• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Emak Sedap Minum Kopi Dan Tinggalkan Bayi Di Luar

12/10/2016

Melihat bayi di dalam pram/stroller ditinggalkan di luar kafe adalah pemandangan biasa di negara Skandinavia terutamanya Iceland. Anda berjalanlah di mana-mana pekan atau bandar pasti akan nampak banyak stroller bersama bayi yang sedang tidur ditinggalkan di luar kafe atau restoran.

Bayi biasanya diletakkan berhampiran tingkap di luar restoran atau kafe bagi memudahkan ibu-bapa melihatnya. Jika anak terjaga atau menangis maka ibu*bapa akan segera pergi mendapatkan mereka. Namun biasanya bayi tidur nyenyak di dalam stroller mereka.

bayi-di-luar

Bayi ditinggalkan di luar sebuah kafe manakala ibu dan bapanya berjumpa kawan dan minum kopi di dalam.

Kenapa tidak di bawa masuk ke dalam sahaja?

Bagi mereka, udara sejuk diluar adalah lebih bagus daripada suhu panas di dalam restoran atau kafe. Selain itu, mereka tidak mahu anak yang sedang tidur nanti terjaga di dalam persekitaran hingar bingar di dalam.

Tak takutkah?

Tiada apa yang perlu ditakutkan oleh mereka kerana jenayah di Iceland adalah “hampir tiada” langsung. Jenayah seperti ragut, mencuri, menyamun, merompak dan menculik boleh dikatakan sebagai tiada. Yang ada hanyalah kes jenayah kolar putih sahaja.

Oleh itu mereka tidak risau yang anak mereka akan diculik. Lagipun perbuatan meninggalkan anak di luar untuk tidur dan menikmati udara sejuk sudah menjadi sebahagian dari budaya mereka.

Jangan kau cuba buat kat Malaysia yer!

khairul signature

© 2016 KHAIRUL ABDULLAH. Hakcipta Terpelihara
bayi tinggal di luarbudaya icelandemak minum kopikembara. skandinaviakhairul abdullahpelik tapi benarpengalamanpercaya ketravel
Share

Believe It or Not  / Blog  / Complaints  / Parenting  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Resepi Cendawan Maitake Bersama Hirisan Daging Panggang
07/11/2019
Tips Error Fares – Tiket Penerbangan KL Ke London Dan Balik Melalui Barcelona Hanya RM1582
14/10/2017
50 Tips Penting Untuk Sewa Kereta & Memandu Di Eropah
06/04/2017

16 Comments


Nazira
12/10/2016 at 8:21 am
Login to Reply

Masya Allah Hebatnya Negara ini



    Khairul Abdullah
    14/10/2016 at 12:34 am
    Login to Reply

    Begitulah di negara orang. Kita hanya mampu tengok dengan kagum sahaja.

Dessy
12/10/2016 at 12:21 pm
Login to Reply

Salam Mr KA. Terima kasih atas perkongsian di atas.



    Khairul Abdullah
    14/10/2016 at 12:35 am
    Login to Reply

    Waalaikumsalam Dessy,

    Terima kasih kembali.

ABD MUN'EM BIN MAHMAD MUHTAR
12/10/2016 at 1:27 pm
Login to Reply

Di Malaysia terdapat ramai pendatang asing seperti Indonesia dan Banga…rupa2nya bangsa Asia suka melakukan jenayah…



    Khairul Abdullah
    14/10/2016 at 12:37 am
    Login to Reply

    Jenayah lebih mudah dan selesa dilakukan di negara yang telah sedia banyak jenayah. Bangsa lain pun ada juga jenayahnya namun bilangannya kecil. Kalau penjenayah di sini dilemparkan ke sana, kemungkinan untuk mereka melakukan jenayah mungkin agak rendah.

Shahrudin Ibrahim
12/10/2016 at 7:36 pm
Login to Reply

Salam En Khairul ,

Terima kasih atas info dan perkongsian.

Saya teruja membuka webiste tuan http://khairulabdullah.com/ .

banyak info saya dapat.



    Khairul Abdullah
    12/10/2016 at 8:12 pm
    Login to Reply

    Waalaikumsalam, Alhamdulillah terima kasih kerana melayari laman web saya. Semoga beroleh sedikit manfaat darinya.

Zarina Yusoff
13/10/2016 at 1:19 pm
Login to Reply

Terima kasih , perkongsian yang sangat menarik. Alangkah baiknya jika kita yang muslim ni mempraktikkan ciri ciri sahsiah terpuji yg memang diajar oleh agama kita, tapi sayang….kita jauh tertinggal



    Khairul Abdullah
    14/10/2016 at 12:39 am
    Login to Reply

    Terima kasih kembali. Betul tu, kita semua mengimpikan sebuah negara islam yang mempraktikan ajaran islam dengan sebenar serta aman dan damai jauh dari segala jenis jenayah.

fikah
13/10/2016 at 5:44 pm
Login to Reply

Jenayah Kolar Putih tu bunyi nya best. Hahahaha 🙂



    Khairul Abdullah
    14/10/2016 at 12:40 am
    Login to Reply

    Haaaa…ini jenis jenayah yang tidak mencederakan orang secara fizikal seperti penyelewangan, salah guna kuasa serta rasuah.

shasha
17/10/2016 at 1:27 pm
Login to Reply

ni yg rasa nak pindah p dok iceland ni…



Perawat Sihir
28/10/2016 at 6:03 pm
Login to Reply

Assalamualaikum KA,

Apa pandangan tuan tentang masalah ini? Kenapa di negara Barat yang majoritinya bukan Islam, tetapi kadar jenayahnya sangat rendah, nak dibandingkan dengan Malaysia yang dikatakan negara Islam?



    Khairul Abdullah
    30/10/2016 at 12:12 pm
    Login to Reply

    Bergantung kepada negara mana juga tuan. Ada negara di BArat kadar jenayahnya juga agak tinggi. Namun kalau nak dibandingkan dengan negara seperti Jerman yang kadar jenayahnya rendah adalah faktor “prevention” yang dibuat oleh kerajaan. Kerajaan kaji faktor apa yang menyebabkan jenayah. Biasanya jenayah kecil seperti curi, ragut, samun dan sebagainya adalah disebabkan oleh faktor penagihan dadah.

    Orang hisap dadah sanggup buat apa sahaja. Jadi kerajaan memberi wang kepada semua rakyatnya yang tidak bekerja samada penagih dadah, alkohol dan sebagainya. Jadi mereka tiada alasan untuk mencuri kerana duit sentiasa ada setiap bulan. Selain itu dadah juga dijual di kedai khas yang boleh dibeli secara sah oleh penagih.

    Oleh itu tiada aktiviti gangsterism yang mengawal selia penjualan dadah. Penagih tak perlu beli di tepi jalan secara sembunyi dari pengedar.Mereka beli secara sah di kedai. Oleh itu pengedar dadah dan gangsterism tak boleh cari makan. Jadi tiada pergaduhan tembak menembak dan bunuh membunuh antara geng kongsigelap dan sebagainya.

    Kesimpulannya, rakyat Jerman ada duit yang diberikan oleh kerajaan jadi tiada alasan untuk mereka melakukan jenayah. Sama seperti di Sweden, Denmark, Norway, Iceland dan sebagainya di mana rakyat membayar cukai yang sangat tinggi di mana duit tadi digunakan untuk diberikan kepada rakyat yang berpotensi melakukan jenayah. Oleh itu bila semua orang ada duit maka jenayah pun tiada.

      Perawat Sihir
      31/10/2016 at 6:46 am

      Oh begitu. Terima kasih tuan atas penjelasan.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved