung dalam masa 10 hari bermodalkan RM470.00 ketika itu.

Kemudian di tahun berikutnya saya mulakan langkah ke negara jiran Thailand utk ambik feel dulu. Maka backpacking dengan 2 orang rakan naik keretapi dari KL ke Bangkok dan Yangon selama 10 hari juga, dengan bermodalkan RM800.00. Kemudian barulah ke negara-negara jiran lain seperti Indonesia, China dan lain-lain sedikit demi sedikit dengan tempoh yang lebih lama seperti 2 minggu hingga sebulan untuk setiap trip.

Namun hari ini saya tidak lagi menggelarkan diri saya sebagai backpacker. Walaupun saya masih menggalas backpack, travel sendiri bersama isteri dan anak, namun kami lebih sedikit mewah berbanding dulu. Tidur sebolehnya di hotel atau homestay yang elok. Naik bas pun sekali sekala, lebih banyak naik train dan sebagainya. Walaupun kebanyakan kriteria travel saya masih sepadan dengan yang disenaraikan di atas, namun saya masih anggap yang saya ni travel sendiri sahaja. Malu nak gunakan terma backpacker tu.

Bukannya saya nak melabel, membezakan, mengutuk atau melecehkan orang yang nak pergi travel secara backpacking atau yang buat pakej backpack ni,pergilah, duit anda. Cuma saya hendak ceritakan dan memahamkan maksud sebenar atau intipati sebenar seorang backpacker. Saya mahukan lebih ramai anak muda atau adik-adik yang berani keluar mengembara melihat dunia secara solo atau seorang diri ataupun berdua sahaja. Tidak bergantung kepada orang lain. Berdikari dan mencabar diri. Ini kerana dengan keberanian dan semangat yang tinggi maka anda layak menjadi backpacker sejati dan pengalaman kembara anda akan membentuk anda menjadi seorang yang lebih kental dan berjaya.

Saya juga tahu yang memang sudah ramai backpacker sejati di Malaysia. Yang perempuan pun dah ramai. Kalau zaman saya dulu nak jumpa seorang perempuan pun payah gila, itu pun kalau ada mesti amoi. Sekarang ni perempuan melayu sudah menjelajah dunia secara backpacking seorang diri. Tahniah, anda memang hebat dan layak dipanggil atau digelar sebagai seorang backpacker.

Dulu, ketika muda remaja dan belum berpunya, saya juga backpacker, dulu lah…sekarang tak lagi.

Adakah anda seorang backpaker klon atau sejati?

ENTAHLAH, I Dont Know.

 khairul signature

bagaimana menjadijadi backpackerjom backpackkelab backpackkhairul abdullahmalaysia backpackersyarat backpackingterma backpackertravel backpack
Share

Adventure  / Blog  / Experience  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Resepi Cendawan Maitake Bersama Hirisan Daging Panggang
07/11/2019
50 Tips Penting Untuk Sewa Kereta & Memandu Di Eropah
06/04/2017
Secara Tak Sedar Kita Ambil Hak Orang
05/12/2016

33 Comments


Mazia
20/10/2015 at 8:27 am
Login to Reply

ooohh okay.. faham dah… terimakasih En. Khairul..



    Khairul Abdullah
    20/10/2015 at 2:17 pm
    Login to Reply

    Sama-sama 🙂

Fazillahnor Samsudeen
20/10/2015 at 12:55 am
Login to Reply

haaa…nampaknya saya ni masih bermimpi nak jadi 'backpacker' haha..



    Khairul Abdullah
    20/10/2015 at 2:17 pm
    Login to Reply

    Hahaha, bermimpi di siang hari ke? Takpe mimpi tu macam angan-angan lah. Saya dulu juga sentiasa bermimpi. Kata orang “Tanpa keberanian, mimpi tidak akan jadi kenyataan”

Mulan
20/10/2015 at 9:11 am
Login to Reply

Great info ni KA… TQs for sharing



    Khairul Abdullah
    20/10/2015 at 2:18 pm
    Login to Reply

    Most welcome Pn. Mulan 🙂

Siti Muzailin Bero
20/10/2015 at 9:41 am
Login to Reply

Salam En.Khairul
Budak-budak zaman sekarang jarang ada yang boleh hidup ala kadar. Semua nak yang sempurna dan sedap. Teringat kat kawan saya nak pergi Pulau Pangkor je kot tapi siap bawak iron, tudung berhelai-helai. Aduhai tepuk dahi dibuatnya. Ya saya kagum dengan Noridah ET dia boleh travel solo di Afghanistan. Perghhh….



    Khairul Abdullah
    20/10/2015 at 2:21 pm
    Login to Reply

    W’salam Siti,

    Saya setuju, bukannya tak ada yang boleh hidup ala kadar serta berani menjadi backpacker sejati namun tak ramai..bak kata awak..jarang. Zaman saya dulu, memang lagi rare lah orang kita yg jadi backpacker ni. Itu sebab backpacker dulu kental2, takde booking online, maklumat pun susah nak dapat, semua main redah jer. Sekarang maklumat di hujung jari, itupun nak backpack kena ikut rombongan orang, nak pegi sendiri takut.

nurmustaqim21
20/10/2015 at 12:05 pm
Login to Reply

wah baru tahu… harap2 satu hari nanti boleh jadi backpaker sejati.. hehe



    Khairul Abdullah
    20/10/2015 at 2:21 pm
    Login to Reply

    Mudah-mudahan. Aminnn 🙂

ain
20/10/2015 at 3:08 pm
Login to Reply

KA, saya buat sama seperti yang KA tulis di atas tu…kecuali satu jer…
…..saya ‘musti’ nak tidor di hotel…at least yang ada bilik air kat dalam bilik hotel tu..
itu kira backpacker jugak kan…ke acaner….



    Khairul Abdullah
    20/10/2015 at 3:25 pm
    Login to Reply

    Hahaha..itu dah kira backpacker sejati dah..cuma belum cukup kental sbb tak boleh share bilik air. Hehehehe. Takpe yang penting awak travel sendiri dan tak menyusahkan orang..itulah ciri yang paling utama.

judge125
20/10/2015 at 8:36 pm
Login to Reply

11 drpd 17 senarai… hhmm.. tak complete.. masih blum bleh jadi backpacker sejati…



Ahmad Khumayni
20/10/2015 at 8:23 pm
Login to Reply

Perlu ke melabel klon sejati. Terserlah kepoyoan di situ



Ibi Maddox
21/10/2015 at 10:01 am
Login to Reply

Istilah backpacker yg diberi nafas oleh diri sendiri pastu mngaku backpacker sejati… No no no no no.



Fidz Norsh
21/10/2015 at 10:07 am
Login to Reply

Wow.. Backpacker SEJATInye Encik.. AHAKS :p



Amir
22/10/2015 at 9:03 am
Login to Reply

Kenapa perlu ada sikap elitist tentang konsep backpacking? Kalau org tu enjoy holiday mereka, biar saja la… Cuti dorg. Duit dorg. Baik lagi jika beri tips dan nasihat berjimat sambil travelling.



Nina
22/10/2015 at 12:35 pm
Login to Reply

Mengaku saya klon backpackers. Tapi boleh tak 50% backpackers, sebab dekat Japan and Korea mmg fully backpack.. Heheh.. depends on country pergi, and people in the trip. Kalau family trip tu more to leisure sebab family kan ada adik kecik and orang tua.. ehhe



Sarjan Marah
22/10/2015 at 10:43 am
Login to Reply

Fuck off la, nak jadi backpacker pun ada sejati ke? No one cares. Duit orang tu so what?



Avenseena Fauzi
22/10/2015 at 11:10 am
Login to Reply

Its 2015 and meleis still sibuk pasal title backpackers. Dude, its not the matter of how you do it but its how you gained the experience from travelling. Kalau buat semua ni but you dont get the point of backpacking or travelling isnt it a waste?



shasha
23/10/2015 at 3:38 pm
Login to Reply

Salam Khairul,
Hmm saya tak pasti saya ini backpacker sejati atau klon, atau trip backpacker tapi saya ada pengalaman kongsi bilik air, kongsi dorm, kongsi dapur dan tukar-tukar alamat dengan mereka. naik turun keretapi, bas dan kereta sewa pun ya juga cuma tak pernah naik feri lagi..tu pun ada cita-cita nak cuba naik feri dari dover ke calais tapi hajat tak sampai, sedar-sedar dah sampai ke Sg Long..hahaha.

