Teringin megi ya amat tengahari tadi.
Saya ni kalau alang-alang nak makan megi, biarlah yang power, meriah, sedap, lazat. Tak main megi yang siram dengan air panas saja tu tau.
Biarlah renyah sedikit, namun bila dah siap, sekali slurpp tu dia punya lazat sampai terpejam mata.
Memasak megi dengan gaya #superdaddy ini memerlukan ketekunan, kerajinan, kemahiran yang tinggi serta timing yang tepat agar mee tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kenyal, daging yang empuk, sayur yang masih terasa fresh dan juga telur yang meletus di dalam mulut.
Skill beb, skill.
Dulu pernah orang datang rumah makan megi ni lepas tu esoknya telefon saya mintak resepi sebab laki dia nak makan megi sebijik macam saya buat.
Power dak?
Kepada yang berminat untuk menjadi calon, sila take note yer.







Leave A Reply