Nasi Kerabu Ayam Percik ni kesedapannya terletak pada sambal kelapa dan kuah tumis dia. Kalau korang buat dua-dua tu betul inshaAllah confirm sedap punya.
Tak susah pun nak buat dia. Meh abang ajarkan.
Nasi kuning.
Kita masak macam biasa, cumanya letak kunyit sikit nak bagi kuning. Kalau tak suka nasi kuning dan nak nasi biru maka korang letak pewarna biru kalau takde bunga telang. Nak masuk serai atau daun pandan atau keduanya nak bagi lebih wangi adalah dialu-alukan.
Sambal Kelapa dan bahan-bahannya:
Kelapa yang diparut segar.
5-6 ekor ikan kembung rebus, dapatkan yang fresh yer dan ambil isinya sahaja. Tulang tu korang ratah kalau berani, kalau tak bagi kucing.
3-4 batang serai dimayang halus.
4-5 ulas bawang merah dimayang halus juga.
Garam dan gula secukup rasa.
Begini nak buatnya:
Korang goreng kelapa parut tu jangan letak minyak dengan api perlahan sampai bertukar kekuningan. Lepas tu angkat dan tumbuk sedikit kalau suka kasar dan tumbuk lumat kalau suka halus.
Lepas tu tumbuk bahan bahan lain dan masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sampai dapat tekstur yang korang suka. Kemudian gaulkan dengan kelapa goreng tadi dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kuah Tumis dan bahan bahannya:
1/2 biji bawang besar.
3 ulas bawang putih.
3 ulas bawang merah.
1/2 inci halia.
6 tangkai cili kering.
1 keping asam keping, diulang asam keping yer.
1 batang serai – korang ketuk.
Garam dan gula secukup rasalah yer.
1 cawan santan pekat likat memikat.
1/2 kiub ikan bilis kalau suka. Tak suka tak apa aku tak marah (sejenis lagu).
Cara nak buat dia:
Korang blend semua bawang, halia dan cili kering. Panaskan sedikit minyak dan lepas tu korang tumis bahan blend tadi sehingga naik minyak.
Lepas tu masukkan serai, santan, asam, garam dan gula. Masak lagi sehingga pecah minyak lepas tu bolehlah angkat.
Sambal Cili dan bahan-bahannya:
Cili merah kecil.
Cili merah besar.
Garam, gula dan cuka makan.
Yang ni kuantiti bahan-bahan tu korang ikut kesesuaian, ikut kepedasan yang korang nak. Kisar kesemua bahan dan sesuaikan rasa.
Ulam ulaman yang wajib ada:
Kacang panjang.
Kobis.
Daun kesum.
Bunga kantan.
Taugeh – kalau suka. Tak suka pun tak apa, abang tak marah jugak.
Korang potong atau rincik halus kesemuanya dan gaul rata.
Bahan lain yang menambah kelazatannya:
Budu Cap Ketereh, cap lain tak gerenti.
Telur masin.
Keropok goreng, bukan keropok lekor.
Ayam Percik – star of the show.
Okeh, ayam percik tu korang gi beli kat Bazaar Ramadhan. Kalau nak buat sendiri korang Google resepi Ayam Percik Kelantan yer. Malas nak tulis panjang-panjang kat sini, korang bukan suka baca benda panjang berjela ni.
Cubalah yer, sedap oihhh.
Mudah nak dapat jodoh oram Kelantam kalau gini.







Leave A Reply