Bagus kan kalau ada ramai anak muda Malaysia berjiwa backpacker begini…



    Khairul Abdullah
    23/10/2015 at 3:41 pm
    Login to Reply

    Wsalam Shasha,

    Memang mulanya saya nak mention awak dlm tulisan ini, sebab saya tahu awak buat semua tu. Tapi takut pula nak mention nama orang dlm tulisan yg kontroversi ini.

    Saya kagum dengan awak sebab bagi saya awak ada true essence of a backpacker.

      shasha
      14/11/2015 at 1:14 pm

      Kontroversi atau tak, article awak memang bagus untuk dijadikan panduan bagi sesiapa yang baru nak mula atau nak cari info. Ada kawan saya pernah bagi tau, katanya begini.

      “saya ada baca satu blog, tulis pasal cuti bersalin..lupalah nama blog tu..tapi bagus sangat. Ada banyak entry yg saya baca kat situ..ala tapiii tak ingat apa nama..” (kawan saya ni bukan blogger, baru nak berjinak.)

      Then saya kata “blog Khairul Abdullah kan?”

      Dia menjerit happy sebab saya teka betul.

      Katanya entry lain yg dia terkesan ialah pasal kebersihan dan banyak lagi.

      see…tulisan kontroversi tapi berisi… bravo!!

      okeh saya tunggu next entry.

Nurul Huda
28/10/2015 at 12:08 pm
Login to Reply

Salam Saudara Khairul,
Sebenarnya saya tidak pernah ber’backpack sebelum ini. Selalu jadi pelancong saje dan saya sungguh tidak menggemarinya sebab tiada thrill dan cabaran pun. Hanya dapat cuci mata dan poket kering setelah bershopping. Balik Msia adalah beribu gambar dlm ipad tapi rasa macam kosong…saya tak puas menjelajah. Ya betul. Rasa tak berbaloi spend duit beribu2 untuk pergi negara orang lepas tu balik dengan kenangan bergambar ditempat2 orang lain ramai lagi dah pergi. Sama je. Tiada istimewa. (ini perasan saya je ye…huhu)
Niat untuk backpack memang dah lama. Cuma…haa perkataan ‘cuma’ itulah yang buat kita selalu pikir bermacam halangan yang akhirnya menyebabkan kita tak terrr mulakan langkah untuk ke arah itu.
Namun, sebulan yang lalu saya cekalkan hati. Minta cuti sebulan. Boss luluskan. Lepas tu saya tak lengah dah. Terus book tiket flight. Sebetulnya kawan yang memainkan peranan besar. Nasib saya baik sebab ada kawan sejati yang memang backpackers sejati (saya anggap begitu sebab dia pernah backpack NZ enam bulan, buat kerja macam2, tidur dorm, hostel, jumpa mcm2 org, masak sendiri, jalan kaki, naik bas etc) yang saya anggap menjadi pendorong terbesar kepada saya.
Insya Allah saya akan ke UK selama sebulan akhir Nov ini. Pengalaman persiapan? Totally different. Sebabnya saya dan kawan tadi buat research sendiri, itinerary sendiri, planning, semua2 sendiri dgn bantuan kawan2 yg dah ada di sana. Hotel? No. Bajet backpack: hostel, tumpang tidur rumah kawan, couchsurfing. Bas, train, sewa kereta dlm plan. Route: Birmingham – Dublin – Belfast – Glasgow – Stirling – Newcastle – Manchester – Liverpool – London – Paris – London – Cardiff – Birmingham. Itu plannya setakat hari ini. (Sebenarnya route ini dah bertukar lima enam kali sebab nak tgk plan plg convenient dan tidak lalu jalan sama 2 kali. Kecuali London – Paris – London, itu nak minta pandangan saudara Khairul..hehe..)
Pengalaman research, booking, planning? Wow…memang lain. Excited terlebih. Anxiety double up. But who cares? Saya sokong entry saudara sebelum ini, preparation and planning is the most important. Bukan hanya berserah pada takdir semata.

Insha Allah. Doakan saya dan kawan.



    Khairul Abdullah
    28/10/2015 at 3:17 pm
    Login to Reply

    Waalaikumsalam Nurul,

    Tahniah kerana anda cuba mengembara sendiri. Memang feelnya lain, excitement lain. Dan paling penting, ILMU yang anda dapat ketika merancang kembara anda ini. Bila dah travel nanti anda akan dapat pengalaman lain dari orang dan u will gain more knowledge than others. Kalau boleh elakkan lalu jalan yang sama lah, rugi kan?

    Apa-apapun tahniah dari saya dan saya juga doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk anda dan rakan dan semoga selamat pergi dan selamat kembali. Aminnn.

clone like what you've stated lol
28/10/2015 at 3:20 pm
Login to Reply

lmao then i must be a “backpacker klon” based on your definition of backpacking.



    Khairul Abdullah
    28/10/2015 at 3:28 pm
    Login to Reply

    I am not the one who define it(too bad i didnt quote the source) but if you like to read, there is a lot of definition or reading material about backpacking. I did the list based on 12 sources which i found very similar.

    And i never called myself a true backpacker either except one when i was very young back in the 90s.

Zubaidah Yusof
03/11/2015 at 1:41 pm
Login to Reply

Sebolehnya cari jadual perjalanan dari destinasi A ke B yang jauh pada waktu malam – jimat masa dan jimat duit hotel! Boleh tidur dalam train je.. Dulu pernah buat, 6 negara dalam masa 3 minggu – kalau Vatican City pun boleh dianggap satu negara la.. 😉



Khairul Abdullah
05/11/2015 at 7:45 am
Login to Reply

Ehh..Vatican tu kan sememangnaya sebuah negara berdaulat. memang kena kira lah 🙂



Faizal Fredley
17/11/2015 at 1:50 pm
Login to Reply

sapa pun x tahu saya ni apa sebenaranya…kdg2 gi sorang2, kadg2 dgn group, kdg2 ejen…main taram jer..janji boleh travel… x kisahlah backpack ke apa ke….heheh



dorsett pink
21/12/2015 at 12:00 pm
Login to Reply

my first ever backpacking trip secara solo ke singapore, pastu ke CHINa, vietnam and hongkong, 3 negara sekaligus dalam masa 18 hari.. Travel sorang2, duduk di hostel, makan meggi & roti.. Pastu, buat trip sorang2 ke bangkok-cambodia pulak, lepas tu ke hatyai-krabi-phuket. semuanya sorang2, naik turun bas, jalan kaki, peluh ketiak…sesat jangan cerite la, dah banyak kali sesat. tak cukup duit, tu lumrah… tak tahulah, itu dinamakan backpacker klon atau backpacker sejati..

saya cerita kisah travel saya kat http://www.lavenderbackpacker.blogspot.com..
tapi sekarang dah tukar blog ke http://www.dorsettpink.blogspot.com/



Yatie Kasran
06/02/2016 at 4:44 pm
Login to Reply

travel sendiri, susun itinerari sendiri, tidur hotel/homestay/hostel yg mana mampu, guna bagpack dan beg roda…..itu saya



rakyat marhaen
08/08/2016 at 12:12 pm
Login to Reply

Hai..saya baru pulang dari paris, amsterdam & brussels..4 hari 3 mlm perjalanan.di europe memang saya praktik segala info yg KA tulis dalam buku. saya kembara dari london ke paris dgn bas..dr dover ke calais naik feri seorang diri..tuk bermalam pula saya senang bermalam didalam bas..saya cuma bersihkan diri di toilet sahaja..4 hari saya x mandi..haha..pakaian pula cuma 2 helai dgn seluar sehelai tidak bertukar..mkan cuma kebab..melihat keliling dgn berjalan kaki sahaja sampaikan naik krem kaki dibuatnya..melihat peta pula terpinga2..bertanya rkyat local tp dijawab dgn bahasa mereka..hahaha..tu mmg mencabar..pertama kali saya ke europe seorang diri..dan saya perempuan..sebelum ni saya bercuti bersama kwn2 ke thai & vietnam..ini benda gile yg sy pernah buat dan saya akan ke repeat semula ke sane ujung taun ni dan akan cover germany, italy, spain, paris, amsterdam & brussels..seterusnya ke finland menikmati winter disana 🙂

utk di uk saya tidak menjadi seorang backpacker sejati kerana saya ada kawan yang tinggal di sana..segala mkn minum, rumah & jalan2 diuruskan oleh dia..cuma di europe sahaja saya belajar mengenal diri sendri..dan saya mmg lebih suka menaiki bas dari train or flight..



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved