• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Daging Dendeng

18/08/2019

Daging korban masih ada lagi tak?

Kalau ada jom kita masak daging dendeng.  Allahu, benda sedap ni, kena buat.  Mungkin agak renyah sikit bagi sesetengah orang, namun sangat berbaloi.

Bahan A:
1 kilo daging lembu.  Potonglah saiz sederhana besar sekitar 4 jari dan direbus sehingga lembut tetapi jangan sampai terlalu empuk dan kemudian simpan air rebusan tadi.  Jangan kau buang tau.

Bahan B:
8 ulas bawang putih
5 biji bawang besar (sederhana)
1 inci halia
1 keping kulit kayu manis
3 biji bunga lawang

Bahan C
3/4 cawan kicap lemak manis brand apa pun suka hati lah
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
6 helai daun limau purut – dicuci dan ramas
3 batang serai – diketuk / dititik
3 sudu cili kisar – kalau nak pedas lagi sila tambah kalau taknak pedas sila kurangkan
1/2 sudu kecik pes asam jawa

Cara nak buat dia begini:

Kesemua bahan-bahan (Bahan B tadi di mayang halus), panaskan minyak dan goreng kesemuanya hingga keemasan, kemudian angkat dan toskan.

Daging yang telah direbus tadi (Bahan A) dipotong nipis dan tumbuk.  Boleh guna penumbuk daging atau lesung batu.  Goreng daging yang telah ditumbuk menggunakan minyak goreng bawang tadi sekejap sahaja kemudian angkat dan toskan.

Panaskan 3 sudu besar minyak masak (boleh gunakan kuali yang sama tadi) dan tumiskan (Bahan C) iaitu cili kisar, daun limau purut dan serai sehingga pecah minyak kemudian tambah sedikit garam dan gula.

Kemudian masukkan kicap manis bersama pes asam jawa dan tambahkan air rebusan daging tadi sekitar 5 senduk.

Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau sebati.  Tutup sehingga air tersebut kering sedikit dan seterusnya masukkan separuh Bahan B yang telah digoreng tadi dan kacau sebati.

Sekiranya nampak dendeng tersebut terlalu kering, tambah sedikit air rebusan daging tadi.  Rasa dan tambah garam atau gula sekiranya perlu.

Akhir sekali taburkan sebahagian lagi Bahan B tadi sebagai hiasan.  Siap!  Makan dengan nasi panas gitu jer pun dah sedap kemain.

Kau cubalah, kalau sedap kau ucaplah terima kasih.  Kalau tak, kau buat lagi sampai sedap.

Sekian.

#ResepiSuperDaddy

Share

Cooks  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved