• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Hippo or Crocco?

24/04/2010

Apa tu? Itulah hippopo, haiwan kesayangan bini aku yang dibeli di Ikea dgn harga RM39 sahaja. Jadi dengan adanya Hippopo..aku dah jarang dipeluk..mungkin hippopo lebih lembut dan wangi daripada aku.

Tapi itu bukan persoalannya, yang aku cuba bangkitkan di sini ialah nama haiwan tersebut sepatutnya Crocco, sebab ia seekor buaya. Tapi bini aku kata itu badak, tidak menghairankan sebab bini aku tu bab sains n geografi ni memang dia fail. Tapi kalau bab gossip dan hiburan dia memang champion.


Jadi, aku relakan haiwan kesayangan dia tu dinamakan Hippopo, sebab bagi aku apa yang dia suka, akan menggembirakan aku juga. Maklumlah kalau mood dia baik, aku dapat first class treatment.

Apa-apapun, aku sayang bini aku lebih dari Hippopo atau Crocco. Tapi adakah bini aku sayang aku lebih dari tu? Aku rasa sudah tentu. Tapi adakah dia akan benci aku kalau dia tahu aku telah calitkan sisa dari idung aku (tanpa disedari mungkin) kat hippopo? Aku rasa mungkin dia akan taekwando aku….ENTAHLAH
Khairul Abdullah

Sent via BlackBerry from Maxis
crocshippohippopotamus
Share

Believe It or Not  / Blog

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved