Siapa suka makan cendawan? Pernah dengar tak cendawan Maitake? Datang jauh dari Jepun ni tau.
Maitake ni rupa dia seakan sama cendawan tiram yang kita biasa masak tu tetapi berbeza di bahagian pangkal dia. Saiz lebih kurang sama tetapi paling ketara beza dia adalah teksturnya yang lebih kenyal dan rangup. Dah rebus, dah jadi sup, dah goreng pun masih terasa rangup dia tu. Lain macam tau dia punya sedap. Paling best cendawan ni banyak Vitamin D yang membantu menguatkan sistem immunisasi badan. Dia juga anti-oksidan serta mengandungi serat yang tinggi. Makanan sihat ni.

Cendawan Maitake di dalam pek berharga RM5.90 di AEON

Rupa cendawan maitake
Memandangkan cendawan ni terbang jauh dari Jepun dan hanya boleh dibeli di AEON sahaja maka hari ini saya nak masak biar nampak special sikit, tetapi sangat mudah.
Nak goreng dengan sos tiram sahaja dan nak hidangkan dengan nasi dan daging jer pun. Tetapi biar nampak gempak dan international sikit.
Jom mula.
Bahan-bahan yang perlu ada.
1 pek kecil cendawan Maitake
1 steak daging
1 batang karot
1 batang timun jepun
1 pokok daun ketumbar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Bijan
Butter
Sos tiram
Kicap pekat manis
Lada hitam
Garam
Cara nak masak dia begini.
1. Taburkan garam pada daging dan perapkan dengan sedikit sos tiram dan sedikit kicap. Taburkan lada hitam dan biarkan seketika.
2. Panaskan kuali grill dengan api sederhana. Panggang steak daging tadi sehingga masak. Terpulang pada citarasa masing-masing, kalau suka betul-betul masak atau omputih panggil “well” maka masak 5-6 minit setiap belah. Kalau suka daging yang masih juicy sikit maka kita buat “medium” dalam 4 minit jer sebelah.
Waktu grill tu letak sesudu butter untuk bagi umphh lagi.
3. Lepas tu kita buat salad mudah. Guna pisau pengupas kulit dan racik karot dan timun panjang-panjang. Racik halia halus-halus juga. Masukkan dalam bekas, masukkan satu sudu cuka makan, sedikit gula dan juga garam dan gaul rata. Siap.
Giliran cendawan pula.
4. Cendawan tu basuh dahulu dan kemudian carikkan mengikut saiz yang dikehendaki. Tumis bawang putih dengan butter, masukkan 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu kicap. Masukkan cendawan dan bawang besar. Kacau dalam seminit dua lalu terus angkat.
5. Hidangkan cendawan tadi bersama daging dan nasi dan taburkan daun ketumbar dan juga bijan seperti di dalam gambar.

Cendawan Maitake bersama hirisan daging panggang dan nasi

Kepingan cendawan Maitake yang rangup dan kenyal

Hirisan daging panggang yang lazat
Mudah kan?
Makanlah dengan mata yang terpejam dalam setiap suapan dan kunyahan. Cendawan ni dia ada rasa “Umami” iaitu sejenis rasa yang ekstra bukannya manis, masin, masam atau pahit. Rasa ekstra ni tau, special.
Sedap wehhhh.
Esok juga kau pergi AEON dan cari cendawan ni, tak mahal pun dalam RM5.90 sahaja satu pek. Kau boleh buat sup, buat tomyam atau goreng sahaja macam dalam resepi ni.
Memang berbaloi.
Cubalah.
KHAIRUL ABDULLAH
#ResepiSuperDaddy
#MaitakeMushrooms
Leave A Reply